Sat. Mar 15th, 2025

HAPPY BIRTHDAY BEN ASHAARI, FOUNDER KBBA9

Tak terlambat rasanya untuk Mommy ucap Selamat Hari Jadi buat Ben Ashaari, founder Kelab Blogger Ben Ashaari yang jatuh pada 30 November 2016, 2 hari selepas birthday Ariq Emir.

happy-birthday-ben-ashaari

Mommy rasa bertuah apabila dijemput masuk menjadi ahli KBBA9 sejak Julai 2015. Dah setahun lebih dah. Banyak sangat pengalaman yang Mommy dapat. Ilmu blog pun banyak diserap dari team KBBA9. Dari kosong ilmu bab Google Analytic (GA) sehinggalah dah faham dan seronok belajar SEO sekarang.

Mommy rasa, kalau Mommy bergerak solo macam dulu, mungkin belum sampai ilmu GA & SEO segala tu. Diberi peluang untuk join macam-macam event & travel dari KBBA9 bagaikan bulan jatuh ke riba, giteww. Memang tak sangka langsung yang rupanya, macam-macam boleh buat selain tulis, tulis, tulisss je kat dalam blog.

Dapat kenal founder KBBA9 sendiri, Ben Ashaari, gali ilmu darinya, memang tak terbalas jasa rasanya. Setiap hari Mommy akan cuba improve skill menulis, samada entri santai mahupun entri reviu.

Macam pernah baca je ayat kat atas kan? Ye lah. Sebab ayat di atas pernah masuk dalam 1 entri Kenali Blogger #KBBA9 dalam blognya sendiri. Kihkih. Walau berulang, tapi itulah faktanya.

BANYAK TRIP, BANYAK PENGALAMAN

Alhamdulillah sepanjang bersama KBBA9 ni, dah macam-macam trip Mommy join. Trip pertama Mommy join bersama KBBA9 ialah Bengkel Asas Fotografi di Agrofarmstay, Melaka. Cuak nak jumpa sorang-sorang ahli KBBA9. Malu takyah cakap la. Orang mesti ingat Mommy sombong, tapi tak mengapa. Sebab Mommy tak salahkan siapa-siapa. Memang normal je persepsi gitu. Alhamdulillah, yang kenal Mommy macam mana, terima kasih ye sudi berkawan. Ngeee..

happy-birthday-ben-ashaari

Kemudian, trip seterusnya kami ke Taman Negara. Pengalaman yang memang tak boleh dilupakan betul masa ni. Best sangat-sangat dan selalu rasa nak repeat lagi ke sana. Banyak pengalaman yang Mommy belajar masa ni. Camping, Trekking, and of course buat ramai kawan. Enjoy sangat. Maaf andai ada salah silap masa trip tu ye. Tetiba. Hihi..

happy-birthday-ben-ashaari

Trip paling latest, ke Xcape Resort Sg Lembing. Masa tu memang enjoy sebab semua yang pergi tak anti sosial. Sebab apa? Sebab takde line langsung masa kat dalam Xcape tu. Then banyak borak dengan Aben sebab 1 kereta untuk ke sana. Banyak la tips2 blogging yang berjaya dicungkil.

happy-birthday-ben-ashaari-1

Terima kasih buat Ben Ashaari kerana mewujudkan komuniti hebat macam ni. Selain trip dan event-event best-best macam ni, Mommy dapat berkenalan dengan team kbba9 yang sebelum ni cuma kenal melalui alam maya. Terima kasih ye Aben! Kalau tak, tak merasa apa yang saya lalui sekarang ni.

Last but not least, Selamat Hari Lahir yang ke 40. Moga Allah panjangkan usia Aben, sihat tubuh badan, murahkan rezeki Aben dan keluarga dan terima kasih kerana sudi jemput saya menyertai keluarga KBBA9.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

2 thoughts on “HAPPY BIRTHDAY BEN ASHAARI, FOUNDER KBBA9”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!