Main game online plays.org | Kadang-kadang, terasa juga macam nak main game kejap. Nak tenangkan fikiran dan rasa nak mengimbau zaman kanak-kanak dulu. Mommy bukanlah peminat game tegar seperti Daddy, tetapi kadang-kadang tu layan la juga.
Berada di zaman teknologi sekarang ni dah menjadi sebahagian minat remaja dan budak-budak zaman sekarang. Cuma, kadang-kadang yang menjadi masalahnya adalah terlalu banyak aplikasi perlu dimuatturun di dalam telefon bimbit.
Boleh dikatakan satu family Mommy memang pemain game online. Dan Mommy dah kenalkan pada mereka satu laman web game online percuma tanpa perlu download sebarang apps iaitu di Plays.org.
Masih ada yang berfikiran negatif terhadap permainan online ini. Sebenarnya ada banyak kebaikan tersirat di sebalik permainan online ini antaranya boleh menghilangkan stress selepas seharian bekerja atau belajar.
HILANGKAN PENAT DAN TEKANAN BELAJAR DAN BEKERJA
Melalui permainan online ini kita boleh bersuka ria, tetapi dalam seronok itu janganlah main sampai tak ingat dunia pula sebab takut ketagihan dan buatkan hari kita jadi tak produktif. Sebagai ibu bapa, kita boleh buat jadual dan tetapkan sendiri berapa lama anak-anak boleh bermain. Ini dapat mengelak ketagihan.
Permainan online boleh mengurangkan tekanan kerana ia menghiburkan dan boleh melupakan seketika kerja dan kepenatan di sekolah.
MENGAJAR KEMAHIRAN BERFIKIR DAN MENGATUR STRATEGI
Setiap permainan direka untuk mengasah minda kritikal pemain dan menyusun strategi dalam masa yang singkat. Jika gagal sekalipun, ia mengajar pemain untuk berusaha lagi dan membetulkan kesilapan sebelumnya.
Refleks lebih laju diperlukan dan melatih diri membuat keputusan cepat dan berfikir jauh ke depan ketika bermain game juga membantu dalam kehidupan seharian.
MENANG ATAU KALAH ADALAH ASAM GARAM KEHIDUPAN
Sikap ‘sportsmanship’ terpupuk untuk mematuhi peraturan permainan dan bersikap positif bersama pasukan dan pihak lawan. Kalah atau menang, apa yang telah berlaku lalu mereka di didik agar tidak sombong saat menang dan tidak pula untuk mudah menyerah saat mengalami kekalahan.
Nilai-nilai seperti inilah yang sangat penting dalam kehidupan di dunia nyata. Selalu bersyukur dan tidak mudah rasa lemah dan tersungkur jika dilanda ujian.
MAIN GAME ONLINE DI PLAYS.ORG
Ada banyak pilihan game online di https://plays.org/games/ yang buatkan Mommy nak cuba. Antaranya game di bawah ini : Egypt Runes
Mungkin korang pun biasa main game seperti ini. Yang boleh tenangkan minda dan tidak terlalu sukar untuk bermain.
Kemudian, Mommy cuba lagi game lain yang ada. Eh seronok betul. Dah la tak perlu install apa-apa aplikasi pun. Senang la.
Ada banyak lagi pilihan yang korang boleh pilih dan tak perlu risau sebab tiada iklan di website plays.org. Tak perlu bayar dan boleh tenangkan fikiran.
Jadi, pastikan korang bookmark page plays.org dan boleh la bermain sama-sama keluarga dan kawan-kawan di waktu lapang kan?