Tue. Dec 3rd, 2024

FORUM POSITIVE PARENTING DI KIDZANIA KUALA LUMPUR [PART 2]

Sambungan dari entri FORUM POSITIVE PARENTING DI KIDZANIA KUALA LUMPUR [PART 1]

 

FORUM POSITIVE PARENTING DI KIDZANIA KUALA LUMPUR

Tiba masa untuk masuk ke ruangan teater untuk FORUM POSITIVE PARENTING DI KIDZANIA KUALA LUMPUR. Mommy harap sangat-sangat Hannah tak cranky atau buat bising atau mengacau audience. Mujur Mommy dah ready makanan dan minuman. Dah tau dah Hannah takle dok saje. Kena mengunyah. Hiii

Mommy dan Positive Parenting ni sebenarnya dah lama ‘bertemu’. Ada la beberapa post Mommy dah share di blog Mommy dari artikel Positive Parenting. Artikel mereka berbentuk dwi bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Jadi mudah faham. Lagipun, artikel mereka boleh dilanggan secara percuma. Nanti Mommy jelaskan.

TOPIK 1 : USING POSITIVITY IN PARENTING

SPEAKER : MR ALEXIUS CHEANG, BEHAVIOURAL PSYCHOLOGIST

Sesi pertama dimulakan oleh Mr Alexius.

Pertama sekali, kenapa Positive Parenting? Apa maksud Positive Parenting?

Positive parenting – sometimes called positive discipline, gentle guidance, or loving guidance – is simply guidance that keeps our kids on the right path, offered in a positive way that resists any temptation to be punitive. Studies show that’s what helps kids learn consideration and responsibility, and makes for happier kids and parents.

Apa yang Mommy dapat dari forum ini ialah KEBERKESANAN INTERAKSI dan KOMUNIKASI. Bagaimana respons yang sepatutnya. Bagaimana menjadi pendengar yang baik. Ia bukannya cuma tertakluk kepada komunikasi ibubapa-anak, tapi dengan setiap orang di sekeliling kita. Bagaimana pula menggunakan ‘Positivity in Parenting’?

Kenapa interaksi penting dalam kehidupan anak-anak? Bagi Mommy, ia membantu dalam pembelajaran dan perkembangan mereka.

Mr Alexius memberi contoh 4 cara bertindak balas terhadap berita baik (4 ways to respond to good news)

Video pendek ditayangkan dalam memberi contoh 4 respon iaitu dari MOST DESTRUCTIVE (paling merosakkan) sehingga MOST CONSTRUCTIVE (paling membina).

4 respon utama yang diterangkan melalui video pendek tersebut iaitu:

  • Passive Destructive Responding – Tak respon (paling merosakkan)
  • Passive Constructive Responding
  • Active Destructive Responding
  • Active Constructive Responding (paling membina)

Contoh adalah seperti di bawah

Nampak tak?

Apa yang paling penting ialah tindak balas atau respon yang PALING MEMBINA. Bagaimana ia boleh menyokong atau memotivasikan diri selepas mendapat respon seperti itu. Hati anak-anak kena jaga. Untuk perkembangan mereka juga.

Menjadi pendengar yang baik merupakan tips paling penting yang PATUT diterapkan oleh setiap ibu bapa.

Dengan menjadi pendengar yang baik, anak akan berasa dihargai dan berasa selamat bercakap dengan orang yang memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka.

Mr Alexius menekankan konsep The ABCDE’s of Good Listening iaitu:

  • Attend with genuine interest – dengan cara fokus dan memberi feedback (active listening)
  • Be responsive to what is said – dengan cara respon akan mengutuhkan hubungan, mendengar sebenarnya lagi penting dari menyelesaikan sesuatu, pendengar boleh tanyakan jika sebarang bantuan diperlukan
  • Care about the other person – dengan mengambil berat perspektif mereka
  • Don’t interrupt – jangan menyampuk kerana kita di fasa mendengar, gunakan cara active listening di atas
  • Encourage the person to say more – untuk menggalakkan mereka rasa lebih selamat bercerita

 

Jadi parents, dimanakah kita? Adakah kita mampu menjadi pendengar yang baik? Adakah kita telah cuba memaksimumkan interaksi kita dengan anak2? Mulakan hari ini.

****************

TOPIK 2 : RESPECTFUL PARENTS GET RESPECTFUL CHILDREN

SPEAKER : MS AISHA ZANARIAH, MONTESSORI TRAINER

 

Sesi kedua diteruskan oleh Ms Aisha, seorang pelatih montessori yang membincangkan tajuk “Respectful parents get respectful children

Bagaimana caranya?

Respect each other.

Kalau masa dihabiskan bersama ‘respectful parent’, anak2 tersebut lebih terdorong menghormati orang lain. Kalau segala petikan cemuhan, kutukan, jeritan, tiada sikap menghormati yang ditunjukkan dari ibu bapa kepada anak2, bagaimana agaknya perangai anak-anak tersebut?

Penat juga kalau difikirkan jika kita sentiasa ajar anak kita menghormati orang lain, tapi orang lain tak ajar anak mereka menghormati anak kita. End up, anak tersebut menjadi pembuli. Buli pulak anak kita. Macam mana tu?

Hormati hak anak. Anak yang makin membesar, kadang-kadang memerlukan ruang privasi. Bagi mereka peluang.

 

RESPECT

Ada yang berkata, anak-anak jika kita beri peluang lebih tanpa dikawal dengan disiplin, akan naik kepala, naik lemak, manja terlebih dan tak boleh diajar langsung. Yang Mommy tahu, anak-anak takkan ingat apa yang kita ajar, sebaliknya mereka ingat apa yang kita buat. Jadi, ajar dengan disiplin yang ketat pun, susah juga anak nak berkembang.

Disebabkan itulah Ms Aisha menekankan isu RESPECT.

 

“too many adults demand respect from kids without showing any respect in return, doesn’t work”

 

Ladder of Participation

Ms Aisha meneruskan perbincangan perihal ‘Ladder of Participation’. Ladder of Participation direka sebagai tipologi permulaan untuk kemahiran berfikir bagi kanak-kanak dalam sesuatu projek (designed to serve as a beginning typology for thinking about children’s participation in projects)

Dari tangga paling bawah sehingga tangga teratas
1. Manipulation – contohnya : keadaan di mana anak-anak tersebut dirunding tapi tiada maklumbalas dari mereka
2. Decoration
3. Tokenism
4. Assigned but informed
5. Consulted and informed
6. Adult-initiated, shared decisions with children
7. Child-initiated and directed
8. Child-initiated, shared decisions with adult

Boleh baca details di sini juga

Sesi Q&A

Selesai forum, sempat berselfie dengan beberapa KBBA Bloggers. Pertama kali jumpa Irra, EFG_KBBA Founder.

Kak Hanim & Kak Sue Aida.

Selepas tamat forum, kami berpeluang meneruskan ‘lawatan’ sekitar Kidzania. Jadi, sementara menunggu daddy datang pick up Mommy, Mommy bawa Hannah main-main lagi.

AMBULANCE

Memandangkan tadi tak puas lagi main, Hannah awal2 lagi request nak naik ambulance. Lama juga la nak menunggu turn. Baru nak dapat turn, tetiba no giliran habis. Mommy dah down masa tu. Nasib baik staff tu masuk semula ke dalam dan ambil tag satu lagi. So no tag 6 ada 2 orang. Rezeki. Kalau tak, mereput lagi la menunggu.

Kemain posing eh kakak?

Dengar taklimat

Masing-masing diberi peluang pegang item2 seperti stetoskop, anduh, penyokong leher.

Si Hannah kelakar betul. Dia pegi pakai plak penyokong leher tu. Hahaha

Pastu staff suruh dia buka. Itu untuk orang sakit yang dorang akan pick up nanti. Ini Hannah kena cuba buat something. Tak perasan pulak Mommy kena buat apa.

Naik ambulance.. yeay!!!

Di tengah-tengah perjalanan, terserempak dengan blogger Juju.

Pick up orang sakit.

Hannah pasang penyokong leher tu.

Tapi pesakit taknak beri kerjasama. Sampai sudah taknak naik katil tersebut. Then masuklah dorang ke dalam ambulance semula.

Sudah tiba masa untuk pulang. Kidzos (duit) ada banyak juga. So Hannah pergi ke kaunter CIMB untuk simpan.

Sementara menunggu gambar siap, bertemu lagi sekali dengan blogger Irra dan Sue Aida.

Kemudian Mommy dapat tahu yang kidzos itu boleh ditukar dengan barang2 di Departmental Store. So gigih la Mommy dan Hannah ke ATM Machine. keluarkan semula kidzos yang disimpan. Total 120 kidzos.

Tapi bila Mommy pergi Dept Store tu, item bernilai 120 kidzos cuma pembaris bercorak. Serius? Tak jadi tukar. Hahaha. Malas pulak nak ke kaunter CIMB untuk menyimpan. Hii

Dah dapat pic kenangan Hannah di Kidzania. Nilai gambar RM30 sekeping.

 

POSITIVE PARENTING GUIDE

 

Mommy ada beritahu yang Positive Parenting Guide percuma entri di Part 1 kan? Ya betul tu. Cuma kena bayar kos pos sahaja. Boleh tengok di website mypositiveparenting.

1 tahun – 4 isu RM20
2 tahun – 8 isu RM40
*price is for postage & handling charges only

Ni antara yang Mommy dapat di Forum tersebut.

Kad ATM tu expired Jan 2016. Celah mana la nak pergi pulak Kidzania ni. Sape nak beli? Hihihi

Maklumat lanjut mengenai Positive Parenting, boleh lawati:

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

6 thoughts on “FORUM POSITIVE PARENTING DI KIDZANIA KUALA LUMPUR [PART 2]”
  1. sebelum kita menjadi pendengar yang baik untuk orang lain..kita sepatutnya terlebih dahulu menjadi pendengar yang baik untuk anak2 kita dulu…banyak tips yg baik dalam entry ni boleh dikongsi sama ibubapa yang lain…..terbaik yb…

  2. aah. ada anak pun kena tggu bsr n cerdik n paham bahasa sket. klu x, rugi je. sbb nak main, parent xle masuk. hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!