Wed. Mar 19th, 2025

SOALAN LAZIM SIMPANAN SHARIAH KWSP

Pagi ini apabila Mommy buka email di pejabat, perkara pertama yang Mommy terima ialah arahan perihal Simpanan Shariah KWSP (Skim SS). Andai Mommy berminat untuk mendaftar, Mommy perlu ke KWSP untuk mendaftar. KWSP membuka kaunter untuk pendaftaran simpanan shariah bermula hari ini, 8 Ogos 2016.

soalan-lazim-simpanan-shariah-kwsp

Mommy ada meminta pendapat Daddy mengenai Skim SS ini. Daddy minta Mommy study dahulu. Jom la study sikit.

Maksud Simpanan Shariah?

Skim SS merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip Syariah.

PENTING : Ahli KWSP yang memilih Simpanan Shariah tidak boleh membatalkan pilihannya selepas tarikh kuat kuasa dan kembali ke Simpanan Konvensional.

Ciri-ciri Utama Skim SS

  • Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah
  • Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah
  • Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)
  • Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP

Apakah yang perlu dibawa untuk permohonan?

  • MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia)
  • Menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli
  • Lokasi – boleh rujuk di WEBSITE KWSP

Bagaimanakah cara untuk mengetahui jika permohonan untuk memilih Simpanan Shariah telah berjaya?

  • Permohonan ahli yang berjaya akan menerima Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pengesahan tarikh kuat kuasa tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah
  • Sekiranya ahli tidak menerima sebarang makluman berkenaan tarikh kuat kuasa ianya disebabkan oleh:
    • Kuota dana patuh Syariah yang diperuntukkan telah dipenuhi dan ahli masih dalam senarai menunggu; dan/atau
    • Maklumat perhubungan ahli tidak dikemaskini.
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
    • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922-6000; atau
    • Layari www.kwsp.gov.my

Antara soalan lazim yang Mommy tertarik

CARUMAN

1. S : Jika akaun saya ialah Simpanan Shariah, adakah penyata tahunan saya akan berbeza?

J : Tidak, ahli akan menerima penyata tahunan yang sama. Penyata tahunan tersebut akan menyatakan status akaun ahli dan tarikh kuat kuasa Simpanan Shariah.

2. S : Bolehkah saya mengakses Simpanan Shariah melalui i-Akaun?

J : Ya, ahli boleh mengakses Simpanan Shariah melalui i-Akaun.

MAJIKAN

1. S : Adakah saya perlu memaklumkan kepada majikan sekiranya saya membuat pilihan Simpanan Shariah?

J : Tidak, ahli tidak perlu memaklumkan kepada majikan sekiranya ahli memilih Simpanan Shariah.

2. S : Adakah majikan perlu membuat pembayaran caruman secara berasingan untuk pekerja mereka yang membuat pilihan Simpanan Shariah?

J : Tidak, majikan tidak perlu membuat pembayaran caruman secara berasingan untuk pekerja yang memilih Simpanan Shariah.

PENGELUARAN

1. S : Adakah saya dibenarkan untuk menggunakan wang pengeluaran saya daripada Simpanan Shariah untuk membayar pinjaman perumahan konvensional atau terhad kepada pinjaman perumahan Islamik sahaja?

J : Ya, ahli dibenarkan untuk menggunakan wang pengeluaran untuk pembiayaan pinjaman perumahan konvensional dan Islamik; tertakluk kepada syarat pengeluaran perumahan yang berkuat kuasa.

2. S : Adakah terdapat sebarang perubahan terhadap pemindahan wang di bawah pengeluaran Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP) atau yang sedia ada?

J : Ahli masih tertakluk kepada proses pemindahan wang di bawah pengeluaran Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP) yang berkuat kuasa. Tetapi, bagi ahli yang memilih Simpanan Shariah ahli hanya dibenarkan melabur dalam dana patuh Syariah yang diluluskan oleh KWSP.

3. S : Adakah dana-dana amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) termasuk Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) patuh Syariah? Adakah ahli Simpanan Shariah dibenarkan membuat pelaburan di dalam dana amanah yang diuruskan oleh ASNB?

J : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 telah memutuskan hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus. Ahli Simpanan Shariah boleh merujuk kepada Institusi Pengurusan Dana (IPD) dan penasihat Syariah yang dilantik oleh IPD bagi mendapatkan penjelasan mengenai pematuhan Syariah mana-mana dana patuh Syariah yang tersenarai. Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP tidak akan memberi sebarang perakuan ke atas mana-mana dana patuh Syariah yang tersenarai.

4. S : Adakah ahli Simpanan Shariah dibenarkan membuat pengeluaran kesihatan bagi tujuan pembayaran kepada Rumah Penjagaan yang dikendalikan oleh bukan Islam?

J : Ya, ahli Simpanan Shariah dibenarkan membuat pengeluaran kesihatan bagi tujuan tersebut dan ianya tidak bertentangan dengan Syariah.

KWSP vs TABUNG HAJI

1. S : Apakah perbezaan di antara Simpanan Shariah yang ditawarkan oleh KWSP berbanding Tabung Haji?

J : Dari segi konsep, Simpanan Shariah dan akaun Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sama di mana pengoperasian serta pelaburan akaunnya adalah tertakluk kepada prinsip Syariah serta berlandaskan garis panduan yang ditetapkan oleh jawatankuasa Syariah masing-masing.

Walau bagaimanapun, KWSP dan Tabung Haji (TH) mempunyai objektif penubuhan yang berbeza. Peranan Tabung Haji (TH) adalah sebagai pengelola dana jemaah haji Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada jemaah haji serta mengurus simpanan pendeposit manakala KWSP ditubuhkan untuk mengurus simpanan persaraan ahli bagi menyediakan faedah persaraan.

Setiap dana mempunyai perbezaan dari segi objektif, strategi dan risiko, oleh itu perbandingan terus ke atas kadar dividen Simpanan Shariah dengan dana-dana yang lain adalah tidak bersesuaian.

ZAKAT

1. S : Adakah KWSP akan membuat pembayaran zakat untuk simpanan ahli? Adakah ahli perlu membayar zakat selepas membuat pengeluaran Simpanan Shariah? Adakah kadar dividen yang diagihkan telah dikenakan zakat?

J : KWSP tidak akan mengeluarkan zakat ke atas simpanan KWSP ahli termasuk dividen kerana ahli KWSP tidak mempunyai pemilikan sempurna terhadap simpanan KWSP mereka yang merupakan salah satu syarat wajib mengeluarkan zakat.

Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) memutuskan pemilikan sempurna ahli KWSP ke atas simpanannya adalah apabila simpanan tersebut layak dikeluarkan dan boleh digunakan oleh ahli tanpa sebarang sekatan. Ahli KWSP beragama Islam wajib mengeluarkan zakat ke atas simpanan KWSP yang layak dikeluarkan sekiranya mencapai nisab (kadar minimum yang bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas).

Jenis-jenis pengeluaran yang tertakluk kepada pembayaran zakat adalah:

  • Pengeluaran Umur 50 Tahun
  • Pengeluaran Umur 55 Tahun
  • Pengeluaran Meninggalkan Negara
  • Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
  • Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta

PENAMA

1. S : Adakah terdapat sebarang perubahan terhadap polisi penamaan bagi Simpanan Shariah?

J : Penamaan bagi ahli Simpanan Shariah adalah sama seperti polisi penamaan yang sedia ada termasuklah penama bagi ahli beragama Islam, hanyalah bertindak sebagai wasi/pentadbir yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pembahagian simpanan KWSP ahli mengikut Syariah manakala penama bagi ahli bukan beragama Islam adalah pemilik mutlak/benefisiari, selaras dengan keputusan Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS).

Bilakah inisiatif ini akan dilaksanakan?

Pendaftaran Simpanan Shariah bermula hari ini, 8 Ogos 2016 dan sebanyak RM100 bilion dana patuh syariah diperuntukkan bagi 2017. Bagi melayakkan ahli mendapatkan tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah pada 2017, ahli mestilah memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah selewat-lewatnya pada 23 Disember 2016, tertakluk kepada peruntukkan dana tersebut.

Lain2 soalan lazim yang anda wajib baca, boleh rujuk di Artikel berkaitan : Soalan Lazim Simpanan Shariah KWSP

Jadi, apa keputusan anda? Mommy masih berfikir.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

6 thoughts on “SOALAN LAZIM SIMPANAN SHARIAH KWSP”
  1. Alhamdulillah…. Dah ada KWSP yang patuh Syariah… Bila ada pilihan macam ni, eloklah pilih yang lebih baik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!