Cara tangani selsema atau flu dengan Euky Bear Inhalant.
Tips2 lain anda boleh klik Label “FLU”
Mommy pernah kongsi ENTRI PALING BANYAK CARIAN di Google mengenai teknik STEAMING & PERCUSSION di entri “ANAK-ANAK FLU, BATUK? ADA BAGUSNYA!” (sila klik), di mana baldi/bekas air/wap panas water heater di dalam toilet/sterilizer digunakan untuk proses steaming (untuk keluarkan hingus, longgarkan kahak & cairkan hidung tersumbat)
Yang terbaru Mommy nak kongsi di sini ialah
Steam Inhaler Euky Bear.Sesuai untuk semua peringkat umur.
Mommy baru je beli malam tadi
di Caring Pharmacy, Aeon Big Wangsa Maju. Harganya RM23.20. So, balik tu Mommy cuba untuk Hannah Damia. HD flu dah 2 hari.CARA GUNA
- Sangat mudah!
- Semua peringkat umur boleh guna
- Tanggalkan corong / nose piece (yang tempat sedut)
- Masukkan air panas ke dalam bekas tersebut. Jangan gunakan air didih
- Titiskan Inhalant (1ml atau 1/4 sudu teh) – agak kuat bau untuk anak2, so start dengan setitis dua dahulu
- Pastikan letak atas meja / tray / kawasan yang stabil semasa digunakan atau balut dengan tuala kecil jika hendak memegang bekas tersebut
- Pastikan ada pengawasan orang dewasa jika kita nak gunakan untuk kanak-kanak
- Sila bernafas melalui nose piece tersebut
- Tidak mengapa jika terbatuk2 sebab ini kesan biasa jika melalui proses steaming
KESAN
- Flu dah mula merembes keluar
- Nafas ketika flu yang agak laju akan menjadi perlahan
- Jika inhalant terlalu banyak, sesetengah budak tak dapat tahan, jadi kurangkan sedikit. Apabila dah biasa, boleh letak seperti yang diarahkan atau lebih.
- Nampak sedikit selesa selepas menggunakannya
Korang dah pernah cuba?