Salam
Kuala Lumpur: Aplikasi mesej popular, Whatsapp memperkenalkan versi desktopnya kepada pengguna iPhone yang boleh diakses serta-merta.
Ini bermakna, pengguna iPhone kini boleh membaca dan menghantar mesej Whatsapp terus daripada komputer menggunakan pelayar yang ada.
Perkhidmatan terbabit tidak dikenakan sebarang caj tambahan dan pengguna hanya perlu mengimbas kod QR sebaik membuka laman web.whatsapp.com.
Whatsapp sebelum ini memperkenalkan khidmat mesej untuk desktop kepada pengguna Android, Blackberry, Nokia dan Windows Phone.
Sumber: HMetro