15/06/2024 1:04 AM

Mommy pernah daftarkan tuisyen online sekolah rendah untuk Hannah sepanjang tahun 6 dan fokus exam PSRA dengan Fly High Education Centre (FHEC) sepanjang tahun lepas. Banyak bulan juga la Hannah ikuti dan yang pasti, tenaga pengajar mereka bukan calang-calang.

KELAS TUISYEN ONLINE SEKOLAH MENENGAH - FLY HIGH EDUCATION CENTRE

Baca sini : Kelas Tuisyen Online Fokus A Tahun 6

Dan terbaru, Mommy ada tercari-cari kalau ada kelas tuisyen online untuk sekolah menengah pula, terutamanya untuk Tingkatan 1.

Awal sangat ke? Tak pun. Actually Mommy nak Hannah bersedia dari sekarang supaya tak terkejut bila masuk sekolah nanti. Alang-alang cuti sekolah, apa salahnya kalau masuk kelas intensif bersama FHEC ini.

KELAS TUISYEN ONLINE SEKOLAH MENENGAH - FLY HIGH EDUCATION CENTRE

KELAS TUISYEN ONLINE SEKOLAH MENENGAH SUDAH BERMULA

Kelas Tuisyen Online Sekolah Menengah di Fly High Education Centre kini bermula untuk :

✅ Pelajar Form 1 – Form 5
✅ Semua Subjek
✅ Modul disediakan
✅ Rakaman disediakan

Selama 6 Tahun beroperasi, 9/10 menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Anak Lebih Cepat FAHAM Dalam Setiap Pelajaran Dengan MUDAH. Terbaik!

KENAPA MOMMY PILIH TUISYEN ONLINE FORM 1 DI FHEC?

Belajar dengan menggunakan teknik sebenar bersama barisan guru PM, Munsy Dewan Bahasa Dan Pustaka, Guru Didik TV, Tutor yang lebih 10 tahun pengalaman.

Ini antara tarikan utama Mommy untuk pilih FLY HIGH sebagai pusat tuisyen online untuk Hannah.

Reminder tentang kelas tuisyen diberikan setiap awal pagi dan juga sebelum kelas. Link Zoom Meeting untuk setiap kelas juga turut diberikan untuk memudahkan ibubapa pantau pelajar.

Dan jika pelajar tidak dapat mengikuti kelas tersebut, rakaman subjek akan diberikan. Jadi, anak-anak tidaklah ketinggalan kan?

Baca : Amalan Zikir Anak Menghadapi Peperiksaan

REVIEW HANNAH DAMIA

“Rasa cepat habis pula kelas hari ini”. Haaaa.. seronok la tu. Dan dia dah teruja untuk next class. Sebagai Mommy, sudah pasti Mommy doakan anak-anak sentiasa rasa berminat untuk belajar di samping melakukan hobi harian seperti melukis.

JOM MULAKAN KELAS MENENGAH SECARA INTENSIF BERSAMA FHEC !!

Ikuti Facebook mereka juga untuk setiap subjek di sekolah rendah dan menengah.

Boleh hubungi team Fly High hari ini.

2 thoughts on “KELAS TUISYEN ONLINE SEKOLAH MENENGAH – FLY HIGH EDUCATION CENTRE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!