JENIS-JENIS BRA WANITA | Panduan Memilih Bra Mengikut Kegunaan

JENIS-JENIS BRA WANITA, JENIS BRA, BRA WANITA, PUSH-UP BRA, MINIMIZER BRA, T-SHIRT BRA, SPORT BRA, STRAPLESS BRA, NURSING BRA

Sebagai wanita, bra merupakan salah satu pakaian dalam yang penting dan pemilihannya memang tak boleh dibuat sambil lewa. Selain mengambil kira saiz yang betul, kita juga perlu tahu jenis-jenis bra yang ada kerana setiap bra mempunyai fungsi dan potongan yang berbeza.

Ada bra yang direka untuk memberikan lebih sokongan, ada yang memberikan bentuk yang lebih terletak, dan ada juga yang lebih sesuai dipakai bersama pakaian tertentu.

Jadi, sebelum membeli bra, elok juga kita kenali dahulu jenis-jenis bra wanita yang ada.

1. Push-Up Bra

Push-up bra direka dengan padding atau struktur tertentu pada bahagian bawah cup untuk menolak dan mengangkat payudara ke atas.

Bra jenis ini biasanya memberikan bentuk payudara yang lebih penuh dan menyerlah. Sesuai dipakai apabila kita mahukan penampilan yang lebih terbentuk, terutama bersama pakaian yang mempunyai potongan leher tertentu.

2. Soft Cup Bra

Soft cup bra ialah bra yang tidak mempunyai dawai atau underwire pada bahagian bawah cup.

Ia biasanya lebih lembut dan selesa untuk dipakai setiap hari, terutama bagi wanita yang kurang selesa dengan bra berdawai.

3. Balconette Bra

Balconette bra mempunyai potongan cup yang lebih rendah dengan bentuk yang memberikan sokongan dari bahagian bawah.

Rekaannya membantu membentuk dan mengangkat payudara serta sesuai dipakai bersama pakaian yang mempunyai garis leher lebih rendah.

4. Minimizer Bra

Minimizer bra direka khas untuk membantu memberikan penampilan payudara yang lebih kecil dan kemas.

Ia sesuai untuk wanita yang mempunyai payudara lebih besar dan mahukan pakaian kelihatan lebih terletak. Contohnya, apabila memakai kemeja yang mempunyai butang, bra jenis minimizer boleh membantu mengurangkan kesan kain tertarik atau menggelembung pada bahagian dada.

5. T-Shirt / Moulded Bra

T-shirt bra atau moulded bra mempunyai cup yang dibentuk daripada foam atau bahan tertentu supaya permukaannya lebih licin dan tidak mudah berkelim.

Bra jenis ini sangat sesuai dipakai di bawah baju atau T-shirt yang nipis dan ketat kerana rekaannya memberikan penampilan yang lebih kemas dan licin.

6. Convertible Bra

Convertible bra mempunyai tali bahu yang boleh ditanggalkan atau diubah kedudukannya mengikut gaya pakaian.

Ia boleh dipakai dalam beberapa cara, termasuk tanpa tali atau dengan susunan tali tertentu. Sebab itu bra jenis ini praktikal untuk dipadankan dengan pakaian seperti dress tanpa lengan, tube top atau pakaian yang mempunyai potongan belakang tertentu.

7. 3/4 Cup Bra

Seperti namanya, 3/4 cup bra mempunyai cup yang menutupi sebahagian besar payudara tetapi tidak sepenuhnya.

Potongan ini memberikan keseimbangan antara sokongan dan bentuk serta boleh menjadi pilihan untuk wanita yang mahukan bentuk yang lebih terbuka pada bahagian atas payudara.

8. Full Cup / Full Support Bra

Full cup bra mempunyai cup yang menutupi sebahagian besar atau keseluruhan payudara.

Ia memberikan sokongan yang lebih menyeluruh dan biasanya sesuai untuk kegunaan harian. Bagi wanita yang mempunyai payudara lebih besar, bra jenis ini juga boleh memberikan rasa lebih selesa dan stabil.

9. Adhesive Bra

Adhesive bra tidak mempunyai tali bahu atau bahagian belakang seperti bra biasa. Sebaliknya, ia menggunakan bahan pelekat untuk melekat pada payudara.

Bra jenis ini biasanya digunakan bersama pakaian tertentu seperti dress backless, pakaian tanpa lengan atau pakaian yang mempunyai potongan belakang terbuka.

10. Demi Bra

Demi bra mempunyai cup yang lebih rendah berbanding full cup bra dan biasanya menutupi sebahagian daripada payudara.

Potongannya memberikan bentuk yang lebih terbuka pada bahagian atas dan boleh menjadi pilihan untuk dipakai bersama pakaian yang mempunyai garis leher tertentu.

11. Maternity Bra

Maternity bra direka untuk memberikan keselesaan dan sokongan tambahan kepada wanita semasa kehamilan.

Sepanjang kehamilan, saiz dan bentuk payudara boleh berubah. Oleh itu, bra maternity biasanya mempunyai reka bentuk yang lebih fleksibel untuk menyesuaikan perubahan tersebut.

12. Nursing Bra

Nursing bra pula direka khas untuk ibu yang menyusukan bayi.

Bahagian cup biasanya boleh dibuka atau diturunkan dengan mudah supaya penyusuan dapat dilakukan tanpa perlu menanggalkan keseluruhan bra.

13. Padded Bra

Padded bra mempunyai lapisan padding atau span pada bahagian cup.

Padding ini boleh membantu memberikan bentuk payudara yang lebih penuh dan kemas. Ketebalan padding pula berbeza mengikut reka bentuk bra.

14. Sport Bra

Sport bra direka khas untuk aktiviti fizikal dan bersukan.

Ia memberikan sokongan kepada payudara serta membantu mengurangkan pergerakan ketika melakukan aktiviti seperti berlari, bersenam atau bersukan.

Kebiasaannya sport bra diperbuat daripada bahan yang lebih sesuai untuk aktiviti fizikal dan mempunyai ciri yang membantu menguruskan peluh.

15. Strapless Bra

Strapless bra ialah bra tanpa tali bahu.

Ia sesuai dipakai bersama pakaian yang mendedahkan bahu seperti dress atau baju tanpa lengan. Sesetengah reka bentuk strapless bra turut mempunyai sokongan tambahan supaya bra kekal pada kedudukannya.

16. U-Plunge Bra

U-plunge bra mempunyai bahagian tengah yang direka lebih rendah dan berbentuk seperti huruf U.

Reka bentuk ini membolehkan ia dipakai bersama pakaian yang mempunyai belahan leher yang rendah tanpa bahagian tengah bra kelihatan.

17. Underwire Bra

Underwire bra mempunyai dawai atau wayar sokongan pada bahagian bawah cup.

Dawai ini membantu memberikan sokongan dan membentuk payudara. Walau bagaimanapun, keselesaan tetap bergantung kepada saiz dan kesesuaian bra. Underwire yang tidak sesuai boleh menyebabkan rasa tidak selesa atau mencucuk.

Cara Memilih Bra Yang Sesuai

Dengan begitu banyak jenis bra, memang boleh pening juga hendak pilih yang mana satu. 😆

Sebenarnya, pilih berdasarkan kegunaan, pakaian yang hendak dipakai dan tahap sokongan yang kita perlukan.

Contohnya:

  • Untuk kegunaan harian: Soft Cup, Full Cup atau T-Shirt Bra
  • Untuk pakaian ketat atau nipis: T-Shirt / Moulded Bra
  • Untuk pakaian tanpa bahu: Strapless Bra
  • Untuk pakaian backless: Adhesive Bra
  • Untuk aktiviti bersukan: Sport Bra
  • Untuk memberikan bentuk lebih penuh: Push-Up atau Padded Bra
  • Untuk payudara yang lebih besar: Full Support atau Minimizer Bra
  • Untuk ibu menyusu: Nursing Bra

Selain jenis bra, jangan lupa perkara yang paling penting — pastikan saiz bra betul dan selesa dipakai.

Bra yang cantik sekalipun tidak banyak membantu kalau saiznya salah. Terlalu ketat boleh menyebabkan rasa tidak selesa, manakala terlalu longgar pula tidak memberikan sokongan yang mencukupi.

Macam-Macam Jenis Bra Rupanya!

Rupanya banyak juga jenis bra yang ada. Selama ini mungkin kita tengok bra dan fikir, “Bra je pun…” 😂

Bila dah tahu fungsi setiap jenis, barulah nampak kenapa ada pelbagai reka bentuk dan potongan.

Jadi selepas ini kalau hendak membeli bra, jangan tengok cantik sahaja. Kenal pasti dahulu jenis bra, fungsi dan saiz yang sesuai dengan diri sendiri.

Barulah selesa, kemas dan yakin bila memakainya.

2 thoughts on “JENIS-JENIS BRA WANITA | Panduan Memilih Bra Mengikut Kegunaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!