Mommy nak tanya ni.. Kalau hujung-hujung minggu tu, korang ada buat apa-apa aktiviti dengan anak-anak tak?
Ada?
Pergi beriadah..
Pergi tuisyen..
Pergi taman permainan..
Betul tu.. Mommy pun ada aktiviti hujung minggu juga. Sebab masa ni je yang ada untuk tumpu perhatian kat anak-anak. Masa hari bekerja, memang terhad sikit kan masanya?
Antara aktiviti wajib yang Mommy buat setiap hujung minggu ialah bawa anak-anak main roller blade dan berenang di kompleks sukan.
Sekarang ni Mommy dah pindah jauh dari kompleks sukan tu.. Dan syukur juga rumah sekarang dah ada kemudahan swimming pool.
“Mommy, saya taktahu nak buat apa hujung minggu laa..”
Ok meh nak share..
Kelas Belajar Renang untuk Kanak-kanak & Dewasa | SwimRush Swimming Academy
Korang boleh cuba join kelas belajar berenang setiap hujung minggu.. Macam baru-baru ni, Mommy dan team #kbba9 berpeluang join ke kelas belajar renang ‘Basic Water Safety : Swim Fearless” by team SwimRush Swimming Academy dan dibantu oleh Moonaz Swimming Attire yang sediakan peralatan renang sepanjang kelas tersebut (18/2/2017).
Kalau korang nak tahu lagi, antara perkhidmatan yang disediakan oleh Swimrush Swimming Academy adalah perkhidmatan mengajar kelas renang untuk dewasa, kanak-kanak dan khas untuk muslimah. Juga ada kelas persendirian (private) dan juga menyediakan servis lifeguard.
Ok nak cerita apa yang kami belajar pada hari tu ialah:
- Bubble (hembus kuat2 guna hidung dalam air sambil tutup mulut)
- Glide or kata nama lain rocket (untuk kanak-kanak)
- Kicking
- Hand pull and combine with breathing
“Our syllabus priority kepada water confidence untuk enhance basic swimming stroke and advance swimming stroke” – SwimRush Swimming Academy
Dan pelajaran kami yang lain pada hari tu ialah Water confidence di mana kami belajar:
- Backfloat
- Turn & Backfloat – ini untuk survival contoh bile kita penat berenang dan kita nak berehat atau regain energy so kita backfloat dari swimming position.
- Underwater Dive – untuk kita mampu belajar bagaimana nak stabil didalam air dan kawal badan supaya mampu mencecah lebih dalam tanpa rasa takut.
Hannah Damia hilang takut??!!
Pada mulanya Hannah Damia masih setia dengan life jacket beliau. Ye lah. Terbiasa. Plus, tak yakin kalau tiada float atau life jacket tu.
Tapi, kenapa Mommy suka dengan tenaga pengajar SwimRush ialah disebabkan mereka sangat tenang dan bijak memujuk Hannah. Biarpun gigil kesejukan, serta masih cuak, Hannah tetap turut ikut semua arahan teacher yang mengajar.
Video2 ketika dalam kelas boleh tengok di Instagram @myapilot ok?
Kalau Mommy atau Daddy yang ajar? Takde makna! Nangis Nangis Nangis je nanti sebab takut..
Dan akhirnya.. tanpa life jacket!
Tahniah Hannah. Mommy betul2 bangga dengan kakak. Dah berani. Bayangkan kalau lebih lama lagi belajar, mesti betul2 terer mengalahkan Mommy!!
DI MANA KELAS BELAJAR RENANG DAN BERAPA YURANNYA?
Ok. Kelas renang di SwimRush terbahagi kepada dua tau:
1) Group class (di Taman Kosas, Ampang pada hari Ahad)
- 9-10am untuk kids
- 10-11am untuk adults
Yuran
- RM130/pax untuk 4 sesi (1 bulan), seminggu sekali. 1 sesi 1 jam.
2) Private class
- Private Class lebih fleksibel dari segi masa dan hari dan boleh buat di tempat customer (datang ke kondo or etc) bagi memberi keselesaan dan memudahkan kelas belajar renang ini.
- Private class open for weekdays and weekend
- If number of student more then 4 student/ family package, SwimRush boleh kira harga group je.
Yuran
- 1 person RM450
- 2 person RM500
- 3 person RM550
- 4 person RM600
- Untuk 4 session (1 bulan), seminggu sekali. 1 sesi 1 jam.
Tenaga pengajar pula jangan risau, ada coach lelaki dan wanita mengikut kesesuaian kepada group atau kelas persendirian (private).
Dapat sijil tak?
Ya. Dapat. Bes kan? Ni buktinya..
Kami puas hati!
Takde Baju atau peralatan sesuai?
Jangan risau.. korang boleh dapatkan peralatan berenang dari Moonaz Swimming Attire, yang beroperasi di:
- HQ Lorong Abdullah Jalan Kebun
- Giant Sec 13 Shah Alam
- M3Mall Gombak
- Alamanda Putrajaya
- Plaza Angsana Johor Bahru
Antara barangan jualan mereka ialah:
- Baju renang (Muslimah, Muslim), Dewasa & Kanak-kanak
- Peralatan renang sepert Goggle, Board, Float, Cap & lain-lain
- Mainan air seperti pool, shooter pistol bubble
- Barangan baby spa seperti neck float dan swimming diaper
- Alatan berkaitan seperti towel dan rain coat.
Ok sekarang.. Nak belajar berenang sampai pandai?
Boleh cari SwimRush di :
Facebook : www.facebook.com/swimrush
Instagram : www.instagram.com/swim.rush
Blog : swimrush.wordpress.com
Atau hubungi coach cantik manis dan kacak bergaya ni di nombor tertera.
Kudos to team!
P/S : Dengar cerita, ada rawatan alternatif untuk penyakit kulit ekzema. Korang dah baca?
Yup.. respek diorang sbb dpt handle bebudak wpun ramai hari tu.. Akiff yg sangat penakut nak masuk air dlm tu pun berani gak terjun… which is sgt positif utk aku…
Alhamdulillah. Akiff n Hannah antara yg obvious nampak cuak. tp dorang sangat berani sahut cabaran! Hebat betul cikgu berjaya pujuk.. i loike..
Memang respek tgk cara cikgu cikgu tu handle budak budak, relaks ja depa. Akak pun tak sangka Hannah dlm gigil gigil tu nak jugak buka life jaket dia. Good job Hannah!
kan kak? heheh happy mommy
Setuju… tenaga pengajar Swim Rush memang tenang relax handle kanak². Yakin dengan kecekapan mereka.
elok antar bdk2 p swim ni. iman umor 5 thn pun dah p antar kelas. mmg dia boleh berenang.. tp rugi jugak takjoin hari tu… kebetulan ada mesyuarat PIBG pulak..
Wahhh bestnya, bagus mereka ajar bagi anak² lebih confident.
btul. dari tak berani, berkali2 nak cuba. hehhehehe
nak repeat kat rumah yb jer besttt
elok hantar anak2 belajar berenang