Wed. Mar 19th, 2025

DOA AMALAN SETIAP PAGI SEBELUM KE TADIKA

DOA AMALAN SETIAP PAGI | Kalau sebelum ini Mommy ada kongsi DOA AMALAN ANAK-ANAK MOMMY SEBELUM TIDUR, kali ni Mommy nak kongsi doa-doa amalan setiap pagi yang Hannah Damia amal sejak mula masuk tadika awal tahun 2014 (4 & 5 tahun).

Untuk pengetahuan, Hannah Damia sudah berusia 5 tahun pada 30 September 2015 yang lalu.

Memandangkan Hannah memang dah boleh baca surah Al fatihah sejak umur 3 tahun+ lagi, ini bukanlah masalah untuk dia amalkan sekali setiap pagi.

Doa-doa dibawah memang diamalkan oleh Mommy & Hannah dan entri ini bukan copypaste mana2 ya. Kecuali gambar diupload dari google.

Doa Naik Kenderaan

Sejurus kami masuk ke dalam kereta, Mommy akan mula menyuruh Hannah mengikut Mommy membaca Doa Naik Kenderaan dengan rentak membaca suku kata.

Ya kawan-kawan. Nak ajar doa2 panjang, rentak membaca ala-ala belajar suku kata sangat berkesan!

Cuba lihat Doa Naik Kenderaan yang dieja dalam Rumi di bawah. Boleh slow-slow ajar satu persatu. Dari tak boleh, mesti boleh!

Doa Keluar Rumah / Perjalanan

Tamat doa naik kenderaan, Hannah akan terus baca doa dalam perjalanan ini. Setiap kali Hannah membaca doa ni, Mommy mesti tersenyum sorang-sorang. Comel sangat:

Amantu billahi, I’tasamtu billahi, tawakkaltu ‘alallahi wa la haula wa la quwwata illa billahi
Ertinya: “Aku beriman kepada Allah, berlindung kepada-Nya dan berserah diri kepada-Nya (pula). Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.”

Al Fatihah

Kemudian surah Al Fatihah

Doa Penerang Hati

Seterusnya Doa Penerang Hati, yang WAJIB diamalkan sebagai seorang penimba ilmu

Allahummaftah ‘alaina hikmataka wansyur ‘alainaa min khozaa,ini rohmatika yaa arhamarraahimiin
Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Doa Kejayaan

Doa untuk elak sebarang kesulitan yang bakal ditempuhi sebagai seorang pelajar khususnya

Robbisyrohlii sodrii wa yassirlii amrii wahlul ‘uqdatammillisaani yafqohuu qaulii
Ertinya: Ya Allah, Lapangkanlah dadaku, permudahkan bagiku urusanku dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.

Dan sekali lagi, Hannah akan terus membaca Surah Dhuha & Doa Dhuha. Hihi. Alhamdulillah. Sangat comel bila menghayati bacaan anak Syurga ini.

Petua mak kepada Mommy dahulu, walau Doa tu panjang berjela macam mana sekalipun, cuba hafal 7x ulang-ulang. Inshaa Allah. No wonder dari dulu Mommy boleh baca doa panjang giler berjela lepas kena paksa baca depan Mak. Tak boleh, ulang lagi sampai boleh.

Terima kasih mak.

Sekarang, Mommy ajak anak2 Mommy pula mengamalkannya setiap hari.

Senjata orang Muslim ialah berdoa. Nak berjaya, nak mudahkan urusan, nak selamat, nak bahagia, waima nak cantik pun melalui DOA. Jangan skip DOA.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

3 thoughts on “DOA AMALAN SETIAP PAGI SEBELUM KE TADIKA”
  1. Assalamualaikum, saya minta izin screenshot doa2 disini ye.
    Terima kasih di atas perkongsian yang menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!