Ramai ibu2 bertanyakan apa yang boleh diberi utk Baby mereka. N apa yang x boleh kan? Mommy buat rumusan kat cni.
6 BULAN
Kemahiran
Mula menerima makanan pepejal
Jenis Makanan
Makanan lembut
Bubur nasi dikisar
Bijirin untuk bayi (jenis beras) – NOT RECOMMENDED
Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.
Puree Buah
Jumlah & Kekerapan
2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan.
2 kali dalam sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap
7- 8 BULAN
Kemahiran
Mula belajar mengunyah
Jenis Makanan
Makanan lembut
Bubur nasi
Bijiran untuk bayi – NOT RECOMMENDED
Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.
Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.
Makanan yang mengandungi susu eg: Keju, puding susu, krim keju
Telur masak.
Cuba dengan jumlah yang sedikit dahulu.
* Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.
Jumlah & Kekerapan
Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 2/3 cawan (cawan saiz 250ml) dan kemudian ke ¾ cawan pada setiap hidangan
3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
9-11 BULAN
Kemahiran
Makan sendiri
Jenis Makanan
Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut.
Nasi
Bijiran bayi – NOT RECOMMENDED
Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.
Buah
Ikan, daging dan ayam
Susu dan hasil tenusu eg: keju, puding susu, krim keju.
Telur, melainkan sekiranya ada alahan
Kekacang yang dimasak lembut – kacang panggang dan tauhu
Jumlah & Kekerapan
Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 3/4 atau ke 1 cawan pada setiap hidangan.
3 hidangan makan utama (sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam) dan 1 snek antara waktu makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
1-2 TAHUN
Kemahiran
Makan sendiri
Jenis Makanan
Makanan keluarga yang diubahsuai
Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.
Daging cincang
Makanan yang kurangkan berempah.
Makanan segar (tidak diproses)
Kurangkan garam, gula dan lemak.
Teruskan penyusuan susu ibu.
Jumlah & Kekerapan
3 hidangan makan utama setiap hari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
2 snek antara waktu hidangan makan utama.
Nak share boleh, credit to this blog jgn wt2 lupa pulak.. ;p