MANDI SUNGAI DI DAMAI PARK RESORT, SUNGAI PETANI | Mommy bertolak pulang ke kampung selepas habis waktu kerja petang semalam (23 Dis). Alhamdulillah. Perjalanan sangat lancar. Kalau jem pun sekejap sangat. Itu pun orang perlahankan kenderaan sebab nak tengok beberapa accident.
Memandangkan Mommy hantar mentua balik kampung dari Mekah, jadi hari ni lepak di Merbok dahulu. Esok baru pergi rumah Mommy plak. Tak jauh pun. Area laguna sahaja. Macam tu lah kami setiap kali balik kampung. Bergilir2 rumah sebab dekat.
Jadi hari ni plan kami ialah mandi sungai. Sungai terdekat di Damai Park Resort, iaitu tempat rekreasi dan juga tempat Program PLKN. Nah Mommy bagi info sikit dari blog DPR (damaiparkresortkedah.blogspot.my).
DAMAI PARK RESORT,MERBOK KEDAH DARUL AMAN MALAYSIA terletak berhampiran Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok dalam Daerah Kecil Merbok dan bersebelahan dengan kem latihan khidmat negara. Jaraknya adalah 18km dari Bandar Sungai Petani dan 2km dari Pekan Merbok. Terletak di dalam dusun buah-buahan dan dikelilingi dengan air terjun mengalir jernih yang menyejukkan serta menyegarkan.
CARA KE RESORT
ISI KANDUNGAN
hide
Anda boleh ke sana dengan berkereta, teksi atau Bas dari Bandar Sg.petani dan juga melalui Tol Lebuhraya Sg. Petani Utara atau Tol Lebuhraya Sg.Petani Selatan ke Damai Park Resort, Merbok.
Mommy ke sana sudah tentu lah Daddy yang bawa. Kampung Daddy kan. Pergi juga dengan adik2 ipar Mommy, Fana & Udin.
Baju mandi tak bawak balik pun. Apatah lagi pelampung. Jadi kami singgah ke kedai runcit di Pekan Merbuk. Pelampung bernilai RM7 dan RM8 sahaja. Mommy rembat seluar pendek untuk Ariq sekali. Hihi.
Seluar Ben10 ni RM6 sahaja.
Semua enjoy. Mommy malas nak join sebab takut air. Kahkahkah.
Hannah pun pakai baju biasa je tadi. Takde baju mandi. Haha. Lain kali kena bawa balik je la walaupun mungkin tak sempat pergi mandi. Better ada.
Tak lama selepas itu, masing2 dah menggigil kesejukan. Ariq pun dah nangis2 minta Daddy dukung. Anak buah Mommy pun dah lepak tepi dah. Gigil2 teruk. Hihi.
Memandangkan Daddy tak puas mandi lagi, Daddy nak biarkan Ariq main kat kawasan ‘jalan’ di hadapan pintu masuk Damai Park Resort tu. Ariq pusing sana sini, so Mommy la yang kena gigih jaga. Daddy g mandi dulu.
Pandangan hadapan Damai Park Resort
Boleh main2 atas jalan ni tapi kena hati2. Kereta dan motor keluar masuk walau jarang2 ada.
Sungai super sejuk di Merbok.
Menarik kan? Jemput la datang Merbok, Sg Petani, Kedah. My hometown.
Terima kasih datang mandi mandi di sungai Damai Park Resort.