Wed. Feb 12th, 2025

SHOPPING PERSIAPAN SEKOLAH LENGKAP DAN BERPATUTAN DI PASARAYA HARI-HARI

SHOPPING PERSIAPAN SEKOLAH LENGKAP DAN BERPATUTAN DI PASARAYA HARI-HARI.8

Persiapan sekolah di Hari-Hari | Mommy baru je shopping kelengkapan sekolah anak-anak di Pasaraya Hari-Hari baru-baru ini. Senang shopping awal, tidaklah kelam kabut nanti. Kalau korang tengah pening nak cari tempat yang lengkap di bawah satu bumbung, harga berpatutan, dan sesuai untuk semua peringkat umur, Pasaraya Hari-Hari memang patut jadi pilihan utama.

persiapan sekolah di hari-hari

HARGA BERPATUTAN & PILIHAN SAIZ LENGKAP

Bajet persiapan sekolah selalunya jadi cabaran, kan? Di Pasaraya Hari-Hari, Mommy dapat beli pakaian seperti:

  • Kemeja dan seluar sekolah.
  • Pinafore untuk anak perempuan.
  • Baju Melayu dan Baju Kurung.

Yang bestnya, semuanya dengan harga mampu milik! Saiz pun pelbagai, sesuai untuk anak kecil hingga dewasa.

Kalau korang cari pakaian sekolah murah dan berkualiti, Pasaraya Hari-Hari pilihan paling sesuai.

ONE-STOP CENTER, SEMUA LENGKAP

Di sini, Mommy tak perlu pusing banyak kedai. Semua ada di satu tempat – memudahkan ibu bapa sibuk seperti kita! Apa yang Mommy dapat dalam persiapan sekolah di Hari-Hari ini?

  • Pakaian sekolah lengkap: Tudung, tali pinggang, stokin.
  • Kelengkapan belajar: Botol air, kotak makan, alat tulis.
  • Barang keperluan sekolah lain: Beg sekolah dan kasut.

Mommy suka konsep one-stop center ni. Anak-anak pun seronok sebab dapat pilih sendiri barang kegemaran mereka!

LOKASI STRATEGIK DI SELURUH MALAYSIA

Tahukah korang, Pasaraya Hari-Hari ada lebih daripada 110 cawangan di seluruh Malaysia? Tak kisah tinggal di mana – bandar atau kampung – pasti ada outlet berhampiran.

Kalau korang nak tahu outlet terdekat, Mommy cadangkan layari www.hari.com.my/locator. Mudah untuk rancang lokasi shopping nanti!

PASARAYA FESYEN SEKOLAH TERBESAR DI MALAYSIA

Hari-Hari bukan kedai biasa. Mommy kagum tengok betapa lengkap dan teraturnya pilihan pakaian serta kelengkapan sekolah di sini. Rangkaian terbesar di Malaysia, tau!

Staf pun sangat membantu – korang cuma cakap apa yang dicari, mereka terus bantu carikan. Pembayaran pun cepat dan tak leceh.

BELI ONLINE, LAGI MUDAH!

Untuk yang tak sempat keluar rumah, jangan risau. Hari-Hari ada di Shopee & Lazada!

persiapan sekolah di hari-hari

Mommy pernah cuba shopping online untuk kelengkapan sekolah – barang sampai dalam keadaan baik dan tepat.

Tak perlu nak risau tentang kualiti sebab ia sama saja seperti di outlet fizikal.

NAK LENGKAPKAN PERSIAPAN SEKOLAH? JOM KE HARI-HARI

persiapan sekolah di hari-hari

Kalau korang sedang cari baju sekolah murah, kelengkapan lain, atau nak berjimat masa, Mommy memang syorkan korang datang ke sini.

Mommy dah settle persiapan sekokah anak-anak. Korang bila lagi? Serius, shopping jadi lebih mudah dan berbaloi di Pasaraya Hari-Hari!

Artikel lain : Main online games percuma cuti sekolah ini.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

3 thoughts on “SHOPPING PERSIAPAN SEKOLAH LENGKAP DAN BERPATUTAN DI PASARAYA HARI-HARI”
  1. banyakknya mommy shopping. dekat Hari Hari memang best. semua benda ada. dulu zaman2 masih sekolah memang pergi Hari Hari. sekarang pun masih pergi. hahaha . senang nak cari anak tudung lah , singlet lah, baju baby pun ada. comey comey jugak. beg sekolah tak boleh tahan lah tengok. rasa nak beli tapi untuk apa HAHAHAH. semalam baru pergi. rambang mata betul tengok beg sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!