Mommy mengidam nak makan steak dari awal puasa sehingga lah semalam. Tetiba Daddy ajak. Ehehe. Ada 1 recommended place katanya. Dia pernah berbuka last year kat sana. So, selepas setel shopping baju2 raya (2 hari amek masa nak setel bab2 kasut & baju2 tshirt raya), we ols naik train ke Kg Baru.
Bebudak yang excited naik train & dapat tengok KLCC. Dah la suara tu kuat benar..
So, pegi ke depan sikit ada bazar ramadhan & masa tu Daddy ternampak sign SSH tu. Dibuka jam 6 & call untuk tempahan. Daddy segera call & reserve 1 meja.
ORDER
Order untuk anak2 Fish & Chip ni. X makan langsung. Xtau lah kenapaaaa!! Haih.
Masa hampir berbuka tu, AE buat perangai. Dah boring sangat gamaknya. Phone pun dah tak layan. Terpaksa lah Daddy bawa ke luar sekejap sementara Mommy nak makan. Kemudian take turn. Mommy bawa ke kawasan ni. Dapat tengok KLCC dalam jarak dekat. Excited sangat2.
- Environment best. Selesa cuma harap-harap dapat ulang makan dengan lebih tenang. Ketenangan yang Mommy perlukan ialah anak2 Mommy remain calm. Letih woii.
- Sedap. Sedap sangat-sangat. Lemak dia macam bukan lemak je. Ish. Sedap gila ok! Rasa nak repeat lagi malam nanti.
- PR dari owner yang sangat mesra pelanggan. Setiap meja dia akan datang bagi salam, tanya menu kalau belum order & ucapkan selamat berbuka & enjoy food. Setiap meja dengan dialog yang sama. Tanpa malu & segan. Terbaik!
- Total semua cuma RM50. Ko ghase??
- Sure kena repeat!! Lepas ni mungkin nak cuba T-Bone. Rasanya T-Bone yang paling mahal kat situ. Big size around +-RM40 kot!
- Steak2 lain semuanya lebih kurang sirloin cuma berbeza dari segi sos.
- Untuk kedai yang bukan seperti TGIF segala tu, memang mampu la nak enjoy makan steak kat kedai ni!
************
Balik dari makan tu, solat dulu kat LRT Kg Baru tu. Memandangkan anak2 suka sangat KLCC, weols decide nak stop jap kat stesen KLCC. Enjoy the night.
Masa sampai tu, bukan main besar lagi lampu ketupat ni. Puas la berlari2 kat situ.. Taknak layan air sebab dah takde lagu dipasang.
Masa nak balik tu, AE start buat perangai taknak jalan. Kalau biar, camni la jadinya. Siap nak meniarap.
Lama x selpie. Ehem.
Dalam KLCC pun sama kalau ajak dia berjalan. Dia sanggup stop & meniarap. Grrrr