Masuk hari ke 2 Mommy di Mt Soerak, Korea. Pagi ini kami perlu check out dari Del Pino Resort untuk destinasi seterusnya. Kalau semalam kami dah jejakkan kaki ke Nami Island, destinasi hari ini ialah ke Teddy Bear Museum yang cuma jaraknya tak sampai 1 km dari Del Pino Resort.
Artikel berkaitan : Korea Trip (Day 1) – Nami Island
Jalan kaki pun boleh tapi bagusnya tour guide kami, mereka tetap menyuruh kami menaiki bas dan dibawa betul-betul depan Teddy Bear Museum. Tak caya? Tengok ni..
Sebelum ke muzium ini, kami bersarapan di resort terlebih dahulu. Kat sini, lepas makan je, korang kena angkat sendiri pinggan mangkuk semua ke kawasan yang disediakan. Kena kemas sendiri meja tau. Patutla orang Korea disiplin kuat. Tak biar kita jadi malas. Huhu
Sebelum tinggalkan Del Pino, Mommy sempat posing dulu depan resort ni. Cantik sangat pemandangannya.
TEDDY BEAR MUSEUM SOERAK, GOSEONG-GUN, KOREA
Jaraknya yang sebelah Del Pino sahaja, kami tiba ke sini untuk lihat big size Teddy Bear. Saiz normal dan kecil pun ada, tapi yang pasti memang unik la. Dah nama pun muzium kan. Mesti lain dari biasa.
tapi tu lah.. segala cerita pasal bear tu dalam bahasa korea. Harap faham sendiri je la tengok-tengok bear dalam ni. Haha. Untuk kanak-kanak mesti dorang teruja giler bila tengok ni. Hannah pun tak henti-henti tanya itu ini.
Tengok ni.. Besar kan?
Siap bernafas..
MT SOERAK; SEORAKSAN NATIONAL PARK & GWEONGUEMSONG FORTRESS CABLE CAR RIDE
Destinasi kami seterusnya ialah ke Mount Soerak. Atau nama tempatnya dipanggil Soeraksan National Park.
Kawasan ni memang luas sangat dan kami akan ke Gweonguemsong menaiki cable car. Mujur cuaca mengizinkan kami ke atas sana dengan mudah. Masa ni cuaca sejuk lebih kurang 3 ° gitu.
Naik cable car ke Gwongeumseong Fortress tak sampai 5 minit pun. Bab tiket, mohon semak sendiri di google ye. Iols dalam pakej so memang tak ambil port sangat bab harga. Ampun. Haha.
Cantiknya subhanallah. Dah nampak salji dari jauh. Huwaaa.. Kebesaran Allah.
Kemudian kami naik ke atas (panjat tangga tinggi jugak) untuk lihat sendiri keindahan Gwongeumseong dari atas. Orang muda kemain slow je memanjat, tengok orang2 yang naik ni ada je warga emas tau. Jangan nak malas sangat panjat tangga. Bukit kat Taman Negara lagi tinggi tahu? (ayat Mommy marah kakak-kakak Mommy yang malas panjat.
Apapun tahniah juga buat kakak-kakak Mommy yang berjaya naik sampai atas juga walaupun semput. Haha.
Selepas hampir sejam di sini, kami turun ke bawah menaiki cable car untuk ke destinasi seterusnya. Sempat la minah-minah korea ni ajak i posing. “Malaysian.. Malaysian..” Dia panggil. Layan je la.
LUNCH DI SEAFOOD RESTAURANT
Menurut Mr Daud, tempat ni namanya Pokkol. Nampak je bangunan merah cantik ni, korang boleh berhenti makan di sini macam kami makan. Sengkak perut beb. Sedap sangat! Ada seafood. Puas Mommy makan ketamnya tu. Nyummmss.
DAEPOHANG PORT
Singgah sekejap di Daepohang Port atau Daepohang Fish Market di mana mereka menjual ikan fresh (raw) dan ikan yang siap masak. Tempat ni membuka mata Mommy la juga sebab banyak ketam luar biasa saiz yang Mommy tengok. Huhu.
VIVALDI SKI PARK
Kami teruskan perjalanan ke hotel kedua kami iaitu di Daemyung Resort Vivaldi Park in Hongcheon-gun, Kangwon, South Korea. Hari kedua ni kami tak ke Seoul lagi. Jauh sangat ke Vivaldi ni. Memang siap tidur dan jalannya ada yang macam ular kena palu. Mabuk la sekejap. Kakak Mommy siap muntah. Haha. Get ready dengan minyak angin atau gula-gula Hacks. Macam Mommy, kunyah je gula-gula hacks dan sapu Deep Heat Lotion kat kepala. Boleh untuk pening juga tau..
Masa dalam perjalanan ni kami realize yang suasana luar dah macam malam. Tengok jam baru pukul 6 petang. Aik? Dah macam pukul 9.
Singgah makan lagi. Alaaaa. Perut dah kenyang sangat yang makan tengah hari tadi. Jadi makan sikit je dinner. Pun sedap juga. Adoii. Bertuah sungguh kami. Semua tempat best.
VIVALDI SKI PARK
Sebelum ke Vivaldi Park Hotel, kami singgah ke ski shop untuk sewa pakaian dan boot kalau nak masuk ke Vivaldi Ski Park nanti.
Rules sekarang ni, nak masuk Vivaldi Ski Park pun kena sewa baju n boot. Kalau nak main ski, pun sama. Kena sewa baju. Tapi kasut ski tu sewa kat Vivaldi Ski Park nanti.
Kos
- Masuk je – 30000 won (tiket masuk + sewa baju + boot)
- Main ski – 60000 won (tiket masuk + sewa baju + ski equipment)
Kalau takde sarung tangan kalis air, sila beli. Murah je rasanya.
Mommy cuma pilih pilihan 1 sebab nak jimat kos walaupun nak juga cuba ski. Maybe next time. Pening juga nak mix and match baju kalis air ni. Nasib Mommy dapat yang ok la juga rupa tu. Huuuu
Sebenarnya Vivaldi Park (hotel) dan Ski Park tu bertentangan je. Lepas check in, kami cuma jalan kaki je ke ski park tu. Syok weh. Tetiba teringat 1 scene masa Lee Min Ho ajak si duyung tu main ski. Kat sini lah. Huyooo. Bestnya Mommy dah sampai sini. Lee Min Ho.. I love uuuuu..
Berkaitan : Album TRIP TO KOREA (2ND DAY – 12/12/2016)
Vivaldi Ski Park ini merupakan 2nd Oldest Ski Slopes dan ia sangat sesuai untuk ski & snow boarding tak kira siang dan malam. Even jam 3 pagi pun masih ada yang main ski. Syok woo..
Jom main salji.. Hehehe.
Untuk Daddy & anak-anak Mommy.. Love and miss u..
Nah special untuk founder KBBA9 & semua kawan-kawan KBBA9. Sori tak tulis nama semua orang. Kebas dah jari Mommy ni. Huu..
Mommy pakai snow cap yang dalamnya ada anak tudung. Hehe. Cool jugak kan? #perasan
Akhirnya kul 1030 kami pulang ke hotel. Nampak asap berkepul tu? Tu sebab dalam bilik pasang warmer. Suam je rasa. Mommy lepak lobi satu level dengan bilik untuk contact anak2 dan update IG malam tu..
Akhirnya Mommy dapat stay hotel yang ada ‘paip’ air walaupun elektronik. Hehe. Kami stay 4 orang dalam 1 bilik kali ni. Selesa gila..
Esoknya, Mommy dapat tahu yang Mt Seorak yang kami tinggalkan semalam dah naik salji lebih 20 inci. Fuh.. Selamat perjalanan kami. Heee.. Tapi dalam hati tetap berharap ‘bertemu’ salji. Amin..
Bersambung..
wow boleh masuk wishlist ni…tabung mana tabung? >_<
hahaha sila-sila menabung..
best ni… sejukk tu dpt dirasai.
bersihnya negara diaorang kan, sejuk mata memandang!
yup.. xnampak kotor lgsg.. toilet pn sntiasa bersih..
yang ni meanarik.. huwaa tak sabar.. nak masuk dlm list ni..tp kne check dlu pjalanan.
yezza. ni jauh gak nak pergi. mmg ke dalam kg