SKANDAL PEJABAT – DENGAN CARA INI, KOMPEM TAK TERJERAT! Berbulu jer bila baca cerita-cerita skandal di pejabat ini. Mula la kadang tu syaitan nak hasut bukan-bukan. Moga Allah lindungi Daddy dari godaan syaitan untuk kes sebegini. Amin! Kalau korang follow IG Caprice baru-baru ini, banyak sangat-sangat kes skandal pejabat yang berlaku. Nauzubillah. Nazak sangat sekarang yer?
Orang kata, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi, cubalah untuk tidak buka ruang kesilapan.
Bila Mommy terbaca di Mstar hari ni, Mommy teringat ini antara pesanan yang selalu Mommy titipkan kepada Daddy dalam menjaga hubungan sesama rakan sekerja. Daddy tak perlu risaukan Mommy sebab Mommy reti jaga diri ehehhee.

Elakkan gurauan double meaning
Kadang-kadang bila berbual tu, ada je yang mode ‘galak, gatal, sengal’ tetiba on. Dalam tengah menyembang tu, tetiba ada je yang nak ‘double meaning’, ke arah unsur lucah yang boleh menggoda satu sama lain. Hentikanlah sikap bergurau double meaning ni. Silap-silap, anda boleh dituduh buat gangguan seksual pula.
Limitkan perbualan, fokus kepada kerja sahaja
Memang ada kes yang bermula hanya dengan meluah. Ye, luahan kesedihan rumah tangga la, sedih kurang kasih sayang la, dan bila dapat rakan sekerja berlainan jantina yang kononnya prihatin dalam luahan mereka, inilah puncanya bila mereka akan mula ada harapan. Jadi, fokuskan perbualan tentang hal kerja sahaja. Dengar luahan pun, jangan nak meluah berdua-duaan pula.
Elakkan lunch berdua
Ini memang pantang yer. Kalau dah tahu berlainan jantina tu, cuba lah cari tambahan rakan lain lagi. Ini memang sengaja cari pasal. Apa pun alasan, elakkan berdua. Boleh menimbulkan fitnah juga. Kalau dari luar, beli je la bungkus. Itu pun susah ke?
Bersikap profesional
Bila rakan sekerja, bos atau siapa sahaja dah tunjuk macam simpati kat kita, tak perlulah sampai level ‘perasan’. Be pro! Buang perasaan macam ada elemen romantik sesama kita. Auch. Fokus! Pergi pejabat untuk kerja.
Baca juga : Idea berborak dengan pasangan
Outstation
Mommy pernah baca antara pengakuan dari rakan sekerja skandal apabila si pelaku perlu ke outstation, akan bawa ‘skandal’ luar. Kesian sang isteri di rumah. Jadi, jika boleh bawa isteri ketika perlu outstation, bawa lah isteri. Tetapi, lebih baik jika pergi dengan rakan sekerja sama jantina daripada berseorangan atau partner lain jantina.
Jangan berlagak bujang
Ini masalah yang sering berlaku bila anda masuk pejabat dan berlagak bujang. Untuk si lelaki, tahukah anda berdosa jika anda mengaku bujang sedangkan anda ada isteri? Ini cuma mengundang potensi kecurangan jika berkelakuan sebegini. Dan jika ada yang menaruh perasaan terhadap anda, jangan lupa untuk mengaku yang anda ada anak isteri di rumah.
Jangan kerap stay-up di pejabat
Masa dihabiskan terlalu lama di pejabat. Anda dah keluar awal pagi dan balik pun dah malam. Nak pilih untuk stay sampai tengah malam pula? Kasihanlah mereka yang menunggu anda di rumah. Jika selesai kerja, pulanglah cepat. Kalau difikirkan bab kerja, sampai bila pun tak habis.
Pendengar yang setia cukuplah untuk kesayangan sahaja
Percaya atau tidak, bermula dari luahan keretakan rumah tanggalah punca segala kecurangan yang berlaku. Tak salah anda dengar luahan tetapi akan ada pihak yang akan selalu cari anda jika anda terlalu prihatin padanya. Tidakkah ini akan menimbulkan bibit-bibit cinta dan kecurangan yang sepatutnya tidak berlaku jika anda hadkan limit perbualan.

Jadi, beringatlah. Kesetiaan itu mahal. Jangan perdagangkan kesetiaan terhadap pasangan anda. Moga Allah panjangkan hubungan suami isteri sehingga ke Jannah. Amin.
wah.. len macam entri nih hehhe.. adalah trigger tu erk
hahaha.. ni masa tgh hot kt IG caprice hr tu