Sat. Dec 7th, 2024

KRITERIA LELAKI IDAMAN WANITA

Salam
KRITERIA LELAKI IDAMAN WANITA
Ini.
Eh..
Hahaha. Angau ke Mommy oi..
KRITERIA LELAKI IDAMAN WANITA BAGI MOMMY
1. Gentleman – Sebenarnya perkara ini memang tak perlu dibuat-buat. Sesiapa yang merasanya, pasti akan faham maksud Mommy. Gentleman ini tak perlu ditunjuk-tunjuk sebab perkara ni berlaku secara natural. Alhamdulillah. Dapat merasa lagi perasaan tu bila bersama Encik Daddy. Kihkih.
2. Sporting – Tak mudah cemburu. Tak mudah melatah. Mudah berbincang.
3. Handsome – Ini subjektif. Mata kita yang memandang ni kan berbeza. Kalau sama, jenuh laaaa! Tak handsome sangat pun takpe. Senang jaga! Kihkih
4. Sado – Ini bonus. Macam Mommy yang ‘kecik’ ni, nak la teman yang sado. Best sikit peluk kan? Eh.
5. Baik hati – Ini memang best la kalau dapat. Juga seperti gentleman. Tidak perlu berlakon / hipokrit. Ia dapat dikesan secara natural.
6. Penyayang – Bila ada sifat ini, kita memang akan selesa dengan lelaki tersebut. Kita dah dapat agak, for sure dengan anak-anak kita nanti, beliau begitu juga. Untunglah anak-anak kita.
7. Kelakar – Ini paling Mommy suka! Hahaha. Sebab Mommy memang suka gelak.
8. Bukan panas baran – Jangan la kita jumpa lelaki yang panas baran. Memang tak boleh bawa berbincang! Kena pandai berkomunikasi dengan orang yang baran ni. Sebagai wanita, kita pastinya nak hidup bersama orang yang boleh menjamin keselamatan. Bukannya sepak terajang.
9. Tegas – Tegas bila membuat keputusan. Tapi berlembut jika keputusan itu dirasakan kurang sesuai selepas perbincangan. Maksudnya, boleh bertoleransi.
10. Rajin – Ini sangat didambakan wanita. Tak mengharapkan wanita 100%. Terutamanya bab di rumah. Mudah menolong. Bertuah jika dapat kan? Alhamdulillah.
11. Hormat setiap orang tak kira tua atau muda – Ini dapat dilihat dari segi perbuatan dan cara berkomunikasi. Syukur jika dapat lelaki yang sebegini.
12. Bukan playboy – Susah tak agak-agak? Doa lah ye. Kadang-kadang, instinct wanita ini tepat dalam meramalkan jodoh bersama si dia. Harap-harap, tak berjumpa la orang sebegini. Silap-silap, bermadu pula. Hikhik
13. Beriman – Penting ni. Pastinya dihormati!
14. Jujur – Dalam setiap percakapan dan perbuatan. Contohnya pasangan suami isteri yang berjauhan, sifat ini sangat-sangatlah penting!
15. Tidak misteri sangat – Bagi Mommy, bahaya orang macam ni. Mommy tak boleh nak agak. Haha. Tapi, sesekali, biarlah kita merasa misteri itu. Cubalah explore beliau.
16. Tak berahsia – Lebih kurang point no 15. Sesungguhnya, jika sudah berkongsi kasih, apa salahnya berkongsi segala-galanya. Tak best tau berahsia ini.
17. Suka ambil berat – Tak perlu berlakon. Mudah dikesan juga.
18. Tidak sombong – Lelaki yang tidak sombong. Sentiasa merendah diri pastinya sentiasa menambat hati wanita.
19. Bijak – Bagi Mommy, ini sangat penting juga. Tambah-tambah kalau nak buat sesuatu keputusan. Diberinya pula analogi, idea dan segala macam pandangan bijaknya yang memudahkan kita buat keputusan.
20. Pandai buat keputusan – Lebih kurang point-point lain juga. Tak semestinya perlu tunggu idea kita.
Apa lagi ye? So far Mommy rasa itu sahaja dahulu.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!