MANDI MANDA DI PUTRAJAYA
Terasa nak bawa budak-budak ni mandi manda, tetapi tak tahu di mana. Last2 Daddy decide nak ke Putrajaya. Aik? Ada tempat mandi ke? Jakun plak Mommy. Hihi.
Ni budak perempuan yang dah berminat nak bersolek gitew. First time Mommy guna lipmatte ‘Dreamy’ LA Girl. Best jugak. So Hannah pun cuba. Hihi
Rupanya ada tempat mandi manda di Putrajaya iaitu di Dataran Gemilang Putrajaya, Presint 4, Putrajaya. Siap sedia!
Macam sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun je. Sebab tak dalam pun. Mandi santai-santai je.
Gah sangat bangunan-bangunan sekeliling tu.
Layan aiskrim RM1 dulu. Niat nak sembunyi dari anak-anak. Last2 Hannah nampak. Kedek sangat Mommy. Kah kah
Cetek je. Setakat lutut Daddy.
Eh. Sempat!
Lambung-lambung!
Kalau dah mandi2 ni, for sure lapar. Kawasan atas tu penuh orang menjual serba serbi makanan.
Makan jap.
Nak masuk ke kolam dengan makanan. Bila dilarang, ini jadinya. Hmm
Sekarang dah boleh makan macam-macam dah kakak. Tak memilih sangat. Alhamdulillah.
Berpindah ke bawah pula. Tak la besar sangat dan tak juga kecil sangat kawasan ini. Ok la nak beriadah. Kalau bawa makanan, boleh berkelah di bahagian bawah. Ada kawasan untuk lepak. Siap ada kereta pun parking di situ.
Tiada apa2 bayaran dikenakan. Cuma sesuatu yang Mommy perasan, shower tak berfungsi. Tak boleh nak mandikan diri dulu sebelum terjun ke kolam. Erm.. Harap pihak Putrajaya alert mengenai perkara itu. Ada klorin atau tak, sediakan aje. Kan senang nak mandi selepas penat bermain.
Tiada potensi untuk berhenti.
Mommy tengah cari idea macam mana nak bagi anak-anak stop ni. Erm..
Meraunglah juga akhirnya mereka berdua selepas diajak pulang. Huhuhu. Nangis je la. Kang diam la dorang bila penat.
Singgah solat di Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin), Putrajaya. Pertama kali masuk sebab sebelum ni selalu pergi masjid yang lagi satu di Dataran nun.
Hannah nak solat, tapi taknak solat dengan Mommy. So, solatlah beliau tanpa telekung. Hahaha. Tepi Daddy.
Kiri kanan dewan solat tu ada kolam. Jangan biarkan anak-anak berlari ya. Anak2 Mommy la tu. Perlu dikawal. Hii
Sejuk je angin dari luar. Selesa sangat solat dalam masjid ini.
Lepak kejap. Masa Mommy nak solat, Ariq dah tak nak duduk. Mujur Daddy dah sudah siap solat. So, Daddy take over jaga Ariq. Pastu melepak lah kami sekejap sambil rasa angin sepoi-sepoi language.
Jam dah menunjukkan 3 petang dah. Rasa dah nak kena gerak pergi makan dulu. Jadi Daddy plan ke Nilai. Kami guna jalan biasa, so dah avoid highway & toll.
MAKAN-MAKAN DI NILAI
Daddy nak makan jenis mee atau bihun jadi Mommy sarankan ke Nilai 3. Sebelum ni, Mommy cuma dengar kakak dan abang Mommy makan di situ. Teringin la pula nak merasa sendiri Sup Bedengung, Nilai 3 tu. Kedai ni terletak di Food Court Nilai 3.
Trade mark Sup Bedengung ini, kepala LEMBU ini. Hihi. Cowboy sangat!
Itu dia taukey.
Cara order, bagitau nak mihun ke, mee ke. Pastu nak dengan sup apa. Contohnya, saya nak order bihun dengan sup perut. Kalau kau cakap nak sup perut je, for sure dia bagi sup perut semata. Hahaha. Jangan assume ada bihun siap2. Miahahaha. Mommy ler tu.
Ni ha menu dia. Pilih-pilih. Nampak sangat Mommy tak baca semua.
Dapat sup la sebab tak tahu kena cakap nak bihun. Hahaha. Sambal hitam sebelah tu la punca nama kedai ni Bedengung. Nak bedengung, kau letak 4 sudu. Hahaha
Tadaaa. Mommy order sup daging.
Daddy order Sup Perut.
Kemudian Daddy pergi beli asing bihun. Haha. Ini masalah kalau Mommy yang kena order. Ada je tak lengkap. Better suruh Mommy jaga tempat je. Sure selesai masalah. Hahaha
Layan. Eh sedapnya!
Dan tak menusuk tekak. Sup kan selalu banyak ajinomoto. Dan so far, Mommy macam boleh terima je.
Siap tambah2 sambal lagi.
Basahkan tekak dengan Coconut Shake. Boleh tahan la juga rasanya. Tapi macam tak boleh lawan Coconut Shake Power di Teluk Kemang, Port Dickson. Hiii
Harga coconut shake tersebut cuma RM3.50.
Memandangkan masih ada masa sebelum kami ke KLIA, pusing2 dulu kedai2 sekitar Nilai 3 tu.
Kemudian barulah kami bertolak ke KLIA.
Jemput ibu mertua Mommy yang baru balik dari Mekah.
Enjoy sangat walaupun penat amat!
#gadgetnote5je
Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Wah datang nilai. Nilai 3 tu betul betul dekat dengan rumah Ayu 😀 Bestnya berjalan hihi
wah.. ye ke. heaven dok nilai ni. tenang je. hehehe
wah free ekk nak mandi situ.best nyer. tak tau plak ada tempat mandi manda gitu.makanan pun byk jual ekk….tq for sharing.
aah. mcm ala2 kt klcc tu.. free je..
Wowww one shoot vacay perghhh terbaikk lah…ingat mommy pun join mandi manda sekali hehehe…teringin nak pi masjid besi tu…one day nak sampai juga solat dalam tu. Sup tu menyelerakan…nilai mmg ohsem
Seronok lah budak2 main air 😀
wah..menarik..bebudak kalau dh masuk dlm air..memang payah nk brenti~
kan. kebetulan hr tu makanan pn dh licin.. xle nak 'rasuah' utk berhenti. hahaha
tu la. ms tu pelampung ariq hilang jap. nsb jumpa balik. ada cubaan inflate dah
hehe.tu la. seronok jugak jln2 cmni. masjid tu mmg bes. tenang. rs nak lepak satu hari je. hiii
Anak2 kami pn selalu mandi sini..amek port bawah..Kemahen mommy ye..siap jjcm auummmm
sblm kitorang pegi, mmg ada gugel. slh satu blog muncul is blog akak la. hahaha