Salam
Malam ini, 12122015 merupakan malam Final Piala Malaysia 2015 di antara
MAGGI AYAM vs MAGGI KARI
Ekekeke..
Antara Kedah Hijau Kuning dan Selangor Merah Kuning.
3 minit pertama Selangor telah berjaya mendapat gol pertama. Diikuti drama kad kuning di minit ke 22 dimana Selangor terima terlebih dahulu. Akibat emosi, entah mana pula silapnya, Kedah pula terima kad kuning dalam minit ke 23. (Anggaran masa yang Mommy tonton).
Serangan demi serangan memang menggerunkan. Mommy dari awal semestinya menyokong Maggi Ayam, eh Kedah.
Minit ke 30 menyaksikan 1 lagi kad kuning dilayangkan kepada pemain Selangor. Hmm. Kasarnya. Panas pulak hati yang lihat.
Minit ke 42, menunjukkan giliran Kedah pula mendapat kad Kuning. Parent Mommy non stop sebut nama Chidi Edeh tersebut. Ekekek. Pemain omputih rasanya tak main macam ni diknon.. Layak la kot dapat kad kuning tu.
Separuh masa pertama menyaksikan Selangor masih mendahului Kedah 1-0.
Minit ke 47 menyebelahi Selangor lagi sekali di mana Selangor berjaya menyaringkan gol ke 2. Mommy dah rasa nak tutup tv dah masa ni. Hiii
Dan perkara paling biasa bila masa semakin suntuk, akan banyak ‘kemalangan’ yang kita boleh tengok. Astro pun dah ada sign macam nak hujan je (siaran tersekat-sekat). Buat masa sekarang ni, tak boleh nak giveup lagi. Teruskan berdoa.
Berkali2 Kedah cuba menjaringkan tol namun nasib kurang menyebelahi Kedah. Bukan rezeki Kedah barangkali.
8 minit terakhir, penjaga gol Kedah buat spoil la pula. Terus dilayangkan kad merah kerana menyentuh bola di luar kotak penalti. Hmm. Terus digantikan penjaga gol yang lebih tinggi dari yang awal tadi.
Akhirnya, Selangor berjaya mengalahkan Kedah dengan jaringan 2-0. Nasib tak menyebelahi Kedah. Kecewa tapi sudah adat perlawanan. Ada kalah dan menang.
Tahniah Selangor. Dengarnya.. Selangor cuti hari Isnin kan? Best la Mommy. Hihihi
Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Selangor cuti hari isnin . Haha . Best la org selangor :)- Syamsid Blog –
Baru faham lawak pasal megi ayam dan kari.Kita xlayan bola malam td
Hihi. Maggi ayam malang mlm td..
Tu la. Hii. Lega di situ..