13/06/2024 10:26 PM
Salam..

Rata2 blog & media sosial lain keep on sharing latest info berkenaan pergaduhan lowyat tu. Mommy tau kisah gaduh ini pun melalui Daddy. (Wonder why daddy lately sangat up-to-date kalah Mommy. hihi).

Mommy lebih suka pendekatan “MESTI TAHU CERITA DUA2 BELAH PIHAK”

So, antara info dari page siakap keli ialah Si Pembeli kena tipu masa beli Oppo Phone. Nak original dapat clone. Kena dakwa sebab dikatakan mencuri ketika si pembeli datang minta tukar. Si pembeli tidak puas hati ditahan polis, kendian bawak geng. Then bermula la.. macam2. Eh.. malas lah Mommy nak ulas balik. Uols mesti dah baca jugak kan?

So, kredibiliti penyampai sangat lah dititikberatkan dalam menyampaikan isu2 seperti ini. Bagi Mommy, ia agak sensitif. Salah cakap, dikata kita ni bersikap perkauman. Nak cakap lebih-lebih, timbul pula isu katanya memang betul mereka pencuri & sekarang rakyat Malaysia back-up pula si pencuri.

Korang nampak tak kekalutan info kat sini?

Sebab semua tak ada fakta betul. Nak percaya siapa sekarang? Kadang-kadang info betul pun tak dapat nak diluahkan untuk menjaga keharmonian rakyat.

So?

Nak report sesuatu memang mudah. Tapi. setiap info yang disampaikan itu, hanya kita & Allah yang tahu kebenarannya. Andai ada tokok tambah sehingga menimbulkan fitnah, anda rasa??

Sebab tu Mommy cuba sebaik mungkin elak nak bercakap isu-isu @ fakta yang Mommy sendiri rasa bukan tugas Mommy nak siasat & sampaikan. Not easy.

Apa Mommy bebel ni? Mommy rimas sebab seolah-olah isu lowyat ni nak tutup isu hot sekarang. Ok lah. Mommy nak work. Kbai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!