Thu. Dec 12th, 2024

CARA MAKEUP FLAWLESS DENGAN SKIINZ : ADVANCED TRIPLE STEMCELL BB CUSHION PERTAMA DI MALAYSIA

CARA MAKEUP FLAWLESS DENGAN SKIINZ ADVANCED TRIPLE STEMCELL BB CUSHION PERTAMA DI MALAYSIA

SKIINZ | Pernah tak korang rasa malasnyaaaaaaaaaaaa nak mekap. Tapi, kalau tak mekap sikit, kang kusam sangat pula muka. Macam baru bangun tidur je..

Atau.. pernah tak korang rasa, nak mekap simple tapi dalam masa yang sama, nak flawless. Amboi. Banyaknya permintaan. Kalau la Mommy ada kayu sakti sailormoon tu, memang Mommy sumpah muka korang jadi flawless laju-laju. Valet Flawless. Mau? Hahaha..

Ok.. nak cakap pasal mekap laaa hari ni..

Mekap yeay! Siapa suka mekap? Ngaku cepat! Ok kita geng! Kalau tak suka, takkan nak letak niche beauty kan? Meh nak kongsi cara makeup flawless yang mudah!

CARA MAKEUP FLAWLESS YANG MUDAH

Pelembap – Ok rahsia paling utama untuk kulit muka korang sentiasa kekal lembap, gebu dan menonjol kemulusan kulit tu, yang pertamanya korang kena apply Pelembap. Apa-apa pelembap pun tak kisah, asalkan sesuai dengan kulit korang. Sebenarnya Mommy masih tercari-cari lagi moisturizer terbaik untuk kulit Mommy. Lepas balik dari Korea, tetiba kulit jadi dry. Apply bedak pun tak smooth. Sedih.

Air – Selain pelembap, air masak juga sangat penting untuk kulit kekal lembap.

Foundation @ BB Cushion Foundation yang betul – Perkenalkan Skiinz!

CARA MAKEUP FLAWLESS DENGAN SKIINZ ADVANCED TRIPLE STEMCELL BB CUSHION PERTAMA DI MALAYSIA

SKIINZ ADVANCED TRIPLE STEMCELL BB CUSHION

Tak perlu foundation asing-asing dah, tak payah bedak serbuk pelbagai dah.. Ini cara mudah punya nak flawless! Gunakan SKIINZ. Satu-satunya item mudah untuk Flawless!!

Magik tau. Tadi kan Mommy cerita yang kulit Mommy kering kan? Tapi bila Mommy apply Skiinz, kulit macam jadi sekata. Cara apply pula senang. Dap Dap Dap je kulit.

KENAPA PILIH SKIINZ?

CARA MAKEUP FLAWLESS DENGAN SKIINZ ADVANCED TRIPLE STEMCELL BB CUSHION FOUNDATION (4)
credit photographer terjun : Razzwey
  • 2 in 1. Ia adalah bedak yang disertakan foundation. Ringkas!
  • Produk tempatan sehebat jenama antarabangsa. Bagus kan? Jadi kita kena sokong la..
  • Formula rahsia SKIINZ sudah terbongkar! Antara kandungan hebatnya ialah
    • Aqua
    • Malus Domestica Fruit Cell Culture Extract (Triple Stemcell)
    • Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Callus Culture Extract
    • Rhododendron Ferrugineum Leaf Cell Culture Extract (Alpine Rose)
    • Citrus Medica Limonum (Lemon) Fruit Extract
    • Vitamin C, Collagen, Vitamin E
  • Produk yang membantu dalam penjagaan kulit dan memberi kesan awet muda
  • Membantu merawat kulit bermasalah seperti jerawat & jeragat
  • Menegang serta melembapkan kulit, menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan & garis halus
  • Membantu mengurangkan keradangan & inflamasi kulit
  • Memperbaiki sel yang rosak akibat sinaran UV matahari
  • Mempunyai SPF 35 sesuai untuk org Asia dan dapat melindungi kulit daripada sinaran UV
  • Memberi kesan Glowing & Flawless pada kulit wajah

REVIEW MOMMY

Bagi Mommy, SKIINZ patut dimiliki setiap wanita kerana ia sangat mudah digunakan. Dap dap je kat wajah. Tak perlu beauty blender atau berus untuk guna BB Cushion ini sebab ialah adalah 2 in 1.

CARA MAKEUP FLAWLESS DENGAN SKIINZ ADVANCED TRIPLE STEMCELL BB CUSHION PERTAMA DI MALAYSIA

Ia mesra wudhu (aqua based) di mana ia mudah dan pantas dibersihkan.

Sepanjang penggunaan Mommy, ianya tak melekit atau berminyak. Jeragat dan jerawat halus pun sembunyi beb! Best ke best??

Tahan lama terutamanya bahagian dahi Mommy yang selalu berminyak, Mommy dah tak alami perkara tu bila gunakan SKIINZ.

Warnanya yang natural memang sesuai untuk semua jenis kulit. Teksturnya yang halus dan ringan memang tak terasa berat di pipi. Paling penting, harganya berbaloi dengan apa yang kita dapat. Wuhuuu!!

HARGA & CARA PEMBELIAN

Harganya ialah RM89.

Cara beli pula.. beli dekat Mommy. Ala gurau je. Mommy tak jual tau!! Boleh dapatkan maklumat lebih lanjut dari info di bawah.

Website: www.skiinz.com.my

Facebook Page: Skiinz BB Cushion

Instagram : Skiinz.Official

CARA MAKEUP FLAWLESS DENGAN SKIINZ ADVANCED TRIPLE STEMCELL BB CUSHION PERTAMA DI MALAYSIA (2)

Happy me!!

p/s : Jangan lupa baca : Cara rawat ekzema dan psoriasis mudah dengan Bedak Asmak

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

18 thoughts on “CARA MAKEUP FLAWLESS DENGAN SKIINZ : ADVANCED TRIPLE STEMCELL BB CUSHION PERTAMA DI MALAYSIA”
  1. sekarang memang musim BB cushion kan.. macam2 brand ada.. tapi yang mesra wudhuk tu I LIKE very-very much..! hahahahaha.. ye lah, kalau BB cushion yg water base mcm ni senang la nak cuci sebelum wudhuk kan.. kalau tak, jenuh nak tenyeh make up remover lah.. pencuci muka lah.. :p

    apapun, nice review YB.. suka video kat IG tu.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!