Wed. Feb 12th, 2025

KASUT SEKOLAH PALLAS PILIHAN UNTUK HANNAH DAN ARIQ

KASUT SEKOLAH PALLAS PILIHAN UNTUK HANNAH DAN ARIQ

Cuti sekolah dah nak bermula dan tak lama lagi masuk penggal baru persekolahan untuk tahun 2023. Cepat kan? Dah ada kasut sekolah baru? Mommy ada buat carian beberapa jenama kasut sekolah, dan akhirnya Mommy ambil keputusan untuk pilih kasut sekolah Pallas.

Mommy sebenarnya dah ready sikit-sikit dari bulan 12 baru-baru ini untuk beli kelengkapan #backtoschool untuk Hannah dan Ariq. Kalau tengok senarai barang, yang belum dibeli memang kasut sekolah je.

KASUT SEKOLAH PALLAS PILIHAN UNTUK HANNAH DAN ARIQ

Kasut sekolah Pallas ini memang terkenal dari dulu hingga sekarang. Dari segi kualiti, keselesaan dan makin banyak ciri-cari kasut sekolah yang diperbaharui. Tak hairanlah ramai yang beli jenama kasut Pallas untuk anak-anak sekolah setiap tahun.

PALLAS JAZZ PILIHAN MOMMY UNTUK HANNAH

Pilihan Mommy kepada Hannah Damia adalah PALLAS JAZZ SCHOOL SHOES LO CUT SHOE LACE 7328 BLACK.

Ciri-ciri yang best tentang kasut ini adalah :

  • reka bentuk bertali Jazz yang unik
  • bahagian atas kanvas tahan lama untuk pemakaian tempoh yang lama
  • lapisan kanvas untuk pengudaraan yang baik dan keselesaan tambahan
  • tapak luar getah untuk cengkaman yang baik
  • insole getah dengan sokongan lengkung (ARCH SUPPORT)  untuk lebih selesa dan lebih perlindungan, ini sangat penting untuk menyokong kaki.

ARCH SUPPORT- Tapak kusyen dengan sokongan lengkung ini sebenarnya sangat bagus untuk kaki tau. Ia memberi kelegaan buat tapak kaki yang jenis Flat Foot, Low Arch atau High Arch.

Pendapat Hannah : 

“Kasut bertali memerlukan Hannah mahir mengikat tali kasut jika terlerai talinya. Jadi, jika diikat dengan betul, ia memang tidak mudah tercabut. Kasut ini ringan dan boleh beraktiviti seperti berlari dengan kasut ini. Cuma perlu mengelak dari air kerana takut basah.”

KASUT SEKOLAH PALLAS PILIHAN UNTUK HANNAH DAN ARIQ

Pada mulanya Mommy risau juga yang Hannah masih kurang mahir mengikat tali kasut. Namun, anak-anak sekarang kan ‘advance’ bab teknologi.

Jadi, Mommy sarankan Hannah untuk buat carian di Google dan Youtube tentang kaedah mengikat tali kasut ini. Lagipun, proses mengikat tali ini bagus untuk perkembangan anak-anak.

PALLAS X SERIES PILIHAN MOMMY UNTUK ARIQ

Pilihan Mommy kepada Ariq Emir pula adalah PALLAS X-SERIES SCHOOL SHOE SINGLE VELCRO STRAP PX25/37-023 BLACK.

Ciri-ciri yang best tentang kasut ini adalah :

  • kasut sekolah Pallas X-Series dengan harga yang berpatutan
  • sistem pengudaraan yang baik, bahagian atas dibuat dengan mesh digabungkan dengan PVC – cepat kering dan menyejukkan kaki ketika memakainya
  • reka bentuk tali Velcro memudahkan Ariq untuk memakainya
  • ada lapisan foam untuk perlindungan keselesaan tambahan dan legakan otot (Rebounce insole with Arch Support function)
  • ringan – X-Light
  • tapak berjahit lebih tahan lama dan tahan lama dipakai
KASUT SEKOLAH PALLAS PILIHAN UNTUK HANNAH DAN ARIQ

Pendapat Ariq : 

“Ariq cakap selesa pakai kasut ni. Ringan. Boleh berlari dan lompat dengan selesa. Kali ketiga beli jenis X-Series.. Setahun lebih pakai. Sangat tahan lasak”

KASUT SEKOLAH PALLAS PILIHAN UNTUK HANNAH DAN ARIQ

Dari pemerhatian Mommy, Ariq nampak selesa sebab jenis kasut ini memang ngam dengan kakinya. Ia seakan nampak penuh dan menyokong kaki ketika bergerak. Jadi, Mommy tak perlu risau ia tercabut semasa digunakan. Velcro pula mudah melekat dengan elok.

BELI ONLINE ATAU DI PASARAYA

Kasut sekolah hitam jenama Pallas ini boleh didapati di pasaraya terdekat dengan anda. Mommy memilih untuk beli secara online sahaja sebab ini bukan pertama kali Mommy beli.

Cara nak dapatkan ukuran kaki anak pun mudah. Dan yang penting, saiznya memang tepat dengan apa yang Mommy pilih. Biasanya Mommy akan lebihkan 1 saiz sebab kaki anak-anak ni cepat panjang.

Baca cara ukur kaki atau rujuk video di sini.

KASUT SEKOLAH PALLAS PILIHAN UNTUK HANNAH DAN ARIQ

Korang boleh layari Instagram @pallasmalaysia dan laman web www.pallas.com.my dan www.wow2wee.com untuk pembelian.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

6 thoughts on “KASUT SEKOLAH PALLAS PILIHAN UNTUK HANNAH DAN ARIQ”
  1. Kitorang pun setia dengan kasut sekolah pallas. Jenama ni best.. selesa dan tahan lama. Berbaloi beli. Design pun cantik!

  2. dah tinggi lampai dua beradik ni, pakai kasut pallas tu lagi nampak tinggi. tapi jap, out of topic, seluar dorang nampak smart. sluar track kah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!