BERBUKA PUASA DI THE 39 RESTAURANT, PNB PERDANA KL | Jam 7 petang, akhirnya Mommy dan keluarga menjejakkan kaki di The 39 Restaurant di PNB Perdana Hotel & Suites Kuala Lumpur. Pertama kali dalam bulan puasa ini, kami sekeluarga makan di luar. Selalunya di rumah sahaja.
Terus ditunjukkan tempat yang dah disediakan khas buat kami sekeluarga. Menarik. Hati tenang betul bila masuk. Dari pintu masuk lagi, kami dah disambut mesra. Sepanjang perjalanan, kalian boleh lihat pelbagai jenis minuman disediakan. Dari air kosong, air pelbagai perasa, teh tarik sehinggalah dessert. Ini menarik!
Fuh.. Ini confirm anak-anak Mommy serbu dulu..
Menuju ke meja yang disediakan khas buat kami sekeluarga, buat Mommy bertambah teruja. Tambahan pula, di luar tingkap dari meja kami, Mommy dapat lihat dengan jelas menara KL dan KLCC dari jauh. Alahai. Cantik sungguh!
MENU BUFFET RAMADHAN DI THE 39 RESTAURANT
Antara menu buffet ramadhan yang disediakan di sini antaranya adalah Nasi Minyak Badam, Nasi Lemak, Kari Kepala Ikan, Sambal Sotong, dan macam-macam lagi..
Nah Mommy bagi korang tatap menu-menu ni sambil menjilat bibir. Hehehe..
Haaa.. Kari Kepala Ikan pun ada! Sambal sotong nyumsss..
Di samping itu, aneka sajian kerabu yang terdiri daripada buah-buahan dan salad juga disajikan. Sup gearbox pun mantap!
Tidak sah kalau ke Buffet Ramadhan, tiada kambing golek kan? Di The 39 Restaurant pun ada tau..
Selain Kambing Golek, port paling menarik perhatian ialah Satay ni. Serius sedap! Daddy berulang-ulang kali ambil ni.. Ada satay ayam & satay daging..
Ketupat palas dan lemang turut disediakan tau. I know, awesome right?
Buah-buahan dan chocolate fountain yang pastinya menjadi tumpuan anak-anak.
Bubur lambuk sebagai pilihan andai tiada selera untuk makan nasi berlauk, kan?
Kuih muih tradisional akan bertukar setiap hari tau. Rugi korang kalau tak cuba popia pedas tu. Aduhai teringat-ingat!
PILIHAN MOMMY DAN ANAK-ANAK
Masing-masing dah teruja tengok dessert. Kemain haaa. Sampai Mommy sendiri terkejut bila anak syurga Mommy tu, buat pertama kali, tak minta langsung Mommy suap! Ini sangat-sangat menggembirakan hati seorang ibu yang ada anak istimewa sebegini. Syukur! Mujurlah Mommy tak nangis kat situ. Hukhuk.
Kakak, masih bertahan dengan puasa. Tak pernah ponteng. Thanks untuk ketegasan Daddy juga bab-bab puasa ni. Heee..
Pilihan Mommy & Daddy
Memang tersandar kekenyanganlah..
KELEBIHAN BERBUKA PUASA DI SINI
– Suasana di The 39 Restaurant sememangnya indah kerana pengunjung dapat lihat keindahan bandaraya Kuala Lumpur sambil menikmati hidangan berbuka puasa. Serius cantik. Bayangkan korang boleh berada di tingkat paling tinggi iaitu tingkat 39, dan dapat view KLCC dari hotel tersebut. Kagum Mommy bila dapat lihat bangunan Tabung Haji yang tersergam indah di depan mata ni.
View waktu malam. Superb!
Lawa gila ok!
– Surau turut disediakan di tingkat 5 hotel ini di mana pengunjung juga boleh turut serta dalam Solat Terawih di sini. Jika ingin ke masjid berdekatan, jangan risau. Masjid Asy Syakirin sangat dekat ok!
– Persembahan dari kumpulan nasyid turut disediakan. Mulanya Mommy ingat dari radio, rupanya ada kumpulan nasyid tau. Yang paling Mommy kagum lagi, bila Mommy tahu yang kumpulan Nasyid ini adalah gabungan Imam & Bilal dari Masjid Asy Syakirin.
Mereka turut mengeluarkan album nasyid mereka. Percaya atau tidak, setiap hari cd ini jadi lagu wajib yang berkumandang dalam kereta Mommy. Terutamanya lagu no 8 yang bertajuk “Sucikanlah Hati”. Serius best! Kalau korang berminat, boleh beli di Masjid Asy Syakirin, KLCC. Harganya cuma RM15.90.
– Hotel yang berkonsepkan Syariah Islam yang sememangnya telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. Status halal merupakan satu perkara yang tidak perlu dicurigai di sini.
PAKEJ HARGA BUFFET RAMADHAN DI THE 39 RESTAURANT, PNB PERDANA KL
Pakej harga Bufet Ramadan kali ini sememangnya berbaloi dengan tawaran harga bersih RM123.00 bagi dewasa dan RM61.50 bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun.
Untuk pengetahuan korang juga, PNB Perdana On the Park juga ada restoran yang menyajikan masakan ala kampung, di tingkat bawah sekali iaitu Restoran 10 Binjai. Harga pakej Bufet Ramadan di sini pula ialah RM98.00 bagi dewasa dan RM49.00 bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut :
- The 39 Restaurant : 03-7490 3939
- Restoran 10 Binjai : 03-7490 3838
- Alamat : PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur
Jabatan Komunikasi dan Korporat
10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
T : 603 – 7490 3333 F : 603 – 7490 3399
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pnbperdanaonthepark.com
PENDAPAT MOMMY
Mommy panjatkan kesyukuran kerana akhirnya, bulan Ramadhan tahun 2018, Mommy berpeluang berbuka puasa di luar i.e di hotel dengan tenang sekali. Haha. Punya lah risau anak-anak ‘tak boleh dibawa ke majlis’ bak kata orang tua-tua. Manalah tahu kan? Kita ni nak berbuka, anak buat perangai. Haaa. Akhirnya tahun ini, tidak lagi. Tahniah anak-anak Mommy! Hahaha. Thanks to PNB sebab tempatnya yang tenang, buat anak-anak Mommy tak meragam. Almaklumlah, Ariq tu tak boleh tempat sesak. Mula la Mommy risau nanti.
Seronok apabila selepas makan, kami boleh ‘melepak’ di balkoni sambil menikmati pemandangan malam di sini. Serius cantik giler! Anak-anak pun girang asyik berlari-lari. Mujurlah tidak terlalu ramai tetamu. Terasa sangat eksklusif apabila berada di restoran begini.
Dengan harga pakej yang disediakan, makanan yang menyelerakan dan kelebihan yang Mommy ceritakan tadi, Mommy rasa tak rugi untuk datang ke sini. Apa kata korang pun cuba sekali?
Fuh. Betul2 puas hati makan kat tempat yang ada view cantik. Tengok makanan pun dah ketap bibir. T.T
Walaupun dah kenyang, tapi tengok gambar ni lapar balik… (i baca lepas berbuka puasa hokay…)
Sekarang ada potongan harga lagi kan..beat betul buka puasa kat sini
Satay tu fuhhh…satay daging lembut ja. Akak makan banyak hari tu haha
Cantik view… wow menu satay tu mesti paling larissss. Makanan nampak menarik.
Cantik view… woww menu satay tu mesti paling larisss. Menarik tgk menu2 yang ada.
Nampak menu yg dsediakan best. Menarik ..
bestnya , makanan sedap, view dia lawanyaaaaaa
Serius cantik suasana kat sini. Terasa ketenangannya…
Kak nina paling suka.kambing golek dia! Sos gabungan black pepper dan mushroom memang mantap!
Cantiknya view kat sini. Menu makanan pun pelbagai dan nampak sedap je.
Menarik betul buka puasa kat sini. Berbaloi la dengan harga yang dibayar.
Sedap! Sambil tatap permandangan cantik
Meriah nya..best kalau bawak famili
mewah betul berbuka puasa kat sini .. hehehe
Memang cantik sangat view dia.
Cantiknya nya view.. Sejuk mata memandang..