Wed. Feb 12th, 2025

LOGITECH BLUETOOTH MULTI DEVICE KEYBOARD K480 | KEYBOARD UNTUK PELBAGAI PERANTI

LOGITECH BLUETOOTH MULTI DEVICE KEYBOARD K480 | Pernah tak terfikir untuk menggunakan semua device yang anda ada seperti telefon, tab mahupun PC dalam masa yang sama. Mommy grab item menarik hari ni di Digi. Sangat menarik dan tertarik dan kau memang da bomb lah. Ini dia.

logitech-bluetooth-multi-device-keyboard-k480

K480 | TAIP ATAS APA SAHAJA UNIVERSAL KEYBOARD

Jenis keyboard terbaru untuk komputer anda, yang juga sesuai digunakan untuk telefon pintar dan tablet (support external keyboard).

logitech-bluetooth-multi-device-keyboard-k480

Ciri-ciri

– Bluetooth wireless

– Multi-platform and cross-platform

MUDAH DIUBAH /SWITCH ANTARA PERANTI

logitech-bluetooth-multi-device-keyboard-k480

Cuma ubah Easy-Switch dial di antara 3 peranti yang telah dihubungkan melalui Bluetooth untuk mula menaip.

logitech-bluetooth-multi-device-keyboard-k480

WINDOWS dan Mac. ANDROID dan iOS

(You’ll find a familiar keyboard layout with all the shortcut keys you use the most)

– KOMPUTER : Sesuai untuk Windows, Mac atau Chrome

– MOBILE : Sesuai untuk Android atau iOS

MENAIP DENGAN SELESA

Mommy boleh gunakan tab dan handphone Mommy dalam masa yang sama seperti yang Mommy letak atas keyboard ini.

Gambar keyboard bersama Note 5 dalam keadaan melintang.

logitech-bluetooth-multi-device-keyboard-k480

Gambar Mommy letak Note 5 bersama tablet.

logitech-bluetooth-multi-device-keyboard-k480

Mommy belum cuba lagi untuk PC buat masa sekarang. Jadi untuk Note 5, Mommy setkan dial button no 1, manakala tab no 2. Ini boleh diubah-ubah mengikut apa sahaja gadget yang anda nak gunakan masa tu.

PANDUAN MENGGUNAKAN K480

Untuk tips dan tricks, boleh rujuk di sini.

Untuk tonton video K480, boleh tekan di sini.

KEBAIKAN LOGITECH BLUETOOTH MULTI-DEVICE KEYBOARD

Antara kebaikannya ialah dapat menaip dengan cepat. Kalau nak bergerak ke atas ke bawah ke tepi kiri kanan tanpa mouse, gunakan sahaja anak panah tu. Then enter.

Boleh digunakan untuk 3 peranti serentak. Jadi busy menaip di tab, boleh sambil ber’whatsapp’ di telefon.

Kemudian, cara sambung ke Bluetooth pun tak susah. Sekali setting sahaja diperlukan.

Selesa dan mudahkan bekerja (update blog). Ini pun Mommy cuma menaip atas sofa sahaja.

KELEMAHAN

Keyboard ini menggunakan 2 bateri AAA. Kena ready bateri 3A tu selalu. Walaupun begitu, tidak lah terlalu sukar andainya kehabisan bateri, kerana bateri fon masih ada. Tidak akan terjejas langsung jika kita sedang menaip sekalipun. Ini bukanlah laptop ye.

Enjoy!

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

4 thoughts on “LOGITECH BLUETOOTH MULTI DEVICE KEYBOARD K480 | KEYBOARD UNTUK PELBAGAI PERANTI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!