Hari-hari pun kita senaman. Gerakkan badan masa solat, masa berjalan kaki, masa naik turun tangga, masa dukung anak. Semua tu kena set kat kepala, ia adalah senaman. Sebab tu Mommy ada muscle. Tak caya?
Nak tunjuk tak boleh.. aurat! Cehhhhhhhhhhhhhh.. Ekeke
Tapi kan..
Soalan Kevin Zahri : Boleh ke bersenam setiap hari?
Jawapan : Tidak. Ia boleh mendatangkan kecederaan.
Saya sendiri bersenam tidak lebih dari 4x seminggu (kadang-kadang 2x, 3x, sekali atau langsung tiada pun ada. Kehidupan saya pun agak huru-hara). Senaman adalah STRES fizikal kepada badan. Tanpa rehat, ligamen, sendi dll tidak akan menampung stres senaman berpanjangan. Risiko cedera TIDAK berbaloi. Utamakan keselamatan. Fokus kepada QUALITY senaman. Pemain bola dan professional athletes pun TIDAK BERSENAM HARI2. -source
Untuk pengetahuan uols, walaupun Mommy ni kurus, Mommy ada buat senaman waktu malam tau. Senaman apa?? Ini..
Tahu tak, best sangat senaman ni? Kenapa?
Peha meregang, pinggang ditegakkan, leher ditekan, perut ditekan, tangan diregang, bontot pun merasa tekanan. Sakit leher baru2 ni pun hilang macam tu je kalau buat senaman ni. Memang berkesan kalau-kalau uols ada keinginan nak hilangkan lenguh-lenguh badan dan dalam masa yang sama leh elak buncit!
YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.