Fri. Oct 4th, 2024

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK 58

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK | Mommy khaskan entri ini untuk persediaan Mommy ke Korea, musim yang dilalui ialah musim sejuk.

CHECKLIST KE KOREA (WINTER)

Ini antara checklist ke Korea yang Mommy buat untuk persediaan Mommy ke sana pada 11 Disember – 15 Disember 2016 yang lepas.

1. PASSPORT

Pastikan korang bersih dari segala sekatan seperti disenarai hitamkan oleh Imigresen. Korang boleh periksa status kawalan Imigresen korang dahulu sebelum ke luar negara. Andai ada sekatan, sila cepat-cepat selesaikan.

Antara masalah yang korang akan hadapi andai ada sekatan dari Imigresen, ialah korang takkan dapat buat atau renew passport korang pun. Antara penyebab utama ialah masalah PTPTN.

Sila selesaikan dengan pihak PTPTN terlebih dahulu untuk lepaskan diri dari nama disenaraihitamkan. (UPDATE : Sekarang dah tiada sekatan sebab ptptn dah rasanya)

2. PAKAIAN MUSIM SEJUK

Mommy dimaklumkan pihak agensi pelancongan yang suhu ketika tarikh Mommy travel dianggarkan 6 degree sehingga -3 degree. Sejuk tu.. Tapi apa yang Mommy lalui dari 5 degree hingga -8 gitu. Fuhhhh..

Untuk pakaian musim sejuk, Mommy rujuk entri TIPS PAKAIAN MUSIM SEJUK yang pernah Mommy buat baru-baru ini. Penting sangat untuk korang dapat sedikit idea andai korang nak ke tempat yang bermusim sejuk ni.

Part LAYER BY LAYER ni memang perlu dititikberatkan. Ye lah.. kalau tak betul-betul ambil berat, takkan nak stay dalam hotel je? Sebab sejuk kat luar kan? Huhu. Inshaa Allah.

Antara pakaian yang Mommy sediakan ialah :

PAKAIAN

1. Long John/ HeatTech Legging & Shirt (Decathlon – RM39 baju, RM19 seluar, Uniqlo Legging – RM39) – 2 set (baju + seluar) – 1st layer

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK
1st layer

My advise : sediakan 2 pasang jenis wool (ada bulu lembut bahagian dalam untuk elak gatal-gatal kalau bukan berada di tempat sejuk). Mommy prefer fresh warm shirt Decathlon, tapi seluar, Mommy rasa kena cari yang lebih bagus dari Uniqlo. Yang decathlon tu pun ok juga.

Peringatan: Jangan pakai 1st layer tu (long john/heat tech) tu di sini. Kang korang menggaru. Mungkin sebab kulit sensitif juga kot.. Ia sesuai dipakai di tempat sejuk je.. Haha. Mommy pakai masa di airport Incheon. Masuk je bilik hotel, terus menggaru. Hahaha.. Jangan lupa guna Magic Body Lotion Cosmoderm sebelum pakai.

2. Wool Sweater / Tshirt turtle neck (Brands Outlet – RM50, Uniqlo Heatech – RM50) – 2 pasang – 2nd layer

3. Tshirt biasa (pakai je shirt yang ada) – 2 pasang – 3rd layer

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK
2nd & 3rd Layer

4. Winter jacket (below -10) (Winter Time – RM552. Mujur ada sale ni.. Harga asal RM788) – 4th layer

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK
4th Layer

EARMUFF & NOSE MASK

Berguna sangat sebab kesejukan di Korea boleh menyebabkan korang rasa sejuk bahagian telinga dan pipi.

Nose mask sangat berguna untuk buat korang stabil bernafas dan elak kebas mulut serta hidung berair. Beli siap-siap pun ok, nak beli kat GS25 (macam 7e) kat sana pun ada je.

HAND GLOVE

Sarung tangan leather (Sox World – Leather RM40, Uniqlo Heatech RM40, Daiso RM5)

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK
CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK
Ni beli syok-syok. In case tak cukup tebal. Haha. Rupanya berguna juga.

Peringatan : Make sure korang test kalau nak pakai berlapis. Takut tak bergerak pula jari tu. Lagi satu, cari yang jenis boleh touch screen phone ok?

Jenis leather paling sesuai sebab ia dapat elak kesejukan melampau dan kebaskan jari. Serta dapat elak air meresap.

WINTER SHAWL / MUFFLER / NECK COVER

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK

Pic atas ni sebenarnya Mommy nak gunakan sebagai neck cover. Tapi Mommy gunakan juga sebagai snow hat masa Mommy di Vivaldi Ski Park untuk main salji. Boleh cover sejuk kepala.

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK

Muffler memang membantu Mommy di sana memandangan Mommy tiada nose mask. Terima kasih Dayah pinjamkan muffler. Nasib bawa, kalau tak, seksa gila nak bernafas.

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK

JEANS

Jeans best Mommy suka sekarang ni brand H&M dan Brands Outlet. Nak repeat beli. Hihi. Jenis stretch tau sebab nanti kalau pakai berlapis-lapis pun tiada masalah. Kalau tak strecth, takut kurang selesa, ketat dan susah bergerak.

STOKIN

Stokin (Sox World – RM16 x 2) – 2 pasang

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK

Kalau nak beli stokin tebal, pastikan kasut korang pun bersaiz besar. Mommy beli ngam-ngam je sebab nanti nak pakai hari-hari. Kalau korang beli kasut yang sesuai untuk winter, ok je saiz besar dan muat jika pakai stokin tebal.

PONCHO / RAINCOAT

Salji lebat ibarat hujan gak. Agak annoying berjalan dalam keadaan salji turun. Orang Korea ada yang guna payung. Terpulang nak ada ke tak. Mujurlah salji masa Mommy pergi tu, walaupun turun lebat, tapi tak lama. Jadi tak la basah sangat.

HANDBAG / BACKPACK / PEN

Handbag silang untuk mudahkan pergerakan (letak wallet)

Backpack (letak passport, cosmoderm cream, hand warmer, botol air, etc)

Pen – Simpan je dalam sling bag korang. Apa-apa borang nak isi nanti, mudah sikit. Contohnya borang ketibaan untuk diserahkan di Imigresen sana.

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK

3. KASUT

Kasut pilihan Mommy, konon-konon nak cari Winter Boots. Pastu fikir semula, memang la winter boots sesuai, tapi bukan setiap tahun Mommy travel time winter. Macam membazir. Jadi, Mommy cari Sport Shoes Converse je. Eh Sport Shoes ke eh gitu? Huhu. Katanya ni Counter Climate. Materialnya tak serap air. Kalis Air la. Harap berkesan lah untuk menahan kesejukan sekali. Harga? RM370 gitu kot.

Grey pilihan Mommy

Tapi jika korang pergi masa musim salji yang agak tebal, dinasihatkan beli kasut yang sesuai seperti boot. Licin dan basah kalau sport shoes biasa.

Selepas beberapa trip, Mommy advise korang beli Skechers lah. Lagi bagus.

4. PELEMBAB MUKA, BIBIR, LOSYEN BADAN COSMODERM

“Ko jangan ambil mudah beb. Tambah-tambah kita yang tak biasa dengan sejuk sangat ni. Manalah tahu kita tak tahan.”

Adoi.. risau pula bila ada kawan-kawan yang cakap macam tu. Mommy ni memang tak tahan sejuk pun. Mandi kat Rainbow Waterfall, orang lain rilek je stay lama, Mommy dah lari. Haha. Inikan pula musim sejuk yang tak pernah Mommy lalui. Risau juga. Jadi, Mommy perlukan pelembab muka dan bibir.

Mommy gunakan Travel Pack Cosmoderm sepanjang Mommy di Korea. Waktu pagi tu Mommy akan sapu seluruh badan dengan Magic Body Lotion, dan Vitamin E 3000 untuk wajah Mommy.

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK

Memang berguna sangat sebab cuaca sejuk ni, hidung asyik meleleh je. Sampai kering bawah hidung. Nak elak luka, Mommy sapu je masa tengah pedih tu. Memang tak sempat luka. Fuh.. Sentiasa bawa je dalam backpack Mommy.

5. SPEK HITAM

Ini sekadar untuk bergaya, jadi bolehlah nak bawa. Hehe. Tapi kalau salji tebal, katanya cahaya putih memantul ke mata. Mommy tak lalui salji tebal, jadi no advise on that.

6. HAND WARMER

Mommy beli ni juga di Daiso. Kat kedai macam Universal Traveller semua tu pun ada jual juga. Harga boleh tahan. Ini satu peket ada 8 pcs dan harganya RM5.30.

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK
  • Caranya letak dalam poket jaket tu. Nanti pegang kalau sejuk. Ia akan hangatkan tapak tangan dan jemari korang. Sangat-sangat penting ni. Beli 2 pek untuk seorang.

7. TOILETRIES

Item wajib ni. Walaupun korang ada plan taknak mandi. Haha. Selalunya musim sejuk memang tak busuk. Eh ye ke? Bawa la Tuala, Berus Gigi, Pencuci Muka dan sebagainya. Cecair perlu disimpan di dalam cargo ya.

Hotel yang Mommy stay memang selesa je. Boleh je mandi. Kalau yang sengaja taknak mandi tu memang malas la tu. Haha. Dalam hotel kan ada warmer.

8. UBAT-UBATAN

Ubat kegemaran Mommy semestinya Peppermint. Ia bukan ubat tapi Essential Oil. Sangat-sangat berguna di apa jua keadaan sekalipun. Contohnya masa Mommy mabuk masa bas menuju ke Vivaldi Park. Jalannya ala-ala naik ke Bukit Fraser. Pening sekejap.. GULA-GULA Hacks pun membantu sangat.

Antara ubatan lain, boleh bawa Panadol, Panadol Menstrual, ubat tahan sakit, ubat tahan muntah, minyak gamat dan apa jua ubatan yang dirasakan perlu.

Memandangkan Mommy jenis cepat lenguh kaki, Mommy dah ready Deep Heat Lotion Cosmoderm*. Yang disediakan sekali dalam Travel Pack Cosmoderm (percuma sementara stok masih ada*)

Nampak? Gigih back up macam-macam. Jangan sampai sakit mengganggu percutian gitu. Sebelum tidur, Mommy akan sapu. Memang tak rasa sengal-sengal walaupun banyak  berjalan.

9. GADGET STUFF

Jangan dilupakan item-item wajib di bawah ni ye:

  • Kosongkan gallery fon
  • Camera
  • Adapter – 1 travel adapter dah cukup, then kita guna plug extension untuk caj semua gadget yang ada
CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK
CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK
  • Charger
  • Power bank (bawa lebih takut cable / powerbank korang meragam)
  • Waterproof casing (berguna masa main Ski)
  • Plug extension
ybtravelogue_trip to korea_day 1_nami island_mount soerak_del pino resort (97)
  • External usb storage (OTG Storage) yang jenis portable. In case fon korang dah hampir habis storage. Mommy dah lalui ni. Nasib ada external usb storage. Sebab sah-sah korang akan banyak bergambar. Ini serius.

SEWA POCKET WIFI : ONLINE DI MANA-MANA JUA KORANG BERADA

10. BOTOL KOSONG DAN BEKAL MAKANAN

Makanan tambahan, seperti sambal ikan bilis, makanan segera Brahims, roti kering, sardin untuk makanan back up dan minuman 3 in 1. Mommy cuma guna minuman je sepanjang di Korea ni. Makanan backup tak perlu sebab makanan yang tour guide bawa kami makan dah teramat sedap.

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK

Botol kosong dan wet tissue perlu dibawa setiap masa untuk kemudahan beristinjak. Hihi. Mommy ada botol jenis plastik kemek ni. Jimat space. Hii. Dapat free dari mana entah. Huu.. toilet di sana memang tiada air. Hotel pun ada certain je toilet yang ada air pancut tu.. heee

11. TUKARAN MATAWANG

Buat pertukaran mata wang sebelum pergi ke airport. Tukarkan ke mata wang korea iaitu Won/ Dollar.

Ambil tahu tukaran mata wang KRW – MYR. Kat internet, 2016 – 1000 WON = RM3.74

Masa Mommy tukar duit kat Money Changer, Mid Valley 05/12/2016 baru ni, kadar tukaran ialah:

RM 1 = 259 WON

1000 WON = RM3.85

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK

Mommy memang tak bawa banyak. Sebab takde bajet dah. Habis kat preparation ja. Huhuhu. Dasyat-dasyat. Tapi, kalau nak join Ski di sana, harganya 60000 won.

Cara kiraan cepat untuk compare harga won dan harga RM ialah dengan cara dibawah:

5000 won ÷ (bahagi) 257  = RM19.50

Tips : Tukar duit won kecil-kecil sket. Kalau korang dapat 100000 won.. 50000 won.. tu dikira besar. Nanti belanja pun laju je. Pastu stress sendiri sebab tak sedar duit dah habis. Hahaha.

12. BELAJAR BAHASA KOREA

Ambil tahu bahasa mereka sikit-sikit. Tapi Korea sekarang dah celik English, but still kena bersedia juga. Macam Mommy pergi ikut pakej, mungkin tak risau sangat kot. Tapi, sekurang-kurangnya belajarlah Apa khabar, Hi, Terima kasih, Maaf, Ya, Tidak.

  • “Annyeong haseyo” – Hello / Apa khabar?
  • “Annyeonghi kaseyo” – Selamat jalan
  • “Kamsa hamnida” – Terima kasih
  • “Choesonghamnida/Mianhamnida” – Maaf
  • “Ne” – Ya, “Aniyo” – Tidak/Bukan
  • “Olma-yeyo” – Berapa?
  • “Hana” – Satu (1), “Tul” – Dua (2), “Set” – Tiga (3)
  • “Chon-won” – 1000won
  • “i-chon-won” – 2000won
  • “sam-chon-won” – 3000won

Tahukah korang, masa snap gambar di sini, orang Korea suruh kita sebut “Kimchi”. Sengih betul la kalau sebut word tu kan.. dah takyah sebut peace segala bagai.

13. LUGGAGE DAN PENANDA

Untung kalau pergi dengan pakej ni. Sebab akan buat group check in. Kalau terlebih muatan tu, pandai-pandailah kan. Jangan lupa tag bag korang. Tak kisah la nak ikat macam ni ke, nak letak riben ke. Buat je.

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK
Beli di Daiso je

14. BARANG TERLARANG

Jangan bawa Note 7. BETUL! Semua airport larang dah ni.. Hihi. Barangan yang dikategorikan senjata tajam, bergas tidak boleh dibawa menaiki kapal terbang. Cecair perlu disimpan di dalam kargo dan Powerbank boleh dibawa di dalam hand luggage.

15. PENGINAPAN, MAKANAN, SOLAT & PENGANGKUTAN

Mommy akan kongsikan pengalaman ini di entri lain memandangkan semua perkara ini diuruskan pihak Travel. Tekan sini > Travel to Korea

NAK TRAVEL SENDIRI KE KOREA DENGAN CARA MUDAH?

Sangat mudah untuk melancong sendiri dengan Naracards Korea ini.. Kad comel yang muat dalam wallet, memudahkan perjalanan anda sendiri di sana.

https://www.naracards.com/?affid=myapilot

Moga checklist ke korea ketika musim sejuk ini berguna untuk kalian.

PERFECTIONIST?

NOPE.. I’M JUST WELL PREPARED LADY. Miahahaha..

Selamat bercuti.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

25 thoughts on “CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK”
  1. wah bagus ni.. ada beberapa list yang dah ada, ada jugak yang kne standby ni. tips yang sangat berguna.. yeahh tak sabar baca entry yang lain..

  2. Heat patch tu ok tak masa guna kat sana? Ke rasa macam tak panas . Nak beli, tapi ada yang kata yang gambar kanggaro tu lg ok. Hehe

  3. Sis boleh bg tips pasal kasut.kasut sneakers tu licin x kalo p tempat salji?ke kena pakai kasut boot bulu2 tu?

    1. klu winter tebal sgt, kena kasut proper. klu tak, jatuh nt. sport shoes ni klu winter tp tak tebal salji atau xde salji sgt ok la.. kt universal traveller tu ada je jual dlm 100+ gtu.. boot

  4. Waaah bestnya….tk sbar nk ke korea feb 2019.. Sis bole bagi tip tak kasut ape sesuai utk org tua pakai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!