Teruja dah berbulan, sejak cikgu khabarkan peluang untuk sertai rombongan sekolah. Daddy paling laju bagi kebenaran. Alasan, kita kecil-kecil dulu pun tak pernah terlepas mana-mana rombongan sekolah.
Betul juga.
Rombongan terakhir Hannah pernah join, ketika masih di tadika. Itu pun ke Zoo Negara kalau tak salah Mommy. Ariq pun dah pernah pergi rombongan ppki sekolah ke Melaka, walaupun hanya baru Darjah 1. Masakan Hannah tak boleh ke rombongan juga sedangkan dia sudahpun Darjah 3.
Mommy onz je. Bayaran RM50 sahaja seorang. Ikutkan hati, nak je Mommy selitkan Ariq sekali. Tapi mana boleh. Sekolah lain-lain. Heee..
Untuk kenangan rombongan sekolah hari ini (11 September 2019), Mommy letak beberapa gambar yang sempat ditangkap oleh guru kelas Hannah.
Hannah ni kadang-kadang kelam kabut. Jadi, Mommy dengan Daddy, dari malam tadi pesan macam-macam dah. Takut terlupa. Dan takut juga terlalu jujur (baca : lurus).
Antara pesanan Mommy, senyum everytime nampak cikgu nak snap gambar, pakai mask kat luar sahaja, kat dalam Petrosains boleh buka mask, jaga wallet, baki duit simpan semula. Kerap minum air dan paling penting, ikut arahan cikgu.
Mommy tahu, dia patuh semua tu. Tapi, ada juga kejadian tak diingini berlaku. Wallet Smiggle tercicir. Adoih. Tepuk kepala.
Mommy tahu pun lepas pihak Petrosains call. Mujurlah ada sticker nama & no phone Mommy di situ. Dan paling lega, pihak sekolah belum balik lagi dari situ. Fuh.
Jam 430 petang, rombongan dah tiba di sekolah. Kelam kabut la Mommy pergi ambil sebab bajet sampai jam 5 petang. Hahaha.
Sembang pengalaman semua, Mommy ada la satu soalan bonus. “Ada apa-apa nak cerita kat Mommy selain cerita hop on hop off dan juga bermain di Petrosains?”
Hannah pun mula lah cerita yang dia beli aiskrim, letak baki dalam wallet dan tetiba minta izin untuk ke belakang kereta. Hahahaha..
Mommy dah tahu kenapa. Cuak nak cerita la tu. Dia ingat, Mommy tak tahu.
Hannah, Mommy tak marah pun, but please extra careful next time. Pengajaran supaya Hannah lebih berhati-hati. Daddy ingat dah kena pickup sendiri wallet tu kat Petrosains. Ok juga alasan nak pickup tu sebenarnya. Boleh ke KLCC. But now, no need. Kes selesai. Hahahaha.
p/s : Tetiba rasa nak naik HOHO juga nanti. Usha Klook, harga seorang RM22. Fuhh. Sponsor please! Hahahaha.
Sorang budak RM50 tu ok sgt lah, sesekali bg pi ikut rombongan depa enjoy. Jadi kenangan manis ngan kwn kwn tu yg best.
sy tnya dia.. mana best, pergi dgn mommy daddy atau dgn kawan? dia jawab, dgn kawan lebih sket bestnya. huh.. sedey
Cakap la mommy ada kuasa magic.. mommy tau apa hannah dah buat. hahaha
HAHAHAHAHA..
hahaha..mujur letak nama dan no phone..kene buat juga ni..hehe..bestla hannah dapat naik hop on hop off ni..akk pun belum naik lagi..eh akk kau..hahaa