Thu. Dec 5th, 2024

JANGAN #JelesEk, TOPPEN SHOPPING CENTRE JB DAH DIBUKA

Tahniah Toppen Shopping Centre di atas pembukaan besar-besaran pada 13 November yang lalu. Mommy berkesempatan bersama dalam majlis gilang-gemilang ini di JB baru-baru ini.

Toppen diinspirasikan daripada asal usul Scandinavian, yang memaparkan rekaan yang luas dan kemas dengan limpahan cahaya semula jadi dan kehijauan alam, menjadikannya destinasi pilihan untuk dikunjungi.

Sebelum pelancaran perasmian, kami dihiburkan dengan pelbagai persembahan tradisional.

Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan dan perasmian oleh Mr Christian Roejkjaer, Managing Director of IKEA Southeast Asia, Mr Dag Juhlin-Dannfelt, Sweedish Ambassador to Malaysia dan Ir Hajah Nazatul Shima, Timbalan Setiausaha MBJB.

Majlis dihiburkan dengan tarian dan lagu tema #JelesEk oleh bintang kelahiran Johor, Joe Flizzow dan Joyce Chu yang telah bekerjasama mencipta video muzik khas untuk Toppen. Lagu tersebut juga digunakan untuk cabaran TikTok #JelesEk.

Pada mulanya, Mommy ingatkan 2 penyanyi tersebut ada di majlis, tapi tidak. Cuma penari-penari sahaja.

Kemudian majlis diteruskan dengan pelancaran pembukaan.

THE TOPP

Kemudian kami dibawa melawat ke bahagian roof top di aras 4 bangunan. Kawasan ini dinamakan The Topp.

Nah korang tengok sendiri kawasan The Topp ini. Memang menarik habis!

Sedikit info mengenai The Topp :

Tarikan utama di Toppen iaitu The Topp memegang peranan penting di festival ini.

Dicipta khas untuk selaras dengan kelompok komuniti yang berbeza-beza, The Topp menjanjikan activiti menarik untuk setiap pelawat.

Kepada mereka yang sukakan aksi lasak, pergilah ke zon aktif belia di mana terdapat taman luncur, zon parkour dan tembok untuk aktiviti mendaki manakala mereka yang ingin menjamu selera, terdapat banyak pilihan hidangan tempatan atau antarabangsa di sekitar ruangan al fresco.

Di laman luar The Topp juga dibina ruang-ruang interaktif termasuklah gelanggang serbaguna, dewan acara, taman atas bumbung, taman rekreasi air kanak-kanak, panggung wayang dengan konsep terbuka yang pertama dan juga arena e-sports untuk anda meluangkan hari bersama teman dan keluarga tersayang.

KEMUDAHAN YANG MESRA KOMUNITI

Diterajui oleh IKEA Tebrau, pusat beli-belah berkeluasan 1.25 juta kaki persegi ini menawarkan empat aras untuk korang ‘singgah & riadah’ (retailtainment).

Dengan 300 buah premis yang menawarkan dari barangan keperluan rumah seperti Ben’s Independent Grocer (B.I.G.) sehinggalah panggung wayang TGV.

TGV CINEMAS TOPPEN JB

Sebut tentang panggung wayang TGV, Mommy sempat buat lawatan ke setiap hall yang ada.

Bagi Mommy, panggung wayang sini bukan yang biasa2 yer. Ada 5 jenis hall yang kami experience.

1. Infinity Hall – cinematic experience yang menggabungkan visual hebat dan bunyi yang gempak di seluruh pawagam (360 degree) Imagine eh.. 4K laser projector dengan sound Dolby Atmos. Siap selimut pulak tu. Boleh reclined seat. Kaki pun kemain menjulur.. Huu

2. Family Friendly Hall yang ada Playroom juga 😱. Sesuai untuk mereka yang nak bawa anak-anak tengok wayang. Playroom dijaga rapi dan diletakkan Medklinn Purifier untuk menjaga udara dan surface playroom itu sendiri.

3. Prestige Hall – Untuk mereka yang gemarkan suasana mewah dan romantis gitu.

4. Deluxe+ – Rasanya ini yang paling murah among hall lain. Bila sandar, seat nya auto recline. Cuma tiada la part kaki tu..

5. Flexound Hall – the largest Flexound installation in the world and the first Flexound hall in Southeast Asia. Yang bestnya, seat tu customized dengan sound dan tactile sensory effect. Kira kita dapat rasa sound dekat dengan telinga kita dan dalam masa yang sama ada rasa getaran sikit2. Jadi kami rasmi hall ini dengan menonton filem yang superb. Esoknya tu baru tayang worldwide. Hehehehe

Sebelum masuk ke panggung, korang akan nampak Coke Zone dan Sony Interactive Zone. Kaki posing tu, boleh datang sini dulu. Cantik woo.

Dan kalau nak makan, ada INDULGE Lounge di sana. Lengkap semua dah. Btw, aglio olio sedap. Huhu. Boleh la rasa kaya sekejap dalam ni. Hahaha.

Toppen juga telah memperkenalkan lebih 80% jenama baru di Johor seperti The Pantheon, 9 to 9, dan Concept Haus.

Hab terbaharu untuk gaya hidup masa kini ini juga senang dikunjungi melalui kemudahan jalan raya utama, pengangkutan awam dan dilengkapi dengan ruang parkir dua tingkat yang boleh memuatkan lebih 4,600 kenderaan.

Pusat Beli-belah Toppen merupakan yang ketiga di Malaysia dan keempat di Asia Tenggara dengan teraju utamanya, IKEA. Mengikut jejak langkah IKEA dan pusat beli-belah yang lain di rantau ini, Toppen kini bersedia untuk menjadi tempat pertemuan utama bagi mencipta pengalaman yang hebat untuk mereka yang datang berkunjung. Ia menyasarkan untuk menarik lebih 15 juta penduduk tempatan dan pelancong menjelang tahun 2020.

p/s : Tapi, Mommy suka shopping di IKEA Damansara

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

3 thoughts on “JANGAN #JelesEk, TOPPEN SHOPPING CENTRE JB DAH DIBUKA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!