SKSSR | Suri Rumah terus dilindungi menerusi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). Di bawah Belanjawan 2023, golongan suri rumah di Malaysia kini dapat membuat caruman sukarela dan memperoleh manfaat menerusi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah.
Anda ada dengar tak semua ni? Mungkin ramai yang tak alert tentang ini, termasuk Mommy lah!
Skim terbuka kepada suri rumah ini diperkenalkan oleh Perkeso di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022, berkuat kuasa pada 1 Disember 2022 untuk 2 jenis perlindungan iaitu :
- Bencana Domestik iaitu kejadian sehingga menyebabkan hilang upaya kekal untuk melakukan apa-apa aktiviti sebagai seorang suri rumah atau sehingga menyebabkan kematian
- Keilatan iaitu penyakit atau keuzuran tertentu sehingga tidak mampu untuk melakukan sebahagian besar atau sepenuhnya aktiviti sebagai suri rumah atau sehingga menyebabkan kematian. Penyakit atau keuzuran tersebut diperakukan keilatannya oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.
TAKRIFAN SURI RUMAH
Perempuan berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga sepenuh masa atau tidak, termasuk:
- isteri, janda, balu yang perkahwinan didaftarkan; dan
- ibu kepada seorang anak atau lebih termasuk ibu tunggal
Kakitangan wanita penjawat awam dan badan berkanun yang memenuhi maksud tafsiran suri rumah juga layak mencarum dan dilindungi di bawah Akta SKSSR.
Seorang wanita yang memenuhi takrifan suri rumah adalah layak mencarum dibawah SKSSR walaupun telah sedia ada menghidapi penyakit.
Walau bagaimanapun kelayakan suri rumah untuk menerima elaun keuzuran adalah tertakluk kepada tarikh dia menjadi ilat yang ditentukan oleh Penilai Perubatan dan tarikh dia menjadi ilat itu berada di dalam tempoh perlindungan.
MAKSUD AKTIVITI MENGURUSKAN RUMAH TANGGA
Aktiviti pengurusan rumah tangga merupakan aktiviti rutin seharian yang dijalankan oleh suri rumah dalam menguruskan rumah tangganya termasuk ahli keluarganya.
Contohnya menyediakan makanan, pergi ke pasar, menghantar anak ke sekolah dan lain-lain.
CARUMAN SKSSR
Penyertaan adalah secara sukarela bagi mendapatkan perlidungan skim ini.
Caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut perlu dibayar terlebih dahulu.
Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga (contohnya abang, bapa atau agensi bukan kerajaan (NGO)) bagi suri rumah tersebut.
KONSEP “ONCE IN ALWAYS IN”
Suami yang telah memilih untuk membayar caruman bagi pihak isterinya konsep “once in always in” akan terus terpakai kepadanya. Bayaran caruman hendaklah dibuat dalam masa 30 hari dari tarikh pilihan dibuat.
Tempoh caruman dan perlindungan hanya akan bermula pada tarikh dan waktu caruman dibuat oleh suami tersebut.
Walau bagaimanapun suami boleh memilih untuk tidak meneruskan pembayaran dalam situasi berikut:
a) Bercerai; atau
b) Tidak berupaya untuk membayar caruman kerana kehilangan pendapatan.
Suami itu hendaklah memaklumkan PERKESO 60 hari sebelum tamat tempoh caruman dengan melengkapkan Borang SR 5 – Notis Ketidakupayaan Membayar Caruman Oleh Suami.
Jadi, konsep “once in always in” adalah terbatal dan suri rumah mempunyai pilihan secara sukarela untuk meneruskan pembayaran caruman setelah tempoh caruman tersebut tamat.
SYARAT KELAYAKAN SKSSR
Syarat kelayakan bagi skim ini adalah :
- Warganegara Malaysia/pemastautin tetap
- Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun/belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali hendak mencarum SKSSR
- Membayar caruman untuk tempoh 12 bulan, yang dibayar terlebih dahulu
Artikel lain : Pindah wang simpanan tabung haji
TAKRIFAN BENCANA DOMESTIK
- “Bencana domestik” ertinya kecederaan diri pada suri rumah berinsurans yang disebabkan oleh suatu kejadian berakibat daripada dan semasa menguruskan rumah tangganya termasuklah ahli keluarganya dan bukan bagi apa-apa perusahaan, perdagangan, perniagaan atau profesion yang dijalankan olehnya.
- Hanya meliputi kemalangan semasa menguruskan rumah tangga yang berlaku di dalam Malaysia sahaja.
TAKRIFAN KEILATAN
- Seseorang suri rumah dianggap sebagai menghidap keilatan, jika oleh sebab suatu keadaan keuzuran tertentu yang berkekalan, dia tidak berupaya mengambil bahagian dalam apa-apa sebahagian besar aktiviti seorang suri rumah tertakluk kepada syarat kelayakan.
FAEDAH-FAEDAH YANG DITAWARKAN
FAEDAH PERLINDUNGAN BENCANA DOMESTIK
- Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Kekal
- Elaun Layanan Sentiasa
- Faedah Pengurusan Mayat
- Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
- Pencen Penakat
FAEDAH PERLINDUNGAN KEILATAN
- Elaun Keuzuran
- Elaun Layanan Sentiasa
- Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
- Faedah Pengurusan Mayat
- Pencen Penakat
CARA MOHON SKSSR
- Borang – Isi Borang Pendaftaran dan pembayaran boleh dibuat di mana-mana pejabat PERKESO atau;
- Secara talian – Menerusi Portal Suri Rumah PERKESO
MAKLUMAT LANJUT SKSSR
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/suri-rumah.html
wahhhh menarik baru tahu ni….bagus untuk surirumah yang sentiasa ke hulu ke hilir huhuu