
TIADA MASA UNTUK SENAMAN? CUBA NANO WORKOUT!
- Tiada masa untuk ke gym?
- Tiada wang untuk join program jom kurus?
- Takut tak boleh bagi komitmen untuk senaman?
- Takut tak boleh konsisten dalam senaman?
Nano Workout adalah penyelesaiannya!!
Apa maksud Nano Workout?
Nano Workout atau Mini Workout merupakan latihan kecil yang boleh dilakukan hampir di mana sahaja. Kalau kita tengok zaman sekarang yang serba canggih ini, kita macam kurang gunakan badan sangat! Semua bergantung kepada teknologi sedia ada je. Kalau zaman nenek moyang kita dulu, serba serbi guna tenaga 4 kerat tu. Sebab tu la orang tua-tua ni macam kekal cergas je even dah berumur. Orang muda, nak jalan kaki kat kedai depan rumah pun, malas. Sanggup start kereta atau motor. Haha. Mommy ler tu. Ish..
Latihan kecil seperti Nano Workout ini sebenarnya satu latihan daripada apa yang kita buat setiap hari. Jadi ambil kesempatan daripada persekitaran kita dan memulakan gaya hidup yang sihat dan aktif.
1. Bilik Mandi (Bathroom)
Latihan : Squats semasa memberus gigi
Sasaran : Peha

2. Di tempat kerja (At work)
Latihan : Menolak kerusi anda dan cuba bekerja untuk beberapa ketika dalam kedudukan membongkok
Sasaran : Triceps

Lain-lain:

3. Di sofa (On the couch)
Latihan : Sandar dan buat kayuhan kaki di udara
Sasaran : Kaki dan lower abs

4. Tandas (On the toilet)
Latihan : Meluruskan tangan dan cuba genggam dan lepas jari anda berulang kali
Sasaran : Lower arm

5. Selepas membeli-belah untuk barangan runcit (After shopping for groceries)
Latihan : Gunakan beg runcit sebagai dumbbells
Sasaran : Lengan

6. Ketika berjalan (While walking)
Latihan : Berjalan sambil pastikan abs anda tegang
Sasaran : Abs

7. Bilik tidur (In bed)
Latihan : Tidur dengan kepala dan leher di hujung katil (kepala dah keluar dari tilam). Regangkan badan sehingga terasa abs tegang. Pastikan kepala anda tinggi selama yang anda boleh untuk mendapatkan senaman leher yang baik.
Sasaran : Leher dan abs.

8. Dalam kereta api (On a train)
Latihan : Berdiri di atas satu kaki. Buat ini jika rasa dapat seimbangkan badan. Jangan sampai terjatuh-jatuh pulak.
Sasaran : Keseimbangan dan kaki bahagian bawah.
Kesan jangka panjang
- Jika anda melakukan squats ketika di bilik mandi setiap hari, kaki anda akan menjalani lebih daripada 24 jam latihan setiap tahun.
- Sama seperti naik turun tangga lima deretan anak tangga dua kali sehari, anda akan memanjat dan turun lebih daripada 110,000 langkah-langkah dalam setahun.
Wow! Sentiasa fikirkan ini cabaran buat diri sendiri!
Latihan kecil namun Hasil Besar
Anda mungkin tertanya-tanya jika latihan kecil seperti Nano Workout boleh menggantikan rutin gimnasium anda. Senaman yang lebih tidak ada salahnya (jika dilakukan dengan betul), tetapi kajian lebih memihak kepada latihan kecil, latihan yang berterusan. Ia semua bergantung kepada usaha, kekuatan dan dedikasi anda terhadap Nano Workout anda. Usaha kecil dan berterusan pastinya mempunyai hasil yang besar!
KOLEKSI NANO WORKOUT – Klik Sini

Lain-lain boleh rujuk di website di bawah:
- inspiyr.com
- www.moveitmonday.org
- nanoworkout.com
- www.pinterest.com/nano-mini-workouts
Find me on Instagram
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Boleh try buat ni. Dalam bilik air pun boleh workout ;D
kadang2 tengah scroll ig pon leyla buat bicycle tuu. nak tido pun sempat lagi sikit.
2keje dalam satu masa..ahahahaha…
Hanya mampu tengok sambil golek2 atas katil.. haha nampak beno malasnya.. pastu merungut tak kurus2.. Apapun Selamat tahun baru.. Somoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya inshaAllah.. MD singgah follow sini..
Bagusnya. Mohon Share di blog ye YB Shehan.
assalamualaikum…yaya dah follow sini….follow back yek…mohon kunjungi dan tinggalkan komen di sinihttp://www.yayacendana.com/2016/01/pergi-seminar-di-agrofarmstay-durian.htmltq ^_^
memamng menarik dan memang selalu buat masa kat dlm pejabat..turun tangga naik tangga pun selalu buat…