Fri. Nov 1st, 2024

6 TIPS TANGANI ANAK SUKA MENJERIT

“Anda mungkin pernah menyaksikan situasi ini: Sebuah keluarga dengan anak kecil yang suka menjerit sekuat-sekuatnya di khalayak ramai. Perkara tersebut juga membuatkan anda selalu tertanya-tanya mengapa si ibu dan bapa tidak mendisiplinkan anak mereka. Tetapi selepas menjadi ibu kepada seorang kanak-kanak yang suka menjerit, segalanya telah berubah.”
Betul tak? Ya Allah. Sabar banyak sangat-sangat dengan anak2 Mommy baru-baru ini. Macam menjadi2 pulak habit menjerit-jerit ni. Kalau larang/bantah/bangkang apa yang dorang nak atau cakap, ha siap lah. Meraung2-raung. Takde nak malu punya.
Mommy ada berbincang dengan beberapa mommies & sahabat2 lain. Antara tips utama yang Mommy dapat ialah amalkan surah insyirah dan tiup ke ubun-ubun anak2.
Mommy tulis ni bukan nak aibkan anak. Anak Mommy bukanlah buat jenayah pun. Mommy cuma fikirkan sebab perangai mereka ni macam berlaku secara tiba2.
Tapi ada masa, behave sangat! Most of the time, mereka behave kalau perut dah kenyang, tak mengantuk, kawasan tak ramai orang dan pergi ke tempat yang mereka boleh main.

Mengapa anak anda menjerit?

  • Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan anak anda suka menjerit. Mungkin anak anda seorang yang sangat bertenaga dan baru sahaja sedar akan kuasa suaranya. Bunyi suaranya yang bergema membawa keterujaan bagi dirinya.
  • Anak anda juga sedar yang jeritannya juga menarik perhatian anda. Bagi sesetengah kanak-kanak, ia adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan perhatian. Maka mereka akan menjerit jika ingin mendapatkan perhatian ibu bapa atau untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

Tips tangani anak suka menjerit

  • Elak daripada menjerit kembali
    Dengan menjerit kembali kepada anak anda tidak akan meredakan keadaan. Ia hanya akan menambahkan masalah kerana dengan menjerit kembali, ia akan memberikan idea kepadanya bahawa pertandingan menjerit sedang berlangsung dan jeritan paling kuat adalah pemenang.
  • Perlahankan suara anda
    Apabila anda bercakap dengan nada suara yang perlahan, butiran perkataan anda akan tenggelam dalam jeritan si kecil. Perkara ini akan membuat si kecil memperlahankan nada suaranya juga. Bisikkan kepadanya bahawa jeritannya membuatkan anda sakit kepala dan anda boleh mendengar suaranya walaupun dia bercakap tanpa menjerit.
  • Cari tempat mesra keluarga
    Anak menjerit di kawasan sempit ataupun di majlis boleh menyebabkan anda malu. Bawalah si manja ke tempat yang kurang bising dan mesra keluarga untuk mengelakkan daripada mengganggu orang lain.
  • Buat perancangan mengikut keselesaannya
    Ikut keperluan pemakanan dan tidur si manja jika anda merancang untuk ke pusat membeli-belah. Kanak-kanak yang kelaparan atau keletihan tidak akan bertahan selama dua jam di pusat membeli-belah.
  • Alihkan perhatian
    Jadilah ibu bapa yang kreatif. Alihkan perhatian anak anda dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah. Antaranya, ajak dan biarkan anak anda untuk memilih barang ketika membeli belah dan jadikan ia satu permainan mini.
  • Beri perhatian
    Kadangkala, si manja hanya mahu anda fahami perasaan mereka. Selami apa yang dirasanya pada ketika itu. Terangkan yang anda boleh penuhi kemahuannya setelah anda selesai dengan tugas anda. Berikan pujian dan ganjaran di atas kelakuan baiknya.
Pergh.. dah dapat tips2 begini, boleh la amalkan. Umur makin meningkat ni, memang macam-macam perangai sikit.
Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

2 thoughts on “6 TIPS TANGANI ANAK SUKA MENJERIT”
  1. Qaiser ilman akan perangai mcm ni kalau dia terlampau penat bermain tanpa henti…akhirnya minta dukung dan tantrum nak berdukung…huhhh mencabar tu sebab julia kalau boleh tak dia main terlalu penat…sbb makan diri dia balik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!