15/06/2024 1:37 AM
CARA HILANGKAN EYEBAG DENGAN BAHAN DI DAPUR

EYEBAG atau lingkaran gelap bawah mata atau mata panda ni memang bikin rupa terjejas kan? Tambah-tambah sebagai perempuan, stress betul. Memang mengganggu penampilan.

CARA HILANGKAN EYEBAG DENGAN BAHAN DI DAPUR

Nak kena cover dengan concealer bagai. Tetapi, sampai bila nak ‘conceal’ jer? Nak tak nak, kena la cari solution kan?

Antara sebab utama adalah kurang tidur, letih, alergi, penuaan dan macam-macam lagi.

ARTIKEL BERKAITAN : CARA KENALI KULIT SENDIRI

Jom kita tengok bahan dapur yang boleh digunakan untuk hilangkan masalah eyebag ini.

CARA HILANGKAN EYEBAG DENGAN BAHAN DAPUR

1. Timun

Cara : potong timun yang sejuk dan letakkan di mata.

Kesan : membantu mengurangkan kerengsaan di sekitar mata.

2. Ubi Kentang

Cara : kupas, bilas dan simpan ubi kentang di dalam peti sejuk semalaman. Esok pagi, boleh bilas dan potong menjadi kepingan halus. Letakkan di mata selama 5-10 minit. Buat 3 kali seminggu.

Kesan : membantu memudarkan lingkaran hitam bawah mata.

3. Lemon

Cara : rendam kapas di dalam jus lemon dan dap (tepuk) lembut di bawah mata.

Kesan : perahan jus lemon kaya dengan vit C bertindak membantu mata keletihan dan kelihatan bengkak.

4. Minyak badam

Cara : urut kawasan bawah mata dengan minyak badam setiap pagi atau sebelum tidur. Boleh apply setiap hari.

Kesan : mencerahkan kawasan mata.

5. Daun teh

Cara : rendam tea bag di dalam air suam dan biarkan dalam peti sejuk selama 5-10 minit. Kemudian, letakkandi atas mata selama 5 minit.

FAKTOR LAIN

Sekalipun kita pakai apa produk sekalipun, faktor lain tetap kena jaga. Antaranya elak tidur lambat, banyakkan minum air kosong dan senaman ringkas untuk kesihatan.

Moga dengan tips di atas boleh membantu masalah menghilangkan eyebag.

Kalau skincare range, Mommy cadangkan korang cuba produk Loccitane. Mommy dah guna almost 8 bulan tau. Serasi sangat.

1 thought on “CARA HILANGKAN EYEBAG DENGAN BAHAN DI DAPUR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!