Fri. Jan 17th, 2025

RESIPI AISKRIM VANILLA COKLAT HOMEMADE

RESIPI AISKRIM VANILLA COKLAT HOMEMADE (5)

Dalam geng cuckoo Mommy, ada seorang mak nih sangat rajin memasak. Rupanya memang kaki masak pun. Siap bisnes lagi. Korang boleh tengok sendiri instagram @waniealong dan facebook Noor Syazwanie Aziz nih..

Dalam banyak-banyak resipi, Mommy tertarik dengan aiskrim homemade yang Along ni buat.

Tekstur dia, wah.. macam beli kat pasaraya jer. Nice weh.. Terliur pula rasa. Tengok lah kalau rajin, boleh la buat juga. Sekarang, kita simpan dulu resipi kat sini.

RESIPI AISKRIM VANILLA COKLAT HOMEMADE

RESIPI AISKRIM VANILLA COKLAT HOMEMADE

Resipinya adalah

  • Susu full cream ½ cawan
  • Susu pekat ½ cawan
  • Ovalette 1 sudu besar
RESIPI AISKRIM VANILLA COKLAT HOMEMADE

Kemudian, mix 3 bahan di atas sampai kembang..

Kemudian.. Masukkan 1 cawan whipping cream (vivo @ value pride) ke dalam bahan mix tadi.. Kacau lagi smpai betul-betul kembang..

Once dah siap mix.. bahagi kepada dua..

Terpulang nak letak perisa apa.. Along guna serbuk koko. Cuma ayak dan masukkan ke dalam adunan.. Gaul sebati… Resepi asal menggunakan Nutella. Boleh je letak apa-apa emulco/perasa lain. Emulco tu macam paste seperti emulco durian, emulco coklat, etc..

RESIPI AISKRIM VANILLA COKLAT HOMEMADE

Dah ready masuk bekas.

Tekstur dia. Fuhhhh..

RESIPI AISKRIM VANILLA COKLAT HOMEMADE

Terima kasih Along sebab sudi benarkan Mommy kongsi dalam group ini. Selamat mencuba ye semua..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

2 thoughts on “RESIPI AISKRIM VANILLA COKLAT HOMEMADE”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!