Wed. Mar 19th, 2025

LINDUNGI MATA ANAK DENGAN CERMIN MATA ANTI BLUE LIGHT OPTOM BANGI

LINDUNGI MATA DENGAN CERMIN MATA ANTI BLUE LIGHT OPTOM

Anti Blue Light | Sedar-sedar, PDPR dah masuk 2 tahun kan? Dan dalam tempoh 2 tahun berada di rumah ini, Mommy yakin, mata anak-anak kita banyak terdedah dengan gadget kan. Orang yang berkaca mata pasti tahu yang cermin mata mereka mempunyai kelebihan menapis cahaya warna biru. Ini disebabkan cahaya warna biru akan memberi kesan kepada mata iaitu mata cepat letih dan pandangan terganggu.

Jadi, bayangkan anak-anak kita melihat skrin gadget tanpa apa-apa tapisan, dalam tempoh yang agak lama. Apa kesannya?

CERMIN MATA ANTI BLUE LIGHT OPTOM

Dengan PDPR setiap hari yang memerlukan mereka menggunakan gadget, pasti akan mengundang keletihan di mata mereka. Paling merisaukan jika ia memberi kesan yang lebih buruk seperti rabun dan silau.

Korang tahu tak ada cermin mata anti blue light yang boleh lindungi mata anak-kanak?

Mommy dah dapatkan sepasang cermin mata dari OPTOM Eyecare Bangi untuk Hannah.

KENAPA MOMMY PILIH CERMIN MATA ANTI BLUE LIGHT OPTOM?

LINDUNGI MATA DENGAN CERMIN MATA ANTI BLUE LIGHT OPTOM

1. Melindungi mata dari cahaya biru gadget

LINDUNGI MATA DENGAN CERMIN MATA ANTI BLUE LIGHT OPTOM

Melihat kepada tujuan asal Mommy memilih cermin mata anti blue light ini disebabkan fungsi utamanya untuk mengurangkan keletihan mata dalam situasi penggunaan skrin gajet atau komputer yang berpanjangan.

2. Material khas mudah lentur dan tahan

LINDUNGI MATA DENGAN CERMIN MATA ANTI BLUE LIGHT OPTOM

Mommy puas hati dari segi kualiti cermin mata untuk Hannah ni. Ye la, budak-budak. Kadang-kadang tu letak merata. Aktif pula. Jadi, tak terlalu risau dengan material spek ini.

3. Direka untuk rasa lebih ringan sesuai dengan aktiviti kanak-kanak

Boleh dikatakan masa lebih banyak dengan gadget seperti tv, pc dan smartphone sepanjang kita perlu berada di rumah. Jadi, cermin mata yang ringan dan tahan lasak pastinya menjadi ciri utama untuk ibu bapa pilih.

4. Fitting frame-face direka tak mudah tertanggal

Just nice je kan bila Hannah pakai. Ngam elok dengan muka walaupun Mommy tak perlu ke kedai pun. Jadi tak perlu risau kalau mereka memamaki cermin mata ini walaupun sedang beraktiviti lasak. Senang sangat dengan OPTOM Eyecare Bangi ni.

5. Pelbagai design dan warna pilihan

Cuba lihat pilihan yang diberikan. Banyak kan? Cuma tinggal pilih je warna kegemaran anak.

BACA JUGA : APA AKAN JADI KALAU TAK CUKUP TIDUR?

Ramai dah memilih OPTOM untuk anak-anak mereka. Anda bagaimana?

BAGAIMANA NAK DAPATKAN CERMIN MATA ANTI BLUE LIGHT OPTOM INI?

Kalau anda pun nak dapatkan cermin mata ini untuk anak-anak anda, boleh layari Facebook mereka https://www.facebook.com/optombangi/

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

One thought on “LINDUNGI MATA ANAK DENGAN CERMIN MATA ANTI BLUE LIGHT OPTOM BANGI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!