Thu. Oct 10th, 2024

ORIENTASI TAHUN 1 HANNAH DAMIA

Isnin lepas, 28112016, jam 8 pagi kami dah berada di sekolah untuk orientasi tahun 1 Hannah Damia. Kemas Hannah bertudung dan berbaju sekolah rendah buat kali pertama dan menggalas beg Elodie Details dari Ethissa yang sangat comel dan secure.

orientasi-tahun-1-hannah-damia

Expectation : Hannah akan jalani peperiksaan dan akan dibawa lawati sekolah dan belajar membeli makanan, etc.

Realiti : exam je. Mommy Daddy isi borang separuh hari dan mendengar taklimat dari guru dan pkhem dari pelbagai aspek.

Gambar sekitar Hari Orientasi Tahun 1

orientasi-tahun-1-hannah-damia-10
chegusukamainbolahariharichegumainbola
orientasi-tahun-1-hannah-damia-10
ok kena daftar bilik 1. moga kakak exam nanti dapat kelas pertama juga
orientasi-tahun-1-hannah-damia-10
besar dah anak mommy daddy tau
orientasi-tahun-1-hannah-damia-10
terperasan ada kawan sekelas tadika pun daftar sek sama

Beratur untuk daftar.

orientasi-tahun-1-hannah-damia-10
gini rupanya perasaan hantar anak nak ke sekolah
orientasi-tahun-1-hannah-damia-10
tahniah yang sanggup sudi unpaid untuk datang daftar anak (mommy ler tu)
orientasi-tahun-1-hannah-damia-10
Terharu. Sungguh!

Sementara Hannah ke kelas untuk exam, Mommy & Daddy perlu ke kantin untuk isi-isi borang, antaranya buku rekod pergigian, buku imunisasi, dan borang-borang sekolah.

orientasi-tahun-1-hannah-damia-10

Sempat la juga menjamu selera di kantin tu. Ambil bihun campur koewteow sepinggan serta air mineral, cuma RM2.80. Terfikir juga nanti, apa lagi menu untuk Hannah makan masa rehat ye. Risau la picky eater macam Hannah ni.

Selesai serahkan borang di Dewan Bisikan Kalbu tu, Mommy Daddy ke Koperasi Sekolah. Beli buku-buku serta baju sukan. Katanya tahun 2017, untuk sukan dah tak ikut rumah. Jadi, anak-anak darjah 1 akan memakai tshirt putih sekolah ketika sukan.

Kemudian kami dengar taklimat mengenai persekolahan Hannah yang dijadualkan sesi petang. Terus plan kami jadi celaru sebab dah atur untuk sekolah agama dan transit waktu petang. Haha. Terpaksa plan lain pula.

Itu yang berlaku untuk separuh hari pagi Isnin tu. Selesai majlis, kami keluar makan memandangkan Hannah dah mengadu ‘mommy.. kakak lapar sangat’. Maunya tak lapar, jam 8 datang & daftar, masuk kelas untuk peperiksaan, Mommy pick up dia untuk balik jam 11.45 tengah hari tu.

orientasi-tahun-1-hannah-damia-10

Kemudian kami bergegas membuat persiapan untuk sambutan Hari Jadi Ariq yang ke 4 di tadika Little Caliph pada waktu petang tu juga. Oh ya.. hari Orientasi Hannah jatuh pada hari yang sama dengan birthday Ariq. Memang kalutlah jadinya. Dengan menunggu kek dan mencari tshirt tema. Haha. Semuanya last minute.

Moga semua berjalan lancar untuk Hannah & Ariq nanti. Amin.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

10 thoughts on “ORIENTASI TAHUN 1 HANNAH DAMIA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!