Semak status blacklist sebelum ke luar negara / travel | Kalau anda ada perancangan untuk melancong atau bekerja di luar negara, antara perkara yang boleh dibuat sebelum berangkat ialah menyemak terlebih dahulu status perjalanan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Semakan ini boleh dilakukan secara dalam talian melalui Sistem Semakan Status Perjalanan (SSPI) JIM menggunakan nombor kad pengenalan.
Ini penting terutamanya kalau anda risau tentang kemungkinan mempunyai sekatan perjalanan ke luar negara akibat isu tertentu seperti tindakan penguatkuasaan atau sekatan yang berkaitan dengan agensi tertentu.
Semakan Status Perjalanan SSPI – Jabatan Imigresen Malaysia
KENAPA PERLU SEMAK STATUS BLACKLIST?
Tak salah untuk buat semakan terlebih dahulu sebelum bertolak. Paling penting, kita boleh tahu sama ada terdapat halangan perjalanan dari Malaysia yang direkodkan pada masa semakan dibuat.
Jabatan Imigresen Malaysia sendiri menerangkan bahawa SSPI disediakan untuk warganegara Malaysia menyemak status dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara.
Dengan membuat semakan awal, anda boleh:
- ✅ Mengetahui sama ada terdapat halangan untuk ke luar negara
- ✅ Mengelakkan masalah yang tidak dijangka ketika berada di lapangan terbang
- ✅ Mempunyai masa untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan sekiranya terdapat sekatan
- ✅ Membuat persediaan sebelum tarikh penerbangan
Penting: Semakan SSPI bukan bermaksud ia menyemak semua jenis “blacklist” yang mungkin wujud. Ia adalah semakan status perjalanan melalui Jabatan Imigresen Malaysia.
CARA SEMAK STATUS BLACKLIST SEBELUM KE LUAR NEGARA

Untuk membuat semakan, anda hanya memerlukan nombor kad pengenalan 12 digit.
1. Layari laman SSPI
Pergi ke laman rasmi Semakan Status Perjalanan Jabatan Imigresen Malaysia:
SSPI – Semakan Status Perjalanan
2. Masukkan nombor kad pengenalan
Masukkan nombor kad pengenalan 12 digit pada ruangan yang disediakan.
3. Klik “Semak”
Selepas nombor kad pengenalan dimasukkan, klik butang “Semak”.
4. Lihat keputusan semakan
Keputusan akan dipaparkan selepas semakan dibuat.
Jika keputusan menunjukkan “Tiada halangan”, ini bermaksud tiada halangan perjalanan direkodkan dalam semakan tersebut pada ketika ia dibuat.
JIM juga menyatakan bahawa keputusan SSPI hanya sah pada tarikh dan masa semakan dan tidak boleh digunakan di mahkamah.

Contoh paparan semakan status perjalanan melalui SSPI Jabatan Imigresen Malaysia.
KALAU STATUS MENUNJUKKAN ADA HALANGAN?
Kalau keputusan semakan menunjukkan terdapat halangan perjalanan, jangan tunggu sehingga hari penerbangan.
Dapatkan penjelasan daripada pihak atau agensi yang berkaitan dengan sekatan tersebut untuk mengetahui sebab sekatan dan tindakan yang perlu dibuat.
Sebaiknya buat semakan lebih awal, terutamanya kalau anda sudah mempunyai tiket penerbangan dan tarikh perjalanan yang ditetapkan.
BOLEHKAH BLACKLIST PTPTN MENYEBABKAN TAK BOLEH KE LUAR NEGARA?
Ya, bagi peminjam yang termasuk dalam kategori yang dikenakan sekatan perjalanan PTPTN.
Mulai Januari 2026, PTPTN melaksanakan sekatan perjalanan ke luar negara secara bersasar terhadap kategori peminjam tertentu.
Antaranya ialah peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik melebihi lima tahun dan berkemampuan membayar, mempunyai penghakiman mahkamah serta peminjam yang bekerja di luar negara tetapi gagal membuat bayaran balik.
Jadi, kalau anda mempunyai pinjaman PTPTN dan merancang untuk ke luar negara, elok semak status perjalanan terlebih dahulu.
Untuk maklumat terkini berkaitan sekatan perjalanan PTPTN, rujuk terus kepada PTPTN.
SOALAN LAZIM
Bagaimana cara check blacklist sebelum ke luar negara?
Anda boleh membuat semakan status perjalanan melalui SSPI Jabatan Imigresen Malaysia. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik “Semak”.
Cara check blacklist guna IC?
Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui SSPI menggunakan nombor kad pengenalan 12 digit.
Macam mana nak tahu nama kena blacklist imigresen?
Anda boleh menyemak status perjalanan melalui sistem SSPI Jabatan Imigresen Malaysia. Keputusan akan menunjukkan status perjalanan anda pada masa semakan dibuat.
Kalau keputusan “Tiada Halangan”, boleh ke luar negara?
Status “Tiada Halangan” bermaksud tiada halangan perjalanan direkodkan dalam semakan SSPI pada ketika tersebut. Namun begitu, keputusan semakan hanya menggambarkan status pada tarikh dan masa semakan.
Boleh ke keluar negara kalau ada tunggakan PTPTN?
Ia bergantung kepada sama ada anda termasuk dalam kategori peminjam yang dikenakan sekatan perjalanan PTPTN. Sekatan perjalanan PTPTN dilaksanakan secara bersasar mulai Januari 2026.
Berapa lama sebelum penerbangan perlu semak blacklist?
Sebaiknya buat semakan sebelum tarikh perjalanan, bukan pada saat-saat akhir. Kalau terdapat masalah, anda masih mempunyai masa untuk mendapatkan penjelasan atau menyelesaikan perkara berkaitan.
SEMAK DULU SEBELUM BERANGKAT ✈️
Kalau dah beli tiket kapal terbang, dah booking hotel dan semuanya sudah dirancang, jangan lupa buat semakan status perjalanan terlebih dahulu.
Lebih baik tahu lebih awal sekiranya terdapat sebarang halangan daripada mengetahui masalah tersebut ketika hendak berlepas.
Selamat melancong! ✈️
BACA : Permohonan Online ETIAS sebelum ke Eropah 2024




Sesiapa yang planning nak ke luar negara, sama ada bercuti atau beribadah tu, elok semak awal-awal. Kalau sebab hutang pun, rasanya ambil masa juga nak keluarkan nama dalam list tu. Nak semak senang, tapi cara nak unlisted tu yang masih samar-samar.
erm.. btul juga kan.. nak clear blacklist rsnya kena g bank negara..
Saya nak tanya, kalau ada masalah blacklist cuckoo, masih boleh pergi ke luar negara tak? Bila cek status imi tu dia bagitahu tiada halangan. Tapi saya takut disekat di airport 🙁
kalau cuckoo tu hutang dunia yang perlu dilunaskan je la. sekatan oversea takde rasanya utk blacklist produk bgitu. unless tax, bankrupt gtu baru disekat.
klu dia xkluar tiada halangan tu mcm mna plk? dia cuma ckp sah pada tarikh semakan
Ia akan kua 2 bnda je.
1. Sila jumpa imigresen bla bla
2. Tiada halangan dan sah ketika disemak bla bla..
Saya dah check status tp tak ada apa-apa maklumat yg keluar… Dah masukan 12 digit no ic
cuba lagi tuan. mgkn system down kot
Setelah di semak diarahkan rujuk kapejabat imigrrsen berdekatan.saya dibebaskan dari bankrap bulan september lagi tapi tiada perubahan bila saya buat semakan.saya hendak kemekah untuk menunaikan umrah sekian terima kaseh.
Better rujuk pejabat imigresen lagi sekali. Spttnya dah clear dan tiada halangan.
nama saya sudah clear dari istihar bangkerap tetapi dalam sistem masih lagi disekat dimana saya patut pergi bertanye samaada di pejabat insolvensi atau kepada peguam dan adakah patut saya serahkan sendiri surat clear name atau macamane mohon pencerahan
Bawak surat pegi bank negara senang. Jumpa pegawai kat bawah tu. Dia akan buat sampai setel. Tunggu seminggu dua InsyaAllah setel
jika blacklist (ada ccris & cctos) boleh keluar negara ke? dan baki hutang masih ada, dlm proses utk buat bayaran secara ansur2 ran. boleh advised? tapi tiada halangan pada website imigreesen
ctos kalau dah bankrupt xble kuar negara.. ccris kalau under ptptn mungkin kena block juga. ccris selain ptptn rasanya tiada masalah. Cer semak lagi ye..
Apa itu ccris dan ctos?
Sebelum meluluskan pinjaman bank, kebiasaannya pihak bank akan menyemak dahulu senarai ccris dan ctos pemohon pinjaman. Sekiranya si pemohon mempunyai rekod bagi ccris atau cctos yang negatif pinjaman kebiasaannya pinjaman tidak akan diluluskan oleh bank.
Ctos ini adalah sistem maklumat berkenaan rekod individu yang diguna pakai oleh institusi kewangan/perbankan. Ctos dimiliki oleh sebuah syarikat di Malaysia manakala CCRIS adalah dikawal oleh bank negara.
Segala maklumat yang diperolehi berkenaan status perundangan atau kegagalan bayar dalam cctos adalah daripada institusi kewangan, syarikat-syarikat pemiutang atau firma guaman. Manakala maklumat yang terdapat dalam ccris diperolehi dari institusi perbankan atau institusi kewangan yang akan dicatatkan dalam laporan ccris.
Segala maklumat individu akan dimuat naik dalam cctos secara data elektronik untuk rujukan dan semakan bagi pinjaman hutang dan segala hal berkaitan pinjaman.
Berbeza dengan CCRIS yang akan menyimpan maklumat dalam tempoh 12 bulan sahaja. Manakala sebarang maklumat kebankrapan , tindakan undang-undang akan kekal dalam cctos sehinggalah mendapat pengesahan dari peguam untuk diketepikan.
Antara maklumat yang boleh disemak dalam cctos:
– nama/ no. Kad pengenalan/ no. Pendafataran syarikat.
– maklumat berkenaan directorship dan maklumat perniagaan.
– tindakan undang-undang.
Bagaimana hendak mengenepikan rekod ccris dan cctos. Sekiranya anda mempunyai rekod buruk dalam ccris, contohnya dicatatkan pada setiap bulan anda gagal bayar 2 bulan bagi kenderaan. Cara untuk menghapuskan status ini adalah dengan melupuskan kenderaan seperti menjual dan menukar hak milik kenderaan tersebut. Maka semua rekod lama selama 12 bulan akan terpadam. Atau cara lain, anda kemas kini semula bayaran dan menantikan kitaran 12 bulan itu tamat.
Untuk menghapuskan rekod dalam ctos. Sekiranya anda mempunyai rekod hutang atau tindakan undang-undang. Anda perlu menghubungi pihak pemiutang dan membuat penyelesaian. Kemudian, anda perlu mendapatkan surat pelepasan dari pemiutang dan salinannya diberikan kepada ctos.
Kalau status sila rujuk ke pejabat imigresen…apa maksudnya….ada halangan ke x kalau nak keluar negara
Ya. Ada hutang ptptn tak?? Klu ada.. segera ke PTPTN bdekatan..mmg xle g oversea klu ada status gtu
Klo dia tulis sah pada tarikh dan semakan tu boleh kluar negara lah ye?
ya. boleh. tapi ada sangkut ptptn tak? sbb ada kes, check online lepas, masa g beli renew pasport, x lepas
kalau ada saman polis kenderaan bole travel ? tp check xde halangan , masa buat passport pun pegawai tu x cakap pape pun dy ckp lepas yekew ? sebelum buat passport diaorang dah check dulu kn kita clear ke x ?
saman xde kaitan dgn imig..
Thanks for info.. Risau plak bila tarikh nak keluar negara tu tetiba kena blacklist. Sekarang masih ok.. huhu
Saya rasa kena ke kaunter imegresen untuk betul2 confirm. Takut sistem ada ralat je..
Kalau ctos tak bayar bil internet sekatan imigresen jgk ke?
Klu kita blm ada passport, check tiada halangan. Mksud lpas la. Ke tggu ada passport br blh check
check dgn ic jer..
mcm mna nak semak sekarang. laman web pun x boleh nk buka ni
ok dh dpt sspi.imi.gov.my/sspi/index.php?page=sspi/bm
Klau blacklist, dlm negara masih boleh lagi kan? utk penduduk sarawak kalau masih dlm negara pakai ic je kan?
dlm negara xde mslh klu blacklist. nak masuk sbh srwk ada form khas. Kecuali kerajaan negeri sana blacklist.. Kat sini tak dpt check samada blacklist ke x nama kita di sana.
Ooo… mcm tu.. nak tanya, kalau kita bawa anak sepupu (penduduk sarawak) bawah 12 tahun bersiar (sarawak ke negeri lain), tak perlu apa² dokumen lain tak selain surat beranak / atau mykid?
bwk je.. sng apa2
passport dah boleh renew. tapi risau takot2 tak lepas. nk pegi umrah bulan 3 ni..mcm mana ye? risau jugak.
ada hutang ptptn yg dh lama x dbayar? better check with ptptn
Assalam. Sy nk ke indon bulan 9 tahun ni dah cek kt web yg awk bagi, status ‘tiada halangan’. Tpi ada pinjaman ptptn dan belum buat bayaran lagi. Dah pergi pejabat ptptn utk tanya samada lepas ke luar negara atau tak. Mereka kata lepas je, takda masalah. Mereka dah tarik sistem cmtu. Sy cuma risau kalau tetiba tak lepas masa cek immigration kt airport nanti. Camna ye?
rsnya ptptn dah xde isu dah skrg.. sejak kerajaan baru..
Salam,saya ade hutang bank,bisnes loan .. Da 10 tahun lepas x dapat bayar, jumlah hutang 15k,tapi baki hutang tinggal 12k,sampai skrg x mampu bayar,saya dah dikira blacklist kn? Saya memang x bole keluar negara kn? Mohon pencerahan tuan
tuan dah check online seperti link yg saya bagi di atas?
salam..nk tnya..sy dh check laman ptptn tp tk blacklist tp bila sy masuk semakan imigresen dia bgtau sila rujuk jabatan imigresen berdekatan.
mgkn ada rekod jgk. call ptptn confirmkan btul2.. kena call better.. then check jgk imig..
kalau blacklist saman polis jpj, trafic, xblh kluar negara ke ??
itu tak kot.. aslkan clear dgn imig
saya nak taya kalu saya ada masalah kat bini saya org indonesia boleh tak…ada masalah kat c.o.m dia….boleh tak email kat saya
saya x faham soalan encik
Apakah maksud ralat 002
sy rs technical prob dorang
Salam..sy nk ke medan 6hb april ni..bile check ade keluar sila rujuk ke pejabat imegresen terdekat..kalau sy diblacklist mcm mane nk bg clearkn nama tu?kalau nk clearkan nama ambik masa yg lama ke?sbb lg seminggu nk ke medan..tiket dah beli.
kena segera semak dengan ptptn/imigresen. kalau tak, memang tak lepas nanti. cthnya kalau sangkut ptptn yg dh lama x byr, boleh consult utk byrkan kos aktif smula akaun ptptn tu. n ambil ujrah. ini benda serius. klu x, mmg burn tiket tu nt
Tumpang tanya sikit kalau semasa membuat semakan di imigresen dan status disana memberitahu kita sila datang ke pejabat imigresen apakah maksudnya. Adakah kita akan ditangkap?
cik ada mslh ptptn? klu ada, segera ke ptptn. klu bukan, boleh semak dgn imigresen sndr, dr segi apa. dorang xkn simply tangkap..
Kalu nak g umrah tapi ada blaclist mara sbb personal loan boleh ke?
salam ..sy nak buat umrah 23 hb ni..nama sy baru nak masuk ccrist ..chek online tiada halangan rasanya tiada apa2 masaalah ke?
nama nak baru masuk ccris? utk kes loan apa? slalu klu mslh ptptn je
personal loan.
sy dh cek on9 alhamdulillah tiada halangan ..tp sy ragu2 sbb sy ad personal loan yg sangkut..so mcm mn tuk sy cek detail ye?perlu ke imigresen ke?atau jabatan lain?
saya x pasti sis. mgkn bleh check dgn imig ke?
ok tq sis.
hi nak tanya, kami mahu pergi ke kuching, ada seorang penumpang dia blacklist bank. maksudnya bukan PTPTN. dia boleh pergi ke Kuching atau tidak. atau perlu dapatkan kebenaran pihak imigresen atau bagaimana. saya takut bila sampai di Kuching Airport dia tidak dibenarkan masuk ke kuching.
Sudah check tiada halangan tapi saya ada cukai tertunggak 3 tahun berjumlah rm8000, rasa2 lepas tak?
klu based mcm Che Ta punya kes, tsekat sbb cukai kan? not really sure lepas ke x
Che ta tu bila check tiada halangan jg ke?
x tau la plak saya dia check ke x.. yg pasti dia disekat sbb cukai.. https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2016/11/02/akibat-cukai-tertunggak-che-ta-disekat-ke-luar-negara/
saya ada blacklist Mara bermula 2016. 2018 baru saya tahu saya ada blacklist tu. kalau saya nk ke Thailanda rasa2 lepas tak? sbb dekat imig lepas, nk buat passport pun lepas. mohon penjelasan sis.
Nak tahu juga..lepas x kalau ada blacklist mara..sebab check online imig lepas tiada halangan..
Personal loan & edu loan dah x de efek kan? Selebihnya saya x pasti..
Kiranya personal loan atau edu loan under Mara mmg Mara xkan blaclist dengan imigresenye..saya x berapa faham sangat..
serasa sy bgitulah. sbb ptptn pun dah x buat sekatan.. sy x berani confirm pasal ni.. hehehe..
Hi , My name capture under CTOS for 1 court case with Kastam.
Actually m not longer the director of the company from year Jan 2016 but the court case bring on year Jan 2017. I have email to CTOS with the updated SSM & court letter which my name not longer in the hearing. The CTOS requesting for release letter from the Kastam but Kastam request to use the letter from the court. Please advise what the next action i should take on this
Hi. I’m not in the position to advise on this matter. Please check with MyCTOS website & all 1st.
nak tanya..nama sy tiada halangan untuk keluar. tapi sy ade sangkut dgn ptptn. macammana ye? perlu cek dgn imigresen or ptptn?
dah bleh ke berjalan wpon sangkut ptptn skrg ni? dah approve ye by ptptn? cek dgn ptptn better..
Kalau masih ada hutang dengan kastam berkaitan GST akan ada sekatan x?Dah check online tiada halangan tp takut juga…sbb nak ke luar negara mgu dpn.
Maaf. Saya x pasti
Saya blacklist bank islam, sebb acc saya digunakan untuk menipu org atas talian, adakah blacklist ini kekal, atau akan hilang bila saya settle kan kes?
sebaiknya selesaikan dgn bank dan bank negara utk clear dari blacklist once settled. kaitan dgn imigresen, sy x pasti..
Saya nak pergi Umrah tetapi nak sama Di halang sbb Bankrupt tak bayar Pinjaman Rumah. Sekarang saya duduk rumah sewa dan sbb tak mampu bayar Hutang Pinjaman. Tak pergi Immigeresen sbb takut kena bayar. Ada cara penyelesaian ke?… Terima Kasih
Sudah bankrupt ya? Cuba pergi ke insolvensi dulu, tanya pegawai di sana, ada procedure kna buat utk org bankrupt dptkn kebenaran untuk ke luar negara. Wallahua’lam.
Saya dah lama tak bayar aeon credit hutang. Maknanya blacklist ke? Bole saya pergi Singapore?
saya kurang pasti ttg hutang cc..
Saya ada hutang credit card,tp below rm3k..sy pun dh check kt website,mmg x de halangan.. so nak tnya, rasa2 lepas tak klu saya nak ke luar negara?
CC xde kaitan
Hi saya takde hutang mane2, tapi ada saman polis trafik+waran tangkap. cek website takde halangan tapi visa direjek. blh tau knp tak tq
visa kena reject ada macam2 faktor.. encik boleh try google penyebab visa kena reject. salah satu ialah kurang lengkap docs, fail interview, sponsors x lengkap details, dan banyak lg
Saya buat semakan keluar negara tapi jawapannya ralat teknikal 002…apa maksudnya..
ada gangguan semakan kot.. sistem dorg
Apa erti ralat teknical 002 , aja keluar immigration check status
ada gangguan semakan kot.. sistem dorg
Ak juga cek ..tulis ralat teknikal 002 .. kenapa lak ini . Ak gak Ada hutang apa .. last yr baru overseas
sy rs technical prob dorang
kalau ctos halang ke luar negara jugak ke if hutang 1.8k ?
hi …sya nk tanya kalau x byr 6bln hutang court mamonth..bleh ka pi luar negara
Salam nk tnye, kalau blacklist maxis tapi check imigresen tiada halangan, lepas ke maksudnya
Emegresen malaysia ngan Singapore sistem sama ker…
Atau Kat malaysia kite Lepas…
Tapi Kat Singapore plak sangkut…
hi. nak tanya, saya ada blacklist telco. tapi bila saya check sspi tu dia tulis tiada halangan so mmg boleh ke luar negara ke macam mana?