Wed. Feb 12th, 2025

BUFFET RAMADAN 2025 : BANGI GOLF RESORT

BUFFET RAMADAN 2025 : BANGI GOLF RESORT.23

BUFFET RAMADAN 2025 : BANGI GOLF RESORT | Bulan Ramadan semakin hampir, dan jika anda mencari buffet berbuka puasa yang menampilkan hidangan tradisional serta moden, Bangi Golf Resort (BGR) adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan. Tahun ini, BGR menawarkan lebih 100 pilihan makanan yang lazat dengan harga yang sangat berpatutan – RM68 untuk dewasa dan RM34 untuk kanak-kanak.

BUFFET RAMADAN 2025 : BANGI GOLF RESORT

Pertama kali masuk ke dewan buffet di BGR, Mommy memang kagum dengan suasana yang meriah. Tempat duduk sangat selesa dan teratur, dan makanan semuanya nampak segar dan menyelerakan. Apa yang paling istimewa adalah pelbagai hidangan tradisional dan antarabangsa yang boleh dinikmati di sini.

BUFFET RAMADAN BGR : HIDANGAN ISTIMEWA

BGR terkenal dengan kombinasi unik hidangan tradisional dan inovatif yang pasti memikat selera semua. Antara menu utama yang wajib anda cuba:

  1. Kambing Golek – Hidangan istimewa dengan tekstur lembut dan perapan rempah istimewa.
  2. Sup Kambing Mamak – Sup klasik yang kaya dengan aroma rempah tradisional.
  3. Sate Ayam Resipi Istimewa – Sate ayam yang diperap hingga sempurna, dihidangkan bersama kuah kacang.
  4. Telur Sous Vide bersama Cendawan Espuma – Pilihan moden dengan rasa unik dan mewah.

MENU BARU TAHUN INI

Menu untuk tahun ini memperkenalkan hidangan baru yang menarik seperti :

  • Nasi Maqluba – Hidangan nasi Arab yang wangi menggunakan beras perang dan rempah aromatik bersama ayam yang empuk
  • Ayam Kuzi – Hidangan tradisional dari Kelantan dan Johor yang kaya dengan aroma dan rasa rempah ratus.

MASAKAN EKSKLUSIF DAN BARAT

Tahun ini, BGR memperkenalkan hidangan halal khas dari Kemboja seperti:

  • Daging Lok Lak
  • Ikan Amok
    Menu ini dihasilkan oleh Chef terkenal Kemboja, Chan Kanha, yang juga pakar dalam hidangan tradisional.

Pencinta masakan Barat juga boleh menikmati pilihan seperti:

  • French Prawn Bisque, sup yang dihidangkan bersama roti
  • Spaghetti Pad Thai, Spagehetti Laksa Kering
  • Bebola Daging Ayam bersama Sos Cendawan Bawang Putih

MANISAN DAN DESSERT CORNER

Untuk melengkapkan pengalaman berbuka puasa, pencinta manisan boleh menikmati:

BUFFET RAMADAN 2025 : BANGI GOLF RESORT
  • Talam Sago Dinda
  • Spanish Churros
  • Aiskrim soft serve, ABC, cendol, bertih jagung moden dan gula-gula kapas
BUFFET RAMADAN 2025 : BANGI GOLF RESORT

Chef Chan Kanha turut perkenalkan pencuci mulut Kemboja seperti Kek Beras Pandan dihidangkan bersama Gula Melaka Kemboja.

PENGALAMAN MOMMY

Mommy terus serbu Kambing Golek yang memang lembut dan juicy, ditambah dengan rempah yang cukup rasa. Nasi Maqluba pula jadi pilihan unik Mommy kali ini, betul-betul rasa macam hidangan Timur Tengah authentic. Ariq pun suka sangat Nasi Maqluba ni.

Jom tengok menu yang bakal dihidangkan pada korang nanti

HARGA BUFFET RAMADAN DI BGR 2025

Harga buffet Ramadan di BGR sangat berbaloi:

  • Dewasa: RM68 nett
  • Kanak-kanak (4-12 tahun): RM34 nett
  • Bawah 4 tahun: Percuma

Untuk berkumpulan pun lebih jimat. Boleh rujuk di sini.

BUFFET RAMADAN 2025 : BANGI GOLF RESORT

Seronok kan bila berkumpul ramai-ramai macam ni.

BUFFET RAMADAN 2025 : BANGI GOLF RESORT

TEMPAHAN DAN TARIKH BUFFET RAMADAN 2025 : BANGI GOLF RESORT

Buffet ini akan berlangsung dari 2 Mac hingga 29 Mac 2025 di Bangi Golf Resort Clubhouse. Untuk memastikan anda tidak terlepas, tempahan awal disyorkan melalui laman web rasmi mereka https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2025/.

KENAPA PILIH BGR UNTUK BERBUKA?

  1. Lebih 100 pilihan menu – Hidangan tradisional dan antarabangsa.
  2. Lokasi mudah diakses di Bangi dengan lebih 800 tempat letak kereta percuma.
  3. Suasana yang selesa, sesuai untuk keluarga dan kumpulan besar.
  4. HALAL JAKIM sejak 2009
  5. Dapat pensijilan HACCP sejak 2021
  6. Surau turut disediakan
  7. Harga berbaloi dengan menu yang lebih dari 100 pilihan
BUFFET RAMADAN 2025 : BANGI GOLF RESORT

Tidak kira sama ada anda datang bersama keluarga atau rakan-rakan, Buffet Ramadan di Bangi Golf Resort adalah pilihan ideal untuk berbuka puasa. Jangan lepaskan peluang merasai pengalaman ini. Tempah sekarang dan alami Ramadan yang penuh selera!

Dengan kombinasi menu klasik, rare, dan hidangan antarabangsa ini, Buffet Ramadan BGR memang wajib cuba! Mommy suggest korang buat tempahan awal sebab tempat sentiasa penuh setiap tahun.

Jangan lupa kongsikan pengalaman korang kalau dah pernah berbuka di sini! Apa menu yang korang paling excited nak cuba Ramadan ni? 

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

3 thoughts on “BUFFET RAMADAN 2025 : BANGI GOLF RESORT”
  1. Buffet Ramadan di Bangi Golf Resort 2025 memang nampak menarik, dengan lebih 100 pilihan makanan yang sedap dan harga berpatutan. Teringat zaman-zaman rajin mereview dulu-dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!