Siapa sangka. Dah 2 tahun berturut-turut tak dapat balik kampung disebabkan PKP.
Raya tahun lepas, bergambar di sofa. Tahun ini pun sama, cuma kali ini kami turun ke ground floor untuk bergambar outdoor. Haha. Macam la jauh sangat, walhal jalan kaki sahaja.
Sedih memang lah sedih, tapi apakan daya. Kita tiada pilihan.
Dan sepanjang PKP, PKPB, PKPP, PKPD whatsoever nih, banyak sangat hikmahnya.
Anak-anak pun dah boleh berdikari walaupun ditinggalkan.
Dulu, Mommy paling trauma kalau nak tinggalkan Ariq di rumah. Manalah tahu, kes campak baju dari ampaian ke level-level bawah rumah kami berulang kembali. Haha.
Sekarang dah cerdik dah. Inshaa Allah tiada lagi kes-kes macam ni. But still, Mommy tetap kunci grill untuk elak sebarang kemungkinan. Semua pintu, plug-plug, dijaga rapi.
Memandangkan akan berulang PDPR mulai lepas raya ini, kami dah sebulan guna wifi. Lega juga la sebab sebelum ni guna data fon Mommy sepenuhnya. Penat la bateri fon Mommy bekerja. Sampai kena tukar fon. Eh! Jadi, mereka ini stay kat rumah pun tak mengapa, janji ada internet dan makanan.
Oh.. sambung! Sebut pasal raya, teringat persediaan kami.
Kami memang dapat agak yang tahun ni memang confirm tak dapat balik kampung lagi, tapi Mommy tetap dengan keputusan nak ada baju raya. Nak bagi ada semangat raya juga. Tak beli kuih raya pun tak apa, janji ada baju raya.
Bermula dengan memikirkan tema, Mommy suarakan hasrat nak mencari warna putih. Daddy macam, haaa putih?
Sebelum Daddy cakap apa-apa selanjutnya, Mommy terus start drama sedih.
“masa kita bertunang tu, i pinjam baju kakak. masa i nikah, i pakai baju sewa. tak ada langsung hak sendiri. nak tema pengantin please”
haha.. over kan?
But, being Daddy, Mommy dah tahu. Dia melayan. Hahaha. Syukur alhamdulillah.
Gigih kami pusing Bangi Sentral, cari baju raya putih. Senang je untuk lelaki. Cari je kat Gene Martino.
Perempuan? Macam nak gila cari!! Insaf pun ya!
Nasib baik dah beli kat Daddy & Ariq, jadi Mommy tak boleh la cancel tema suka hati.
Pusing Bangi Sentral tu dah macam tawaf masa umrah dah haa. Akhirnya jumpa juga yang berkenan di hati.
Dan masalah seterusnya adalah mencari untuk Hannah pula. Fuh!!
Tak cukup Bangi Sentral, kami ke Bangi Getaway dan Tesco serta Aeon. Gigih la cari. Satu pun tak jumpa warna putih!!
Akhirnya, selepas beberapa hari berfikir, Mommy plan ke Ampang. Kebetulan ada kerja lain juga masa tu, pusing juga la sekitar Ampang. Kami pilih Ampang Point.
Finally, jumpa juga!! Tak sepenuhnya putih, tetapi baju putih jadi lah. Beli baju persalinan sekali. Cukup lah kot.
Hari Raya tak akan lengkap tanpa makan best-best kan? Syukur mentua ‘post’ ketupat palas, rendang ayam dan kuih raya melalui bas. Rezeki. Ada juga perasaan raya kan?
Macam tu lah nasib bila jauh dari kampung. Apa kan daya.
Vakum dan mop jangan cakap la. Sehari 2 kali. Demi memastikan rumah betul-betul bersih berkilat.
Hari pertama, 13 MAY 2021, Daddy bangun awal untuk siapkan nasi ayam. Hee.. Bangun tidur je, semua dah ready. Tq lah Daddy. Tapi tu lah, dapur kena setel sejam juga la nak kasi clear hahaha. Ok la tu. Kerjasama.
Solat raya, berjemaah kami berempat. Seronok bila tengok anak-anak fokus masa Daddy berkhutbah. Siapa sangka Ariq yang hyperaktif suatu ketika dulu, kini boleh solat sama-sama, fokus khutbah tanpa bising atau berlari, dan boleh puasa walaupun hanya separuh hari. Syukur sangat-sangat.
Selesai semua, makan dan baru kami bersiap. Tengah hari juga la baru start posing dan outdoor shooting. Guna tripod je la semuanya.
Raya kedua dan ketiga dah back to normal. Baju raya pun dah tiada. Haha. Start ‘kerja’ semula dengan bisnes Norwex. Oh ya. Kerja freelance Mommy dengan opis lama pun, dah stop end April baru nih. Mommy tak mampu nak cover ‘kepenatan’ harian. Cuma, seksa sikit lah sebab kali ni Mommy perlu work harder untuk cover keperluan biasa.
Nak beli produk Norwex, atau nak jadi ejen dengan modal yang rendah namun pulangan berganda, boleh direct whatsapp Mommy ok?
Ini sahajalah pengalaman raya 2021 kami. Moga tahun depan, kita semua boleh beraya di kampung. Semoga kobid lenyap dari dunia selamanya. Amin!
putih berseri2! selamat hari raya