Seekor kura-kura dari negara ini, diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai kura-kura paling pantas di dunia selepas memecah rekod lama yang sudah bertahan selama 38 tahun.
Laman web Guinness World Records melaporkan, kura-kura berkenaan, Bertie, diuji kepantasannya di sebuah gelanggang sepanjang 5.48 meter, baru-baru ini.
Dalam ujian tersebut, Bertie mencatatkan kepantasan ‘larian’ 0.28 meter per saat iaitu lebih pantas daripada rekod dunia yang dicatatkan pada tahun 1977 oleh seekor kura-kura dikenali sebagai Charlie iaitu 0.125 meter per saat.
Idea untuk mencabar rekod lama milik Charlie timbul selepas pemilik Bertie, Marco Calzini dan isterinya, Janine terbaca tentang kura-kura terpantas di dunia di sebuah majalah.
“Kami menguji kepantasan ‘larian’ Bertie. Setiap kali diuji haiwan itu dengan mudah akan menewaskan rekod berkenaan. Saya berfikir adalah lebih baik jika keupayaan Bertie diuji sendiri oleh pihak Guinness World Records,” kata Calzini.
Kata Calzini, dia pada mulanya agak gusar untuk mengisi borang Guinness World Records kerana bimbang Bertie tidak berupaya melakukannya, namun kura-kura tersebut mempamerkan persembahan terbaik untuk memecah rekod berkenaan.
Sejak memecah rekod dunia, Bertie dilayan seperti selebriti oleh penduduk di kawasan kediamannya di Adventure Valley, malah orang ramai datang mengunjunginya setiap hari. – sumber
Mommy:
Fuh.. Mommy tak dapat imagine mulanya ada kura-kura yang laju ‘berlari’. Hiii. Tapi bila tengok video ni, mulut tak boleh tutup. Hahahhaha