Setiap hari kemas rumah. Setiap hari sembur pewangi. Tetapi, macam ada sesuatu yang tak kena.
Dah pasang lilin pewangi, dah pasang air purifier, dan juga diffuser, apa lagi yang tak kena?
Jom ketahui 6 punca rumah berbau.
1. TEMPAT BUANG SAMPAH
Lepas selesai ikat sampah dan buang, korang basuh tak bekas tong sampah tu?
Kadang-kadang ada cecair atau tumpahan dari sampah sebelum ini akan meninggalkan bau di bekas tersebut.
Jadi, seelok-eloknya basuh dahulu sebelum letak plastik sampah yang baharu.
2. BAJU BASAH ATAU LEMBAP DAN KOTOR
Kalau korang ada habit meninggalkan baju basah atau kotor dan lembap di kawasan tertutup, pasti akan tinggalkan bau.
Begitu juga baju yang kotor dibiarkan di dalam bilik. Sebaiknya terus dibawa ke mesin basuh.
3. TEMPAT TIDUR
Berapa kali korang tukar cadar dalam masa sebulan?
Bau badan sebenarnya memang cepat melekat ke cadar. Mungkin korang tidak sedar akan bau badan sendiri, jadi sebaiknya tukar lah cadar setiap minggu.
Apatah lagi jenis tidur tidak berbaju. Peluh tu haa. Lagi cepat tinggalkan bau di cadar.
Jangan lupa pasang Penapis Udara juga untuk isu habuk di dalam bilik dan rumah, seperti D Model Cuckoo.
4. MESIN BASUH
Mesin basuh antara salah satu peralatan yang boleh menjadi punca rumah berbau kerana ia sentiasa bersentuhan dengan air dan boleh menghasilkan bakteria dan kulat, dan seterusnya menghasilkan bau yang kurang enak di rumah kita.
Antara petua lama, gunakan cuka dan serbuk penaik untuk lap di kawasan yang paling cepat tumbuh bakteria dan kulat.
My advise, gunakan Enviro Cloth Norwex untuk lap di semua kawasan (dalam dan luar) mesin basuh untuk kebersihan maksima. Gunakan bersama semburan UPP Detergent. Pasti korang jatuh cinta bila tidak perlu sental teruk-teruk!
5. SALURAN AIR
Ini part yang selalu terjadi di rumah Mommy. Emosi betul sekali nak selesaikan masalah saluran air yang tersumbat misalnya. Pasti meninggalkan bau kurang enak.
Kotoran, minyak, antara punca utama yang boleh menyebabkan saluran tersumbat. Jadi, amalkan kebersihan dengan cara membuang minyak dan kotoran ke dalam bekas asing, sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
Elakkan buang secara langsung dalam sinki. Dan, jirus air panas selalu. Gunakan petua lama seperti cuka dan serbuk penaik untuk hapuskan isu tersumbat.
6. JANGAN BIAR MAKANAN DI ATAS MEJA
Selepas makan malam, sebaiknya kemas meja makan tanpa meninggalkan apa pun di atas meja. Kecuali hiasan of course. Ini kerana, kadang-kadang ada bau kurang enak terjadi apabila kita bangun dari tidur, walaupun makanan di atas meja bertutup.
Lap semua kawasan termasuk meja makan, dapur memasak dan counter top dapur korang menggunakan Kitchen Cloth Norwex. Pasti korang tak menyesal apabila memiliki Kitchen Cloth ini. Sangat-sangat berguna. Harganya pula mampu milik.
Jika korang berminat memiliki produk Norwex, just direct whatsapp Mommy ok?
Akhir kata, korang kena jaga 6 faktor utama ini dulu untuk elakkan sebarang bau kurang enak di dalam rumah.
Dan Mommy ada satu cadangan buat korang, untuk wangikan rumah secara pantas selepas selesai mengemas rumah.
Apakah itu?
Fabric Mist by Lyns.
Ada 1001 pengunaan spray dobi viral ini :
- untuk wangian cadar/comforter dan juga blanket.
- untuk wangian di langsir dan juga sofa.
- untuk wangian baju bagi menghilangkan bau hapak/lembab pada pakaian.
- untuk wangian kusyen di dalam kereta dan juga di dalam rumah.
- untuk wangian di dalam bilik tidur serta ruang tamu.
- Bole dijadikan wangian di dalam almari dan aroma bau akan melekat di pakaian.
- UNTUK WANGIAN APA SAHAJA JANJI IA ADALAH FABRIC
💠💠100% HALAL 💠💠ANTI BAKTERIA 💠💠ADA 3 WANGIAN
Boleh dapatkan di Shopee @myapilot sekarang!