Fri. Jan 17th, 2025

IDEA HADIAH HARI GURU 2023 PALING MUDAH DAN MURAH

IDEA HADIAH HARI GURU 2023 SIMPLE DAN MURAH

Mommy nak simpan kenangan sediakan hadiah hari guru tahun 2023 yang simple dan sangat ‘last-minute’.

IDEA HADIAH HARI GURU 2023 SIMPLE DAN MURAH

Pada asalnya risau juga yang Ariq akan ke majlis hari guru dan sambutan raya dengan tangan kosong. Kiranya memang last minute betul nih.

Daddy pula sibuk dengan majlis di ofis, jadi nak tak nak, Mommy yang kena usahakan sendiri. Balik dari pickup Hannah di sekolah, Mommy terus singgah ke Mr DIY terdekat. Mujur juga orang tak ramai sangat di sini.

IDEA HADIAH HARI GURU 2023

Sebelum tu meh nak bagi tutorial diy hadiah hari guru 2023 yang Mommy buat. Serius senang sangat.

Jelas tak????

Mommy nak sediakan hadiah untuk 16 orang guru Ariq di PPKI sekolahnya (rasanya guru termasuk PPM), jadi Mommy nak bajetkan untuk 16 hadiah.

Ada orang tanya Mommy, kenapa tak beli kat Eco. Tak semua benda kat Eco menjimatkan ya. Ada je barang Mr DIY yang murah dan lagi jimat contohnya botol yang Mommy gunakan tu cuma RM2.20 berbanding di Eco yang semua barangnya RM2.40 kan? Kalau darab 16 botol, dah berapa Mommy jimat? So ok lah.

Antara barang yang Mommy beli adalah :

  • Shredded Paper – 3 pek – RM3.30 each (RM9)
  • Marker Pen 4pcs – 4 pek – RM3.10 each (RM12.40)
  • Gam comel 6pcs – 3 pek – RM2.50 each (RM7.50)
  • Ball Pen Biru 10pcs – 2 pek – RM2.00 each (RM4.00)
  • Ball Pen Hitam 10 pcs – 2 pek – RM2.50 each (RM5.00)
  • Ball Pen Merah – 3 pek – RM2.00 each (RM6.00)
  • Paper Clip – 3 boxes – RM1.90 each (RM5.70)
  • Botol air – 16 botol – RM2.20 each (RM35.20)

TOTAL : RM84.80

IDEA HADIAH HARI GURU 2023.3

Bila Mommy bahagikan semula untuk 16 botol, modal each cuma RM5.30. Tak terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah. Di kala baru habis duit untuk balik kampung raya dan macam-macam, ini sahaja termampu. Ikhlas dan harap berguna untuk guru.

IDEA HADIAH HARI GURU 2023

Mommy gunakan label maker dan cuma pelekat sahaja ucapan di belakang botol. Mudah kerja!

Selamat Hari Guru!

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!