Mon. Feb 10th, 2025

KE PADANG BESAR KITA!!

Setelah berkurun lama, akhirnya Mommy datang ke Padang Besar, sempadan Perlis-Thailand hari ini, 26 Disember 2015. Uish.. lama gila kot tak datang sini.
Mommy datang bersama Daddy, anak2 dan jugak kakak sulung Mommy dan family.
Bertolak lepas Zohor dari Sungai Petani, perjalanan agak slow dan sesak. Mujurlah di Perlis tak jam langsung. Smooth je. Dan parking pun mudah dapat. 2 jam juga perjalanan dek trafik perlahan di Sg Petani.
Ok jom jalan. Pekena air. Ada lagi la jual air RM1.
Jam 4 petang kami mula berjalan di sekitar bazaar Padang Besar.
Ini dia tempat wajib pusing dan masuk kalau datang ke Padang Besar. Arked Niaga Padang Besar.
Hannah berjalan dengan sepupunya, kakak Tisha while Mommy, Daddy & adik berjalan ke arah lain. Berpecah la sekejap nak tengok apa yang ada.
Pandangan dari atas arked.
Turun dari arked, baru jumpa kakak Mommy & lain2. Hannah dah meraung2 nak main air. Air apa?? Adoi. Pandai depa ni buat duit.
Sempat la Hannah pow Mommy. Naik dengan kakak Tisha. Kayuh guna tangan je. Huhu
Lama juga kena menunggu Hannah & Tisha main. 20 minit untuk main puas-puas.
 
Ariq dah mula meragam. Dah tak makan saman dah kalau bagi tab pun. Nangis meraung2 sampai semua orang tengok2. Macam tak pernah tengok budak tantrum je memasing. Haih.

Last2 Mommy beli pistol belon. Tak cukup 1.. kena beli 2. Aduh mak. Seketul dah RM15. Hmm

Redha ajelah asalkan diam. Kemudian barulah dapat beli barang2 kat bazaar bawah tu. Beli segala jenis asam, kerepek dan keropok ikan semua tu. Segala jenis tu dijual RM10 untuk 4 jenis atau RM20 untuk 9 jenis. Haa.. memborong je la.
 
Item wajib beli yang Mommy aim ialah Toto Narita. Harga mesti dah naik sekarang. Dulu less dari RM40. Sekarang dah RM45, king size. Ok la. Toto kat rumah pun dah lama tak bertukar. Grab 2 tadi.

Cuaca alhamdulillah tidak terlalu terik. Nak kata borong sakan bila datang ke Padang Besar ni, tak jugak la. Macam xde nafsu tengok baju2 yang ada. Hii. Mujur ada juga perasaan nak beli toto tadi. Kalau tak, datang saja lah jauh2. Haha

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

8 thoughts on “KE PADANG BESAR KITA!!”
  1. wah!!! bestnya jalan jalan dengan family macam ni.. toto… hehe.. boleh buat selimut.. jelesnya.. tak pernah lagi pergi sini..

  2. wah… kalau ke sana memang menyopping je la kan..geram tengok kedai2 banyak2 tu..dapat shopping toto pun best.. boleh duk tukar2 toto yang kat rumah tu kan..

  3. teringin aida nak gi pdg besar naik ketapi express tu.org kata bleh pergi balik ari :)in shaa Allah….

  4. Lama betul tak pi padang besar…julia dulu belajar kt UUM lah…mmg org suka borong toto sana murah dan cantik…dulu kami geng student pompuan borong teddy bear sorang 1 yg paling besar tu…hahahhaha terikut2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!