Cara kawal ekzema dan psoriasis bukanlah mudah. Namun, setiap penyakit pasti ada cara untuk mengawalnya, termasuk penyakit kulit ekzema pada bayi dan psoriasis ini.
Apa itu penyakit kulit ekzema? Apa itu psoriasis? Bagaimana cara mengawal ekzema dan psoriasis?
Sebut pasal penyakit kulit ekzema pada bayi ni, Mommy seram fikir masa Hannah dan Ariq sendiri melalui zaman ekzema teruk tu. Garu-garu sampai berdarah tu normal dah. Risau, serabut kepala, macam-macam usaha yang Mommy buat. Bayangkan.. sepanjang masa menggaru. Memang menangis Mommy tengok dia. Seksa!
Sebab tu la Mommy memang concern bab ekzema ni dari zaman dorang baby lagi. Hannah dari kecik dah alah habuk. Rumah memang miskin takde perabot, langsir bagai. Hari-hari mop dan vakum. Seksanya nak menjaga dari alahan debu hama semua tu.
Ariq pula suffer ekzema bahagian leher. Sampai sekarang la. Tak boleh peluh atau stress. Dia akan mula menggaru leher sampai luka!
Anda dah kenali masalah kulit yang dihadapi anak anda? Sama ada ia adalah sekadar ruam, alergi atau penyakit kulit ekzema?
Anda nak tahu tak apa itu penyakit kulit Ekzema?
EKZEMA
Kegatalan di bahagian kulit yang disertai dengan kesan atau tompokan merah dan bersisik yang disebabkan oleh alahan. Ia biasa dialami di bahagian muka dan lipatan kulit seperti di bahagian dalam siku dan belakang lutut dan boleh tersebar ke bahagian kulit lain.
Ekzema pada bayi
Eczema mula dikesan seawal usia bayi 3 bulan hingga 2 tahun, kemudian bertambah baik apabila kanak-kanak membesar. Setengah daripada kanak-kanak yang menghidap ekzema tidak lagi mengalami ekzema bila meningkat usia 6 tahun dan hampir keseluruhannya bebas ekzema apabila mencapai usia baligh.
Anak anda mungkin mengalami ekzema jika ada orang lain dalam keluarga mengalami alahan seperti ekzema, asma dan alergi.
Apa penyebab ekzema?
- Keturunan
- Alahan
- Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar
- Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
- Infeksi virus.
- Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
- Lain lain jangkitan.
- Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan
Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
- Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
- Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan
- Krim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk
- Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.
Apa itu Psoriasis?
PSORIASIS
- Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Penyakit ini tidak berjangkit.
- Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut, siku lengan dan kaki tetapi boleh juga melibatkan bahagian badan yang lain termasuk kuku.
- Psoriasis adalah penyakit yang setakat ini tiada penyembuh, namun rawatan jangka panjang mampu mengawal penyakit ini.
- Ia berlaku disebabkan faktor keturunan, misalnya jika ibu atau bapa menghidap penyakit ini, kebarangkalian anak mendapat penyakit berkenaan adalah lebih tinggi.
Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?
- Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
- Elakkan mandi air panas/suam. Apabila mandikan anak, bersihkan kawasan yang dijangkiti dengan cara mengelap bahagian tersebut menggunakan minyak bayi atau minyak kelapa dara
- Elakkan memakai baju berlapis-lapis
- Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis, bukan bulu. Apabila sejuk, pakaikan pakaian daripada kain kapas di bawah lapisan pakaian yang lebih hangat
- Elakkan dari fabrik yang kasar
- Jangan gunakan sabun apabila mandi
- Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda kerana bahagian ini mungkin menjadi tersangat kering
- Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor
- Cuba halang anak daripada menggaru bahagian yang dijangkiti. Pakailah sarung tangan untuk menggaru pada waktu malam jika ini mungkin dapat membantunya. Pastikan kuku jarinya pendek
- Siasat punca alahan, jika alergi makanan terutama hasil tenusu dan gandum, bulu binatang, pakaian bulu dan serbuk pencuci
- Kerisauan juga boleh mencetuskan ekzema. Oleh itu siasat sama ada terdapat sesuatu yang merisaukan anak
- Apabila ekzema adalah teruk, asingkan daripada sesiapa yang mempunyai penyakit cacar air atau lepuhan
- Jika ekzema anak telah merebak atau sangat gatal, keluar cairan dari ekzema tersebut, segera bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.
Rawatan Alternatif : Cara kawal ekzema dan psoriasis dengan Bedak Asmak
Ada 1 produk yang Mommy nak kongsi iaitu Bedak Asmak. Memandangkan Ariq masih ada masalah ekzema lagi, Mommy boleh cuba Bedak Asmak ni.

Bedak Asmak diperbuat dari bahan semulajadi 100% iaitu bedak tanah liat putih berkualiti tinggi. Ia berupaya membantu menyelesaikan pelbagai masalah kulit seperti ruam pada bayi, ekzema, psoriasis, kudis buta, kurap, panau, kayap, gatal, cacar air, luka dan lain-lain.
Ianya selamat digunakan untuk semua peringkat umur.
Apa keistimewaan Bedak Asmak ?
- Selain mengawal masalah kulit di atas, ia juga mampu mengecutkan jerawat, mencantikkan dan mencerahkan kulit jika selalu digunakan. Boleh dipakai setiap malam sebelum tidur.
- Mempunyai kadar UVA ratio yang tertinggi iaitu 0.88 di dalam Boot Star Rating untuk perlindungan UVA, jadi ia mempunyai kadar perlindungan MAKSIMUM terhadap UVA yang mengelakkan kedutan.
- Tidak menyumbat liang pori dan mampu mengawal masalah kulit.
- Penggunaan berterusan mampu mengawal masalah kulit, mengelakkan kedutan, menghilangkan jerawat, melicinkan dan menjadikan kulit wajah lebih halus.
- Bedak ini telah terbukti sebagai cara mengawal ekzema dan psoriasis, ruam, kudis buta, kurap, panau dan lain-lain.
- Boleh dimakan untuk masalah cirit-birit dan gout.
- Selamat dan suci.
- Teksturnya lebih halus, mudah serap, dan sejuk bila dipakai.
- Mempunyai permintaan tinggi semenjak dikeluarkan.
- Pilihan Terbaik zaman-berzaman
Cara pakai untuk masalah kulit
Dipakai sekerap yang mungkin. Jangan korek dengan jari ye, sebaliknya gunakan sudu sebab ia juga boleh dimakan sebagai penawar sakit perut, gout dan cirit birit. Inshaa Allah.

Testimoni

Untuk testimoni-testimoni lain, boleh rujuk Album Testimonial Bedak Asmak ini.
Video Bedak Asmak
Kisah Bedak Asmak – bedak yang boleh dimakan?
Harga
- Harga cuma RM38
- Beratnya 150g+-
- Produk premium pada harga TERENDAH!
- Mesti dimiliki oleh setiap keluarga.
Mana nak dapatkan Bedak Asmak?
Sekiranya berminat nak mencuba bedak asmak atau ingin menjadi agen, boleh ke link di bawah atau hubungi terus :

- Hotline HQ: 019 – 9708897
- Website HQ: http://mham.com.my
- Website Minyak Herba Asmak: http://penawarasma.com.my
- Instagram : @mham.sdnbhd
- Facebook : Penawar Ruam Pada Bayi, Penawar Ekzema Mujarab Terkini
Info Bedak Asmak juga boleh didapati di
- Facebook : PenawarAsmaMujarab, MinyakHerbaAsmakHQ
Ibu bapa yang anaknya mempunyai masalah sebegini harus kuat dan kental menghadapinya. Apa pun Mommy ucap syabas untuk ibu bapa yang tidak berhenti berusaha demi kesihatan anaknya. Mommy faham sebab Mommy pun pernah melalui fasa merawat ekzema degil tu.. Selamat mencuba.
Alahai siannya tgk kulit hannah & ariq. Ekzema mmg menyeksakan. My son fahmi pun ada, tapi tak lah seteruk hannah & ariq. Moga berkesan bedak asmak ni utk diorang.
Hannah dah ok skrg. Alhamdulillah. Ariq je belum lg..
Bestnya boleh jadi masker wajah dan scrub…ini yg nak cuba ni..
tu la juju kan.. Kot lagi licin gebu muka ni. Syok la… Nak amal lah..
Aduss siannya budak2x. Mak ayah kena ambil kisaj ni.
mmg seksa tgk dorang menggaru. dah alami ni, mmg fhm sgt lah seksanya..
Kesian yaaa tengok Hannah & Ariq
Sensitive kulit depa… insyaAllah, dah besar nanti kurang ekzema nya.
Anak sulung kak nina dulu pun gitu.
Wahhh! Boleh cuba.. cikza ada psoriasis… nak cubalah.
ya. boleh cuba cikza..
Kesian kan kalau budak2 kena lagi2 baby…
guna untuk bayi yang ada ruam susu pun elok…
Nak cari jugak lah ni.
bedak tanah liat putih..? wahh…! first time tahu ni..
nak share dengan adik la.. anak dia eczema..
…
SS dah cuba sebagai masker dan bedak sejuk. Luar biasa rasanya! Rasa kulit diserap
Truknya tgk ekzema kena kat anak tu..hbis merah peha..
Nampk gaya jie kena perhatikan btul2 ekzema pada bayi..
teruk juga anak-anak yb alahan pada habuk ni..kesian bila timbul bintik-bintik merah..mesti pedih kan.
Bagus ni… nanti ena boleh sarankan pesakit2 ena try produk ni mana yang masih mencari jalan untuk rawat penyakit kulit ni
Mujur ada bedak asmak
Ishh mana la perginya bedak asmak saya ni .. hari tu pakai .. pastu tak tahu letak mana .. adeh.
Dah cuba juga mmg berkesan pada ekzema bagus utk kulit yg sekata dan lebih lembut
NTI LISA nak try juga la kat jari kaki… ruam kalau pakai slipar jepun. kalau slipar lain elok pulak…
salam kenal , semoga semakin berkah dalam usahanya.
Anak pcl si Hanis Umairah tu dulu masa kecik dia jadi kat kepala..kesian tgk , tapi alhamdulillah x jadi gatal kulit seluruh badan.. kalau dulu doktor kata biar je nanti dia baik sendiri..kesianlah tgk baby menagis.. kalau la ada bedak macam asmak ni kan bagus. Korang ibu2 zaman skrg ni beruntung tau.. haa tggu lagi kpd yg bermasalah cari penyelsainya . Bedak Asmak memang bagus
betul. sy dlu pn struggle sgt. takpe.. ni salah satu ikhtiar
Azif ade jugak tanda2 mcm naik gatal2 tu kalau salah makan tp tak serius… kjap jer… tak nampak lak die garu2… rasanya aku pun nak kena standby mendalah ni kat rumah…
tu mgkn food allergy shj. inshaa Allah xde apa2..
kesiannya anak2 kalau kena eczema nih.. bagus la kalau ade ubat tapi kalau ibu yang menyusukan bayi eczema, seeloknya control pemakanan.. hee~ semoga entri nih jadik asbab penyembuhan pesakit kat luar sana..
kesian budak2 yang ada ekzema tu
Wahh bagus info lengkao.nnt boleh bgtau pada bos sbb anak dia pn teruk jg..
Terima kasih atas info diberi. Sangat bermanfaat.