Thu. Nov 7th, 2024

PELAT UTARA -SESUAI UNTUK PELAKON YANG NAK CUBA BERBAHASA KEDAH

MOMMY nampak pasal nih & terus share dalam FB Mommy. Tapi, nih long time ago. Mommy x igt dah sumber mana yang Mommy dapat. Andainya owner nih tengok/baca blog Mommy nih, sila bgtau Mommy & Mommy akan hapdetkan link anda. Tq

Mommy gelak tahap x hengat & komen kt FB Mommy waktu tuh memang mencetus rekod dunia gak la… Hahahahaha

TAJUK DIA: Pelat Utara – Kedah punya [Perlis & Penang sket kot!!!].. terbaik punya.. [elok utk org nk blakon drama nk pelat kedah..huhuhu] – xdak la nak sakit hati dengaq oghang yg x berapa nak asal dari Kedah tu cuba nak jadi orang Kedah! Tudia.. Mommy habaq mai!


TAK SANGGA ……. (bermaksud SAKAN punya SAKAN punya SAKAN lah…..)

SAYOP …… bermaksud LEWAT ….. misalnya bangun tidoq lewat …. depa nanti kata …. MANGKIT SAYOP. (kalau di Kedah, Penang, Perak (utara) plak….. ianya bermaksud jauh…. jauh …. nun di langit biru ….. kira SAYUP menjulang ke awan (langit lah tu). Atau bagi deria pendengaran ….. SAYUP2 kedengaran di telinga bunyi suara yang mendayu2 mendendangkan lagu di bawa angin bayu.

CEMUIH …….. (naik CEMUIH) ….. bermaksud MELUAT ….. BOSAN ……MENYAMPAH ……. (bagi puak2 Kedah, Penang, Perak (utara) plak …. ianya bermaksud JEMU, PUAS DAH sebab dok kena benda yg sama saja).

PULUIT – asalnya dari perkataan PULUT ….. TAPI puak2 Peghelih akan tambah ‘i’ selepas ‘u’ ….. maka jadilah PULUIT …… Puak2 Peghelih saja buat lagu tu. Ulu banat punya jenis ……Ulu betoi …..

TAKUIT – ini pun mcm tu gak …. asalnya dari perkataan TAKUT …… jadi TAKUIT.

PATUIT – pun lagu tu gak …. asal dari perkataan PATUT …… malah banyak jugak lagi yg di tokok tambah di ubahsuai dgn cara lagu ni …… macam2 yg dok ada.

YANG DISEBUT DIATAS TU LAH YANG AMAT POPULAR DAPAT KITA DENGAQ DI PIHAK2 MEMBA2 PEGHELIH [perlis] SELALU DOK GUNA BILA DEPA SELULOI DOK BERSEMBANG SAMA2 DEPA …… itu pasai hangpa kena bergaul dgn memba2 mcm tu kalau nak experience lebih happening dalam selok belok sembang borak dengan puak2 yg berkenaan ….. BARU REAL PUNYA PENANGAN……. (ini bukan asal dari Penang ya?)

DI BAWAH NI PLAK …. ISTILAH2 (COMMONLY USED) YANG DI GUNAPAKAI OLEH SEMUA PUAK2 DARI UTARA (KIRA LA NI RAMAI SUKA GUNA ‘SATU’ UNTUK SEMUA …. KIRA ‘SATU UTARA’ PUNYA LOGHAT ISTILAH ….. NAK HABAQ MAI …….

LOQLAQ (jenis tak berdisiplin punya perangai -haru biru punya kaki (LOKLAK (Kamus Dewan)

BELEMOIH – berselopong …. berselopiang … berlumuran dgn kotoran yg melekit2.

HEMOI – muka tebai …. mcm hidung tak mancung pipi tersorong-sorong punya perangai.

TERTOMOIH – tersungkur dgn muka tersembam ketanah.

BELENGAIH – belengas dgn berayaq berminyak melekat2 bergetah semua cukup.

BELENDIAG – jenis mcm lendir meleleh-leleh melekit-lekit pada sesuatu.

BERGETAH – yg berjantina pompuan yg agak sexy … lagi mengghairahkan … memberahikan. (kalau dipeluk didakap …. sure melekat punya …. sebab dia ada satu mcm punya jenis ‘getah’ …… itu yg dikatakan ‘bergetah’ tu).

BERGANDAM – kotoran akibat terpalit dgn bermacam2 jenis maknenek.

BELUTIN – lebih kurang macam bergandam jugak … berselaput dgn kotoran.

PERONGOIH – orang belah2 selatan sebut ‘baran’ (panas baran = hot-tempered) – samalah tu.

CENGEI (ejaan lama CHENGE) – garang, bengis.

SELULOI – selalu sangat …. tersangatlah kerap.

KELIH – (KELIH ….. shortform from the word KELIHATAN) – lihat lah tu…. pandang…. perhati … tengok….

KELOI – KELUI – panggil, memanggil, melaung.

KEGHENYEH – tersengeh …. senyum bukan…. gelak pun bukan…. tapi mulut terbuka nampak gigi semua (dari telinga ke telinga – tanpa bunyi gelaktawa) …… (grin, grinning).

KEGHISIN – lebih kurang sama macam keghenyeh jugak…. namun keghisin tak lah seteruk (overdo) mcm keghenyeh. Aksi KEGHISIN lebih elok sikit pada aksi KEGHENYEH (more funny looking manner).

KELEBOQ – tanah berlumpur berselut lagi lembik … keadaan seperti bekas kerbau berkubang.

GELOMIANG – gelumang, bergelumang dgn lumpur dan selut … najis dan sebagainya.

GELAMBIAG – kulit yg kendur pada bahagian leher kebiasaannya bagi mereka yg dah tua.

MEGHININ – baguih punya cantik.

SAT – kependekan drp ‘sesaat’ ….. tunggu sat = tunggu sesaat (wait a second/wait a minute)

ULU BANAT – REAL punya ULU …. teruk case punya kategori punya ulu mari.

TAHAN TUAQ – bagi kaum pompuan yg selalu suka duduk dgn terselak kain atau skirt hingga ternampak ‘harta karun’ mereka sendiri.

HANGPA – asal dari dua perkataan HANG APA ….. dipendekkan jadi HANGPA.

DEPA – asalnya dari perkataan DIA APA ….. di’short-cut’kan maka jadilah ….DEPA.

DOK – bermaksud DUDOK ….. di pendekkan jadilah DOK.

KUT-KUT (KOT-KOT) – bermaksud TAKUT TAKUT nanti ….. dipendekkan jadilah KOT KOT. Ia juga boleh di maksudkan dgn maksud KALAU-KALAU….. MINTAK2…. (hopefully).

PI – short-cut dari PERGI …… depa ambik yg di hujung saja iaitu P & I …. jadilah PI.

MAI – plak short-cut dari perkataan MARI ….. maka jadilah MAI.

TANG – short-cut dari perkataan TENTANG …… maka jadilah TANG.

TU – short-cut dari perkataan ITU …….. jadilah TU.

MENYERANGGUH – duduk bertopang dagu dgn siku tertekan kelutut.

MENEGHELOH – tidur

MENGEGHOH – berdengkur

HULOQ – hulur ….. sua ….

MUA – melampau2 punya perangai …. berkelakuan…. mengada2 keterlaluan.

NAIK KARAN – naik stim … naik nafsu syahwat (sexual desire rising) memuncak…..ORGAS.

KARAN – ORGAS – punyalah naik syok ….. naik stim kpd seseorang ….. dalam diam2 tiba2 yg di bawah tegang …… kepala anu dlm seluaq sudah naik keraih kedekiang satu macam …. kira nak menunjai2 keluaq saja ……..

NAIK SHEH – naik darah pun boleh …. naik nafsu syahwat (naik karan) pun boleh ….. mcm naik geram (dua2 boleh pakai).

MENTEKEDARAH – (asal MUNTAH KEDARAH) – bermaksud makan bagai tiada esok bagi mu.

SAKAN – terlampau2 melebih2 bersungguh2 ketahap keterlaluan.

PULUN – bersungguh2

SEGHOT – gostan ….. kesot2 kebelakang ….. ganjak posisi untuk beri laluan.

POLOK – pulun sumbat masuk kedalam mulut semasa sedang makan sesuatu …. sebab terlampau nak cepat.

JOM – ayuh, silakan, mari kita.

YONG – usung semua apa yg ada, harung semua apa yg ada. (Yong di Perak lain plak maksudnya …. iaitu KAKAK opposite of YEOP (abang).

PELANGKUM – sapu habis

SEGHELUM – memakai atau menyarung pakaian (baju) dari atas (melalui kepala).

MENGKELAI – berkelahi, bergaduh, bertekak

GOMOI ……. BERGOMOI – berpeluk2 erat2 bergumpal2 untuk menghempas lawan masing2.

MENEROJOI – menonjol keluar drp sesuatu ruang atau lubang.

RIMBOK – pukul dgn kuat sekuat2nya….. BELASAH dgn kuat.

BUBOH – misalnya bubuh sebiji – bagi penumbuk sebiji (maksudnya)….. [selain dari maksud TARUH …. MENARUH ….. pada maksud asal sebenarnya].

BOH SELAGU …… BERDENDANG SAYANG – kena penangan kalu mula menangis tak berlagu.

GEDEBUK – jatuh gedebuk … jatuh yg memberi bunyi sampai boleh terdengar oleh orang lain.

SIGUNG – menghentak dgn menggunakan siku.

SIGAI – pukul, hentam.

CEMPERGHA – cempera ….. bertempiaran (helter skelter).

PEGHAK – tercangak2 terbeliak2 jenis bangsa tak pernah tengok … tak pernah jumpa…. heran pelik ajaib bagi dia …. padahal benda tu cuma common things to common people aje.

KOMAN – tak menepati ‘standard’ ….. LEKEH la….. low class …. low rated.

PALAT – kemaluan lelaki.

TAIK PALAT – kotoran najis yg melekat pada celah2 belalai (kemaluan lelaki) yg belum di khatan.

GELABAH – gelisah tak tentu arah (panic)…..kira mcm GUNDAH GULANA jugak lah tu.

MENCALAI – lari mengelak drp tempat dan juga rakan disebabkan termalu tersipu2dgn ayaq tu …… dan terbodoh sekaligus…. dgn biji mata terbelalak … terkelip-poq2.

TERKEGHEMPON-KEGHEMPON – terhegeh-hegeh tersipu2 punya mencalai.

LOKOIH – dari LOKOS = kuyup (basah kuyup).

TAK BULOQ – Tak hingin – tak lapaq (bulur = lapar teramat sangat) dari TAK KEBULUR.

TERBEGHETUH – terberlaga, berlanggar, tersentuh – tak sengaja bertuh (accident).

SENEGHIH – bergesel (esp ditempat2 yg sempit dan penuh sesak dgn manusia).

SENAYAN – hari Isnin – (di Indonesia pun disebut Senayan – contoh: Stadium Senayan, Jakarta).

HOHA – berkelakuan yg tidak tertib, berkeliaran tak tentu hala.

YOYA – hoyong hayang punya kaki.

TOYA – bermaksud tongkat panjang (yg merbahaya).

BUSUK MENGAUM – teruk punya busuk punya bau mengharungi segenap ruang….. misalnya … kentut dia punya la busuk mengaum dek kerana lepas makan kacang rebuih gamak nya!

MENYOGHOK – sarapan [selain dari bermaksud ‘bersembunyi diri’].

CUCOQ – penganan atau juadah yg dibuat secara menggoreng dg minyak (cucoq kodok, cucoq badak, cucoq ubi, cucok pisang dll).

CUCOQ ATAP – hujung bumbung atap dimana air hujan menitik turun.

MAIN ACI LUT – mainan kanak2 – main aci sembunyi – (omputih punya versi ‘hide and seek’).

ACAQ …. (AYAQ ACAQ) – ayaq parit/longkang yg penuh dgn kotoran hasil buangan toksik termasuk najis2 haiwan maupun najis manusia.

BERTIMPUH – duduk dgn melipatkan kedua2 kaki dgn punggung diatasnya…. bersimpuh.

HEROT – tidak lurus, bengkok, melengkung.

HEROT PETOT – bengkang bengkok, melencong sana melencong sini.

TUNGGING BUYUNG – versi omputih ‘forward roll’.

KOK KO …. (NAIK KOKKO) – memikul (budak atau orang dewasa) diatas belakang.

GIGI NAIK KOKKO – maknanya gigi tumbuh bertindih2 – depa panggil GIGI KOKKO.

KEROSOT – kusut (bkn rambut) – tali atau benang yg kerosot disebabkan tidak dikampoi betul2.

TANG KEDADA – berkemban (bagi kaum pompuan). Kalau kaum jantina bukan pompuan berkemban …. jawabnya dia tu pondan atau maknyah lah.

SEPUSAT SEPUSING – bersaudara tapi dgn lain emak lain bapak…. saudara disisi Islam.

BEKEGHETANG – kotoran oleh sesuatu yg melekat2 bergetah sampai kering kertang.

MEGHELIT – bersinar, berkilat, bercahaya.

KEGHEKOT – bengkok-bengkok (berkenaan dgn jari).

KEGHEMOT – berkedut2 (berkenaan muka), berkerut2.

PEGHONYOK – meronyokkan kain atau kertas dll. (jadi crumple keadaannya).

GHELAI – relai …. lerai …. hancur (go to pieces).

BAN – gandakan ‘stake’ …. atau double-up (dlm mainan judi tikam).

BATAIH BAN – batas yg memisahkan antara lot2 bendang (sawah padi)…. sempadan (boundary).

MEGHENYEH – jenis menggoda cara gatal miang2 yg menjadi2

MEGHENYAM – gatal miang yg menjadi2…. dan tak henti2 (continuous momentum).

MELUGAI – meloya, mual, tekak rasa nak termuntah.

LOI – lembab (slow moving type) ….. longlai.

BOLOIH – licin, kosong, tak dak apa – nothing.

BOK PI – bawak pergi ….. dipendekkan …. jadi BOK PI

BOK MAI- bawak mai…… dipendekkan …… jadi BOKMAI

BELEH – lekeh….. selebeh….. helle belle.

LAEH – beleh juga maksudnya tak bermaya dgn lemah lembik lagi gaya dan perwatakannya. Kaki tidoq memanjang. Tak nampak bertenaga langsung hinggakan suaranya pun susah nak keluaq …. bila dengaq suaranya pun dah pasti akan KELAEHANNYA …………betoi2 punya LAEH!

BAGUIH PUNYA DOK ADA – BAIK punya la ….. the best ….. real punya best.

TAGAN – pertaruhan wang dlm mainan judi, ganda (double-up)

LULOQ – menghisap menjilat (mcm sedang luloq aiskrim … atau lollypop).

KEGHIAU – berteriak, memekik, menjerit, meraung2.

SEGHYAU – perasaan ngeri atau seram (bila melihat luka atau sesuatu keadaan yg kritikal).

SYINKAY – dari SINGKIL (bkn dgn pendengaran yg tidak enak seperti dengar besi dikikir) atau juga (bkn dgn rasa bila terasa tidak enak kerana terlalu masam hingga mengilukan gigi).

GAYAT – merasa ngeri atau seriau bila duduk ditempat tinggi apabila melihat/memandang kebawah. Sesetengah tu akan berasa lembik & lemah lutut … lutut akan terketar2 (terketaq2) lagi.

KORO – kolom, nampak mcm lurus bendul, naif.

BERSELOPIANG – berpalit berlumuran dgn selut, daki atau kotoran.

MEGHAP – MERAP – merengek2 untuk mendapatkan sesuatu (biasanya berlaku pd budak2) & (juga kalangan dewasa yg jenis manja type). Yang manja2 tua pun jenis kuat merap gak.

SELOP – bayi menangis terlampau2 hingga hilang bunyi suara tangisannya.

KELOLO – kurang sopan kurang tertib (KELOLOH)….. berkelakuan tak senonoh.

NUN – nun jauh disana….. sana, sini, SINUN.

NIN – ni dia … nin dia.

MENGKALA – bila? …… bermaksud apabila, apakala.

LA TU KA? – la itu kah?

TAK GHUAT – biasanya selalu di sebut pada ayat …’TAK GHUAT IDUP’… nak mampus lah tu….. mcm ‘hidup segan mati tak mau’.

MINYAK SENYONYONG – minyak guna-guna untuk membodohkan menganiayakan seseorang.

GHAYAN – khayal dgn angan2…. jenis SYOK SENDIRI….. jenis PERASAN SORANG2.

RAYAN – RAYA SAKAN pun jenis macam tu gak … kira RAYAN jugak lah tu….. RAYa + sakAN = RAYAN.

SEHTH – menyehkan hinguih (hingus).

GEREK – basikal.

GULA GEREK – gula kabong …. atau juga gula melaka (yg dijadikan inti kueh ‘buah melaka’).

TUI TEPI – tumpang sekaki (tumpang tagan sebelah kaki yg buka kaki)…TUMPANG TUI pun dia gak.

LICIN LIAU – licin habis …. apa pun tarak…… habuk pun tak tinggal….. LILAIH

KELENTONG – temberang, auta, gelembong, chong.

SEGHENGIANG – tengking, herdik, jerkah (jeghekah).

SENGAI – sengal ….. biasanya pada urat di bahagian siku bila terhantuk dgn benda keras.

KEMETOT – dah la kecik, sentot, potongan pulak dgn bentuk yg herot petot…. jenis terencat fizikal (physical shape) yg ‘funny looking’. Kelakar punya potongan… tak lah sampai jadi mcm sindrom ‘down’.

GABOK – besaq terlampau2 punya size dan shape …… macam BIAWAK GABOK …..

GABAI – besaq (besar)… lebag (lebar) …. kasaq (kasar)… tebai (tebal) di bahagian luaran (kulit luar).

BERLETIAQ – berleter … membebel memanjang tak berenti2.

BRED – sama macam BERLETER atau BERLETIAQ jugak la.

KILIAQ – biasanya budak2 yg jenis hingus selalu meleleh …. maka acapkali di kiliaq2 kadang2 belemoih habih pipi dgn lendiaq2 hingus yg sering di kiliaq2 bila hingus dok keep on meleleh.

LILAIH – licin liau, licin habis.

BLAH BUANG – pergi mampus …. nyah dari sini (get lost).

PEKENA – pergi kena.

CHONG – auta, temberang, kelentong.

NGONG – dari perkataan BENGONG (di pendekkan) bermaksud bodoh, bahalol (stupid fool).

DOL – pun dari kependekkan LURUS BENDUL …. jadi DOL …. bermaksud seperti bodoh juga.

LEPA – alpa, ralit.

BERGANDAM – comot, berlapuk, lusuh (berkenaan pakaian).

BASAI -kemasai … kusut masai … biasanya pada keadaan muka seseorang (acapkali ketika baru bangun dari tidur yg terlalu lama lebih2 lagi bila tidur waktu siang (overslept).

MANDOM – jenis lembab lembam mambong tak cergas laeh tak bertenaga.

MAMBONG – Kosong dibahagian dalamnya….. nak sama macam MUMBANG jugak lah.

JAMBU – jantina laki2 …. tapi rupa paras terlampau punya cantik lawa macam wajah perempuan. [makna sebenar ialah sejenis BUAH2AN tempatan…. jambu batu, jambu bola, jambu keling, jambu air, jambu mawar, jambu madu dsbnya].

MUMBANG – biasanya disebut pada kelapa (nyiur) …. NYOQ MUMBANG …. luruh sebelum masak (tua)….. masih muda atau masih dalam keadaan ‘putik’ lagi….. kosong tiada berisi.

GEBANG – sembang, borak……. sembang kedai kopi …. gebang kedai kopi ……

KELEMOQ – keruh – mengandungi kelenja2 bercampur tanah2 selut dan pasir.

PANCOQ – pancur air, kepala paip, pili, pipe,

SEMEGHEYONG – terlalu ramai berpusu2 – berduyun2 menerpa menuju kesesuatu hala.

JEGHEMBAB – bertembung….. bertemu muka (encounter face to face).

TERJEGHOMOIH – tertomoih, tersungkur, tersembam.

PEGHABIH BUANG – sapu habih (sweep clean, clear all).

BANYAK SIKIT – bermaksud lebih sikit (a little bit more).

MELUPAIH – kulit2 halus yg lekang selepas parut dah kering.

MELECOQ – melecur kulit spt kulit kena air panas.

KELEPIAQ – mengelepir atau mengibaskan jari2 (utk mencampakkan ulat, najis kotoran dll). MENGELIAT – mengilas2 anggota badan dgn mengangkat kedua2 tangan sambil menarik2 memusing2 otot2 pada badan esp pinggang untuk menghilangkan lenguh2 belakang dan pinggang.

KIAT – terlekat2 sampai sukar nak diubah2 disebabkan terlalu keras cediang dan liat terlampau.

TERPELEOT – terseliuh, tergeliat, terpelecok.

TERPELONOK – terperosok keceruk atau sudut.

NANGOI – biasanya di refer kpd kanak2 kecil (termasuk bayi) …. toddlers & babies.

BUAT PETA – di tujukan kpd kanak2 (juga ada yg dewasa) yg tidur malam kencing tilam (hingga jadi macam peta (atlas – peta dunia) atas kain cadar serta juga tilam).

JEGAY – jegil …. beliak …. membeliakkan mata … seolah2 nak mengeluarkan/menyembolkan bola2 mata.

TARIK MUKA 14 – tunjuk muka fedup secara sepontan dgn tiba2 atas reaksi sesuatu yg tidak disukai.

TARIK MUKA CHOM – tunjuk muka rosyom …. muka masam kelat disebabkan diusik atau sbgnya.

GHEBIAH – rembat.

MBOIH – hembus, tiup.

BALOQ LIAT – paling penyegan tak dak dah…… real punya pemalas.

KETEGAQ – degil yg teramat sangat.

BEGHAMBOQ – berterabur……meleret2 sepanjang jalan.

JENGOI – sua muka dengan secara tiba2.

SONDOI – menonjoi2 (menonjol2) kepala hidung dan domoi kearah sesuatu dgn secara bertubi2.

KELUPOQ – menggelupur mcm ayam selepas di sembelih.

MELAHAQ – kempunan, ketagihan.

TERLIOQ – terliur (hingga meleleh air liur) – teringin – terliur keatas sesuatu yg mengiurkan (seperti makanan, minuman, dan juga umpama melihat gelagat dan gaya

pompuan sexy yg menggoda di jiwa ….. puak2 sex-maniac mau tak meleleh air liur …….. tu kira TERLIOQ lah tu).

LAN – nampak macam opposite of ‘terlioq’ ….. kerana maksud ‘LAN’ disini ,…… naik ‘lan’ …… tak teringin ….. naik meloya ….. tak terdaya nak telan ….. tak sanggup nak menelan …. tekak susah nak terima disebabkan rasa ‘lan’ ….. tak lalu nak telan…….

SUAK – jambul (pada style rambut) atau remos pada gaya rambut (hair-style). Contoh terbaik ….. dulu ramai peminat Elvis Presley (King of Rock n Roll) sentiasa mengikut remos style gaya rambut Elvis …….. sikit punya tarik remos ka ……. time tu……. SAKAN! SAKAN!

KANYAQ – maseh ‘mentah lagi’ …. budak mentah biasa di panggil ‘budak kanyaq’ …. selalunya maseh belum masuk akil baligh lagi – maseh ‘under-age’. Bubun pun maseh lembik lagi.

KAMPOI – (buka setakat kampoi benang saja) – tapi ini bermaksud pulun berlari dgn deras sekuat2nya – pulun sakan punya lari (kita di utara sebut ‘KAMPOI’ lah tu) sakan punya pulun punya pulun lari seolah2 di kejar hantu pelesit, jin tanah , hantu raya lagaknya.

LIGAT – untuk depa yg kaki putar -belit ….. putar-alam punya kaki…… sampai ligat berputar lebih drp putaran gasing…… gasing selalunya berpusing …. ligat lah keadaan putarannya.

KENCIN – kencin merambu …… kencin meleleh ….. kaki kelentong …… kaki tipu …… biasanya oleh jenis ‘conman’ lah tu.

SEBIJIK – biasanya rujukan pada rupa-paras atau rupa bentuk, perangai dsbnya …… sebijik = exactly the same.

BALUN – tibai, pukul, hentam.

TIKAM – (place bet …. place betting)….. tagan ….. bubuhlah atau letaklah berapa nak bertaruh.

JUDI TIKAM – dia mula start dari zaman dulu2 lagi bila ada jualan aiskrim tikam dsbnya. Dari situlah anak2muda (dari zaman kanak2 lagi di didik diajar supaya berani (take the risk) dan berminat dgn kegiatan judi …… risk-taking activity ….. it started from small lagi la).

TIKAM EKOQ – dari situlah berkembangnya judi tikam ekoq sampai ke la la ni ………. bangsa Melayu kita lah yg sakan punya sakan punya jadi peminat tegar ….. macam penageh tegar taik dadah tegar …… puak2 Melayu kita memang kebanyakkannya jenis ‘tegar’ ……KETEGAQ pun lagu tu jugak lah……… memang jenis ketegaq punya bangsa dari dulu sampai la. Jenis tak makan AJAQ punya ……. Jenis REBUIH TAK HEMPUK punya …… toksah dok mcm mana la …….

BANTAI – pukul, hentam, tabuh.

LANGGAH – tunggang sekaligus, minum tanpa henti hingga habis.

GUOI – (asal dari GAUL) – mencampuri, bergaul.

BERTEGHABOQ – berterabur, bersepah2, terborai2.

KEGHITIH – keritih – paku yg bengkok pada gasing membuatkan putarannya MENGEGHITIH disebabkan pakunya tidak dapat mengimbangi dia punya pusingan atau putaran yg menjadikan seolah2 berputar secara liar (tak steady diatas paksinya).

PENGKAQ – cara dan gaya berjalan dgn lagak mengengkang-ngengkang ….. disebabkan betis agak tidak betul atau dalam kedaan ‘bow-legged’ …… maka nampak jalanya agak janggal dan pelik. Dalam latihan tentera – sudah tentu tidak dapat diterima bila dalam gerak aksi berbaris dan berkawad.

HANYAQ – hanyir ……. biasanya pada deria bau …. …..bau yg tidak menyenangkan ….. tidak selesa akan keadaan dgn bau seperti ini.

KAWAQ – pencuri (Indonesia cakap ‘maling’) ….. kerapkali di Kedah jenis kawaq ni selalu di panggil ‘Kawaq siang’ …… siang2 hari ….. depa mata……. depa boleh buat kerja laknat curi mencuri ….. kebas mengebas ……. songlap mengnyonglap …… memang kebanyakkan orang kita ramai yg jenis kategori macam ni iaitu jenis ‘KAWAQ SIANG’ ……. jenis BROAD-DAYLIGHT ROBBERY pun sama macam istilah ‘KAWAQ SIANG ‘ jugak lah. Cukup banyak.

LOLEH – boloih ……. jenis kategori macam laeh jugak lah …… Kalau dah jenis LAEH tu LAEH serta LOLEH memanjang.

BUYIN – (bagi body structure) – potongan badan yg agak janggal ……. bilamana kepala besaq …… badan panjang …… kaki pendek (not proportionate) …… kadang2 pungkoq terlalu rendah sampai nak mencecah tanah ……. orang Kedah kata ……. pungkoq menyapu laman.

PAIT BERDENGUNG – pahit yg teramat sangat.

MANIH MELECAIH – manis yg teramat sangat.

TAWAQ HEBIAQ – tawar hingga tiada apa2 rasa langsung.

PUTIH MELEPAK – putih yg keterlaluan.

KERAIH KEDEKIANG – keras terlampau, keras yg teramat sangat.

MEGHONOT – menghimpit mengasak2 mencelah2 pada ruang sempit (squeeze through).

SEMPAY – ghonot jugak atau menghonot-ghonot untuk mencelah masuk ….. menyempay ke ruang yg sempit……. MENYEMPAY lah tu.

RIMBOK -juga rimbuk ……… iaitu belasah dgn sekuat2nya …….. selalunya member2 Kedah seluloi dok sound …… ” Eihhh ihhh ihhhhhhh ……AKU RIMBOK CUMA!…….”

CUMA – bermaksud percuma (free).

GHEMPANG – REMPANG – tak cukup akal ……. tiga-suku …… mcm setengah-gila pun dia jugak. Kira ada jugak orang utara kata …… screw longgar …… (screw-loose). Tak cukup screw pun ada gak orang kata.

BERDENGUNG – aksi ‘tarik ganja’ atau ‘tarik dam’ bagi kaki fit …..pekena najis dadah lah tu. Berdengung kira mencapai tahap ‘high’ lah tu …… itu di sebut ‘berdengung’ tu.

BELUAM – bungkus kain yg dibawa dipikul diatas bahu dibelakang semasa berjalan.

MENONONG – terlampau punya pantas berjalan (tanpa pandang kiri kanan).

NYONG NYONG – menghentak kaki terus meloncor kedepan sambil memuncungkan bibir tanda merajuk.

DOK BANG DENGAQ – pasang telinga – eavesdropping (selalunya dok intip rahsia orang secara memasang telinga untuk mendengar maklumat dan berita).

TERKEMUT-KEMUT – dalam keadaan terlampau2 berhati2 dlm melakukan sesuatu.

TERPEGHELUIH – terjerumus diatas lantai kayu yg dah reput …….. ataupun terjerumus diatas tanah yg lembik berlubang dan berongga ……… terpegheluih seolah2 ditelan bumi.

PELEKOH – pekena seseorang atau kumpulan.

PERIAP – penipu, kaki periap, kaki kepak (bila kepak kayu bunyinya ‘periap’).

PELAQ – sial, sueh, celaka.

KONA BARING – memandu di selekoh yg tajam seperti seakan2 terbaring dijalanan.

BERKELAGHAH – luar nampak elok …tapi dalamnya berulat …berkelarah (umpama ubi keledek).

HAYAI – (bukan HatYai ya?) – tapi ini bermaksud untuk deria rasa (taste) – pada makanan atau minuman ………. Makan atau minum yg memberi rasa tak enak pada lidah, tekak dan citarasa/selera.

TERKAPA2 – tersentak ……. tersentot ….. terkaku ……terkinja2 ….. hingga tak tau nak buat apa2 lagi ……. disebabkan kerana respon tergemap terhadap sesuatu.

KERINCAY – kecik …… kemetot ….. kenit …… haluih (halus bentuknya).

KLIP POK KLIP POK – terbelalak biji mata …. terpejam celik ….. pejam celik ……nampak lagu terbodoh oleh perbuatan yg sengaja dikenakan.

KEGHUMIT – dok korek dgn jari2 secara perlahan2……. (biasanya kanak2 suka buat kerja2 mcm ni).

KEGHUNAIH – pun lagu jenis keghumit jugak. Tapi ini biasanya dilakukan pada benda2 yg melekat …….. contoh ….. kita selalu keghunaih biji2 jagung (atau perisi biji2 jagung agar lekang dari tongkolnya).

KEGHEBUK – aksinya agak brutal sikit ……. kerbuk ……. mengerbuk untuk bikin lubang pada kayu atau dinding……. drill lah maksudnya atau gerudi. (seperi tupai kerbuk kelapa ….. nyok telah di kerbuk tupai).

KEGHEKOT- herot ……. herot petot keadaannya.

KEGHEMOT – keadaan kusut terlampau2 …… nampak mcm tak terurus lagi.

KEGHEKAH – mamah ……baham …… memakan macam lagak binatang dok membaham mangsa.

HAMEH – bau busuk macam bau kambing

MAMPOIH – mampus.

MAKNENEK – segala macam benda serba serbi ada.

SERBUK MASAREAH – serbuk yg dijampi bomoh yg boleh mendatangkan mudharat.

CUBA TRY TOKAI TEST TENGOK – mencabar seseorang secara berseloroh.

PASANG KAKI – meletakkan member2 yg boleh berkerjasama untuk sesuatu tujuan dan matlamat.

BUKA SEKAKI – biasanya bagi kaki2 yg gemar berjudi …. atau main daun terup … ginrummy, terup keling ….. pancing dan sebagainya.

KACAU DAUN – merosakkan rancangan atau program yg sedia siap terlaksana dgn jayanya….. akan tetapi di rosakkan atau tergendala disebabkan adanya ‘KACAU DAUN’ oleh pihak ketiga.

LIGAN – kejar mengejar – kalau di Perak …….’KEJOR YEOP KEJOR’ …….. Di Kedah pulak …… maksudnya ‘LIGAN HANG LIGAN’……

NALA – (bukan nama orang India atau orang berugama Hindu)) ……. – tapi bermaksud BAGUIH PUNYA (kalau besaq ….. NALA PUNYA BESAQ …….. kalau panjang ……. NALA PUNYA PANJANG……… (kedudukan in extreme state).

KEGHABAT – KERABAT – (bukan hanya untuk kaum ‘kerabat diraja’ saja) – tapi ianya lebih bermaksud kepada meragaih ….. panjat …… memanjat …… misalnya ‘keghabat pokok kelapa’ ….. panjat pokok nyok…….

BERTENGKAQ- BERTEKAK- quarelling- in disagreement (with heated arguments which may end up in a fight or brawl).

CELAPAK – memanjat sambil keghebat jugak la ….. selalunya celapak ni menerpa memanjat berkeghabat ke atas belakang ……

HAMPOK MAK – biasanya ungkapan ini digunakan untuk memberi ugutan …… menakut2kan seseorang biasanya kpd kanak2 dan budak2 kecil.

TAIK MINYAK – tak berjenis lagi dah (takada harga/tiadanilai)

TAIK KUCING – sama macam maksud seperti diatas……jenis najis….sapa ndak?

GU-(partner) -asal dari perkataan beregu…….. regu dalampermainan seperti badminton,sepaktakraw dll.

SAMATUA- teman hidup lah tu………. pun bermaksud….partner lifetime-partner-suami atau isteri…..tok2 nenek moyang kita dulu2 biasa sebut istilah’samatua’ pd suami atau isteri masing2.

TAN – dok perembang, dok mark…….dok aim, dok target…..dok mengharap…… dok tenang.

TUNTUN – bermaksud membimbing seseorang (kanak2 atau orang2 tua yg lemah lagi uzur). Contoh boleh dilihat pada babak ‘Apek dan Marjina’ dlm filem komedi P.Ramlee – Alibaba bujang Lapok – dimana kita ditunjukkan yg si Marjina yg menuntun apek (yg ditutup-mata (blindfold) untuk dibawa ke rumah Ali Baba.

MELEWAQ – MELEWAR TANPA sesuatu tujuan tertentu. MEGHAYAU TAK MENENTU.

WANG WING – MELEWAQ…….. MERAYAU2 TAK TENTU HALA TUJUAN.

YONG YAT – dah uzur atau dah TERHONGGIAQ-HONGGIAQ macam nak roboh sangat2 dah.

GHONYEH – memperonyok sesuatu seperti kertas atau kain, baju dsbnya……… keadaan peronyok adalah seperti misalnya bila kita melonggokkan kain, baju dan lain2 pakaian kita kedalam beg(bagasi) tanpa susunan lipatannya yg kemas dan padat…… maka akan kita dapati keadaan baju dan pakaian kita nanti akan terpeghonyok dan habis semua nanti seperti dighonyeh2 saja keadaannya.

KENTUT GENGGAM atau juga KENTUT KEPAI – satu jenis permainan untuk memperkena member selalunya berlaku dia antara budak2 kampung belah2 utara sana……. cara melakukannya ialah dengan melepaskan kentut (secara senyap(silencer)pada telapak tangan yg ditadah betoi2 pada lubang duburkemudiannya dikepal (kepai….. digenggam kuat2…… selepas tu…. baru pergilepaskan kemuka member yg jadi mangsa mainan itu. Selalunya, member yg sentiasa kena buli akan jadi mangsanya. Kalau member tu jenis kahaq… mau jadi sakan punya bertumbuk atau tomoi siam in action.WARNING!Kena hati2 jugak……kalau nakpekena memba2 yg jeniskahaq…… jaga2 silap2 nanti …. kutdia nanti balas balik dgn berak diatas muka hangpa pulak nanti. TIPs …… jaga2bila nak pekena ….. jangan cuba2 nak pekena dgn jenis kaki main PUNGKOQ ….. Kadang2 tengok muka dah boleh cam dah yg muka tu muka kaki mainpungkoq punya jenis ….. jadi ….. berhati2 dijalanraya.

GELINTAY – GELINTEL …… selalunya aksi ‘gelintel’ ni ialah dibuatselepas melakukan aksi korek taik hidung……. bila dah dapat seketoi hasilnya…….. maka untuk menamatkan prosesnya dgn lebih sempurna…… maka harus di’gelintellah akan hasil taik hidung ygdapat dikorek tu ….. Lagi lama digelintel (di gelintay…… lagi mengasyik-maksyukkan dan akan terus berterusan sehingga hasil taik hidung yg korekdangelintay tadi jadi keras …. naik kematu …..baru lah rasa nikmat dan kepuasan yg boleh kita nikmatinya.

CABUT BULU HIDUNG PUN LEBIH ENAK LAGIKENIKMATANNYA ….. APA LAGI PULAK BILA DAPAT CABUT BULU HIDUNG YG BERTARAF KAYUBALAK(saiznya………itukalu LAGI CUKUP PUNYA ORGAS kalau dapat ‘gelintay’bulu hidung yg jenis ‘kayu balak punya hasil. INI PUN SALAH SATU NIKMAT TUHAN BAGI……. NAK HABAQ MAI. CUBA TRY TEST TENGOK ………

LEPOT – tak steady – (Fragile)Lemah……. lembik(biasanya pada lutut)……. mudah terjatuh……….. mudah rebah…….. terbertuh sikit ……. jatuhlah…..terkelepok kelantai(ketanah) – (physically not strong enough). Kanak2 kecil (toddlers) yg baru2 boleh bertateh berjalan selalunya bersifat’lepot’. Orang2 dewasa pun ada juga kadangkala.

KAHAQ – Jenis kasar…. kasaq gedegaq…..kuat….lasak….(tough nut) – REBUIH TAK EMPUK kata orang.

GHAT – erat-erat (dipendekkan jadi rat (ghat)…… biasanya pada ikatan pada tali.

SAGON – asalnya – saguan (dari ‘sagu-saguan’ – sejenis makanan (snack) – dipendekkan jadi sagon (bukan Saigon). Cukup popular di sebelah utara sana.

MOKTAN – asalnya buah rambutan……. direngkaskan ….. jadi MOKTAN.

POMPUAN – asalnya perempuan …… direngkaskan ….. jadi POMPUAN.

OMPUTIH – asalnya dari perkataan ‘orangputih’ yg berbangsa Inggeris/EropahAustralia/NewZealand……. direngkaskan …. jadi OMPUTIH …… matsaleh pun dia jugak….. jenis bangsa berkulit putih …. kita borong habis semua pakat panggil omputih atau matsaleh.

CAM – kenalpasti ….. ada juga bermaksud ….. cam yg digunakan untuk mengangkut sampah, rumput, daun2 kering dsbgnya.

TAKDAN – tak sempat.

TAKDANDAN – tak sempat sempat (dalamkeadaan tergopoh-gapah…….. seolah2 berebut2).

MEGHUAH – asal dari sebutan meruah berak ……. melepas najis( tak berenti2).

PI DENGAN AYAQ TU – pergi dgn tanpa memberi salam….. TERMENCALAI kata orang utara.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

One thought on “PELAT UTARA -SESUAI UNTUK PELAKON YANG NAK CUBA BERBAHASA KEDAH”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!