Thu. Dec 5th, 2024

HDAE CREW : MOMMIES SUPER RAJIN DI HOMEMADE FOOD FOR HDAE

Seingat Mommy, rasanya Mommy create group telegram HDAE ni pertengahan tahun 2014. Dari beratus orang, dan dah berpindah ke Whatsapp, sekarang yang ada cuma 19 orang. Senang sikit nak handle.

Seronok dengan segala info, sharing session, share resipi memasak, bincang perihal kesihatan dan macam-macam lagi. Lebih kepada ukhwah persahabatan. Moga persahabatan kami kekal hingga Jannah.

MOMMY HDAE

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae
MOMMY HDAE (YB SHEHAN)

Ini Mommy. Hehe. Mommy founder page Homemade Food for HDAE. Mommy mula create page ini untuk kongsi segala makanan permulaan bayi dan info berkaitan makanan dan minuman serta kesihatan untuk anak-anak Mommy, si HDAE. Dulu ada juga yang tanya, HDAE tu apa? Itu singkatan nama anak-anak Mommy la. Hannah Damia & Ariq Emir.

homemade-food-for-hdae

Album yang kerapkali dirujuk ialah RECIPE : 6 MONTHS UNTIL 3 YEARS (ARIQ EMIR). Album ini memang Mommy tunjuk perjalanan makanan yang diberi untuk Ariq dari hari pertama dan Mommy sentiasa kongsi apa jua bekalan ketika di taska dan ketika travel. Macam-macam Mommy kongsi dalam album ini. Selain itu, ada juga resipi-resipi untuk makanan Hannah dari baby juga. Masa Hannah tu, Mommy teramat rajin mencuba macam-macam resipi juga.

Ada juga Mommy kongsi info-info penting mengenai pemakanan anak. Yang penting uols pergilah terjah semua album yang ada dalam tu.

KONGSI RESIPI

Kemudian, timbul idea Mommy nak ajak ‘likers’ Mommy untuk sama-sama kongsi resipi. Mommy create 1 album KONGSI RESIPI ANDA untuk sama-sama sumbang resipi dan Mommy akan creditkan pemilik resipi / gambar masakan tersebut. Dan daripada sinilah, Mommy create group Telegram untuk HDAE ini. Selepas ada beberapa masalah teknikal (Mommy punya fon masa tu), Mommy terpaksa pindahkan ahli2 group Tele ke group Whatsapp. Mujurlah semua resipi kebanyakannya dah save dalam album ini. So, boleh je cari semula.

HDAE CREW

Jom Mommy kenalkan 18 ahli HDAE yang masih setia dengan Mommy.

MOMMY HAFIZAH

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae_1
MOMMY NAHA (HAFIZAH)

1. Kerjaya :  Guru
2. Hobi : Suka main game
3. Business : Ada dropship tp xjalan dah, buat habuan diri sendiri ngan kawan2 ja kalau nak beli.

Komen MOMMY NAHA

Kalau mintak komen HDAE group terus rasa sebak, sebab rasa bertuah Allah jumpakan group ni, dari kak She lah Allah bg jalan kat fizah untuk berjuang sembuhkan hadif (ekzema), dan dari sini juga fizah blajar untuk reka resepi yg fizah guna dalam kerjaya fizah, tq sangat, sangat2 terhutang budi ngan yb shehan, banyak jasa yg memang xboleh nak balas langsung, moga ukhwah kita kekal dan moga hidup kak she diberkati Allah. 

Komen Mommy : Tahniah Fizah. Anak E (Ekzema) tetapi Fizah mampu hadapi sampai berjaya. Tahniah again! Fizah ni seorang lemah lembut, yang Mommy perasan la. Tapi, kalau tetiba dia emosi, mak aih. Terkejut lah sekalian alam. Haha. Contohnya kalau baca apa-apa berita tergempar dan kejam, memang hdae crew lain akan bertempiaran lari. Kahkah. Penangan orang lemah lembut wey. Haha.

MOMMY FATIN

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae_1
MOMMY FATIN

1. Kerjaya : Surirumah.
2. Hobi : Berfacebook, google resepi, google bab menjahit, travel, berangan. Banyak lagi hobi sebenarnya
3. Business : Tiada. Berangan nak berniaga atau menjahit ke

Komen MOMMY FATIN

Group yg sangat bes, mula masuk mmg silent reader je.. Lama² dah makin mesra walaupun xpernah berjumpa. Berkongsi macam² cerita dlm ni.. Group yg happening sbb xpernah xdak msg dlm ni.. Kekadang kalau bz xsempat tgok fon, notification boleh cecah 500++. Tapi semua khatam abis, sebab mesti ada sharing ilmu dan pengalaman memasing. Apapon group ni is the best. Semoga ukhuwah kita berkekalan. Teringin nak jumpa semuaa

Komen Mommy : Pernah juga kick Fatin. Sebab selalu sangat diam. Sekarang dah aktif. Hihi. Fatin ni kategori yang Mommy tak boleh nak describe dulu. Sebab jarang sangat masuk. Sampai kena tanya, mana Fatin. Mana Fatin. Biasalah, housewife busy kot. Orang kat office ada masa boleh rilek. Housewife setel kerja, belum tentu dapat rilek. Inilah pengorbanan SURI RUMAH TANGGA.

MOMMY SUHANA

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae_1
MOMMY SUHANA (QASEH SUE)

1. Kerjaya : Pen. Jurutera kat JAS Muar
2. Hobi : Gaduh ngan anak2
3. Business : Tiada. Selalu membeli dr bisnes org lain

Komen MOMMY SUHANA

Start kenal tuan tanah dr group makanan bb satu ketika dulu (lima tahun sudah)..tapi masa tu kite hanya pemerhati n tiru idea. Tuan tanah pun.masa tu xkenal kite…n skrang xsangka leh jadik kawan di alam maya..tq shehan sudi add kite dlm group hdae walaupun dah berape kali dikick kan kite ne..dengan alasan ku diam saja.. hehehehe..ape pun semoga persahabatan yg terjalin dlm hdae sampai ke jannah…n harap satu hari nanti kite leh datang ke majlis kawin anak2 ahli hdae..semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yg baik pada sahabat2 hdae. Amennn

Komen Mommy : Tu la. Sapa suruh tak aktif. Hahaha. Sayang Mommy Qaseh! (Orang yang kejam ni la, yang u bakal ingat selalu. Hiihii). Qaseh ni memang on off. Sat ada, sat tak dak. Tapi sekali dia muncul, dia akan reply apa yang patut la. Mommy tau dia busy dan kena pjj la pula dengan suami. Bertabah la ye. Dan please, jangan nak OCD sangat. Letak je mop kat tepi. Hahahah

MOMMY AZNIM

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae
MOMMY MIDZNAYLEA (ASP AZNIM)

1. Kerjaya : Pegawai Kanan Polis
2. Hobi : Shopping
3. Business : Agen Young Living Essential Oil

Komen MOMMY AZNIM

Seikhlas hati. 1st time dlm hdae telegram sbb member sama keje ajak masuk utk makanan baby.. memula mmg rase mcm kita nie low sgt sbb org dlm tu semua nampak hebat2 bab natural food dan remedies. Dr situ belajar mcmana nak buat natural remedies n skit2 ubah tabiat demi kebaikan dan kesihatan anak tersyg serta satu family.memula tanya dlm group..semua mcm tak layan je.. Lebih kurang bape bulan…n dorg tau i keje ape..bru ramai respon if tanya apa2..mcm3 ragam org jumpe dlm tu..n paling tak sangka boleh closed dgn yb shehan n tak kene kicked bukan sebab ade kepentingan tapi nilai persahabatan takleh dibeli di mana2..1st time jumpe shehan n yg lain rasa mcm lama dah kenal..sy doakan persahabatan yg dibina ini kekal dunia akhirat..insha Allah.

Komen Mommy : Penting dan kepentingan berbeza. Biarlah kita sahaja yang tahu urusan-urusan penting sesama kita walau ada yang pertikai macam-macam kan? Mommy sendiri tak sangka dapat kawan dengan Aznim begitu lama macam ni. Berkali-kali jumpa. Moga kekal persahabatan kita. Aznim ni kategori sape cari pasal, dia akan mampu tembak on the spot. Tiada siapa berjaya melawan kelantangan beliau, kecuali Mommy. Sebab Mommy boleh tembak dia jugak. Hahaha. Biasalah, perangai dan kepala lebih kurang. Tembak tu adat. Hahaha

MOMMY SALINA

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae_1
MOMMY MUHAMMAD (SALINA SUKARMO)

1. Kerjaya : Housewife dan businesswoman di rumah secara offline dan juga on9
2. Hobi : Berniaga
3. Business : Saya menjual produk-produk Muslim seperti Tamar Cocoa dari Company Alhaddad. Susu kambing company Lazz. Qaseh gold Anaedar. Sardin keluaran kilang muslim. Pelikat pants serta beberapa product muslim yang lain.

Instagram : @tamarcocoashahalam_

Komen MOMMY SALINA

Saya mengenali HDAE di group telegram dr seorg kenalan.. utk tujuan mempelajari solid food utk baby. Maklumlah..sy dh 16thn x ada baby. Cara dulu dgn cara skrg dah lain. Alhamdulillah banyak yg sy pelajari dr HDAE walaupun mereka2 ini.. serta admin nya Shehan lbh muda dari sy. Ada seketika sy x dpt nak handle masa mmg sy mohon left dr admin di group telegram itu. Setelah sy bersedia semula..sy yg minta adminnya Shehan utk add sy kembali dlm HDAE. Kini kami berada di dlm group wasap sahaja..alhamdulillah, hubungan kami akrab seperti adik beradik walaupun belum pernah bersua muka..hanya admin Shehan saja pernah sy berjumpa. Org nya cun, sempoi serta suami dan ank2 yg amat sporting.. terima kasih adik2 ku yg ada dlm HDAE.. akak berdoa agar group kita kekal , aman damai seperti selalu sehingga akhir hayat. Aamiinn.

Komen Mommy : Terima kasih kak. Amin. Kak Salina yang Mommy kenal ni super rajin. Dan kelakar. Masa 1st time jumpa, dia siap bergenang air mata. Silap2 menangis kat situ. Drama sangat kak lina ni. Macam la Mommy ni Siti Nurhaliza kan? Haha. Sangat rajin dalam business dan agak tegas. Dalam group, dia ibarat mak kami semua. Tapi, since Mommy ni jenis suka tembak orang, dengan mak pun Mommy tembak. Anytime. Kahkah.

MOMMY PIJAH

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae_1
MOMMY AFIFA (PIJAH OTIBABY)

1. Kerjaya : Full time housewife and full time business online
2. Hobi : Memasak dan Travel. Saya suka tengok orang dan kehidupan
3. Business : Saya penjual online,ada makanan, ada minuman, ada minyak, susu, dan kain baju. Business ni selain dari menampung perbelanjaan keluarga, saya juga ingin melunaskan impian saya. Impian saya nak bebas hutang, PTPTN dan kereta. Masih dalam mengumpul dana untuk travel ke seluruh Malaysia. Makanan yang saya buat sendiri hasil air tangan yang dipenuhi kasih sayang:
i ) Tortilla Wrap & Pita Kebab
ii) Western food (spagetti, chicken chop)
iii) Popia Nestum & Cheese, Biskut , dan Kek

Facebook : Pijah Yusof, Whatsapp : 0172452267

Instagram : @mekpijahyusof

Komen MOMMY PIJAH

Banyak yang saya perolehi dari group ni, segalanya saya curahkan dalam ni, kesedihan, kegembiraan, ilmu, sahabat yang sukar dicari dan paling penting saya sayang kak shehan yang menyediakan platform HDAE all in one. Kenapa all in one. HDAE ada satu je dan tiada penganti atau yang boleh mengantikannya, semuanya ada dalam HDAE. Pengorbanan yang amat besar di mata dan hati saya. Terima kasih Kak Shehan dan ahli group HDAE.⁠⁠⁠⁠

Komen Mommy : Mommy doakan Pijah sentiasa berjaya dalam apa jua Pijah buat. Oh ya, Mommy pernah tulis pasal Homemade Tortilla yang Pijah buat tau. Kena beli. Hehe. Tapi di Kelantan sahaja. Pijah ni sporting, hati manyak baikkkkk. Selalu luah kalau ada masalah, tu biasa. Semua orang pun luah kan. Rajin budaknya. Pastu nak fight dia ni lagi berat dengan Mommy. Perasan. Kahkah.

MOMMY SUNARTI

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae_1
MOMMY SUNARTI

1. Kerjaya : Surirumah, isteri dan mama kepada 5 org cahayamata
2. Hobi : Memangg tak sempat nak ada hobi sbb sibuk uruskan baby Eczema saya
3. Business : Saya suka bisnes tapi tak sempatlah skrg ni. Nanti klu ada bisnes saya update. Beli tau jgn tak beli.

Komen MOMMY SUNARTI

Mengenali HDAE group di awalnya melalui satu page di FB – Homemade food for HDAE pada tahun 2013. Melalui page tu bnyk belajar tentang pemakanan sihat untuk anak2. Bnyk la jugak ceduk idea masak memasak melalui page tu. Kemudian dijemput untuk sertai group telegram HDAE. masih ingat di awal2awal join group tele hanya jadi silent reader je. Segan konon. Lepas tu start share2 resepi dan join borak2. Seronok sgt tgk resepi masuk page. Tq shehan. Dlm group mmg tak bole nak oot masa tu. Nak chat pon ada limit time, sampai jam 10pm je klu tak silap. Lama jgk selepas aktif di tele, admin shehan proposed utk create wassup group. So berpindahlah dr tele ke wassup. Makin rancak bila dlm wassup. Walaupun ada yg keluar, ada yg masuk dlm group, segelintir dr kami masih stay. Dan yg pasti, yg stay jadi makin rapat. Da bole borak tentang semua hal. Ya, semua hal, kucing sakit, jiran x mesra alam, tanam pokok bunga, laki outstation?.. hihi.. kesimpulannya, saya syg group ni sbb kami buddies alam maya walau tak pernah bersua. Harap HDAE Crew kekal utk terus bersilaturrahim. Tq shehan, tq mommies. Syg semua

Komen Mommy : Haha. tergelak sekejap pasal suami outstation tu. Korang  bertabah je dengar i cerita sepanjang 3 bulan suami tinggal. Dalam HDAE pun, memang ramai je selalu kena tinggal. Hee. Sedih pun ada baca komen Kak Su. We are buddies! Moga Baby Hadiy cepat sembuh. Amin. Kak Su ni Mommy kagum sangat2. Sebab awet muda kot. Anak sulung pun dah SPM. Tapi, cool je ada baby lagi. Hee. Walaupun Allah uji beliau dengan anak ekzema yang agak teruk juga (maaf sebut macam tu), tapi kegigihan Kak Su dalam pantang, jaga anak, ubatkan anak, dan pelbagai lagi buat Mommy respek. Mommy yakin, suatu hari nanti Hadiy akan sihat sepenuhnya. Macam anak Fizah.

MOMMY HANA

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae_1
MOMMY ZARA (HANA)

1. Kerjaya : Housewife & Online Seller
2. Hobi : Baca novel
3. Business : Losyen Kurus Sejuk Pertama di Malaysia

Komen MOMMY HANA

Group yang penuh dgn kasih syg sesama sahabat alam maya walaupun x pernah berjumpa tp sudah ibarat 1 keluarga kecil yg rapat & saling support each other. Sama2 kongsi resepi, idea,  masalah, kongsi suka duka semua dlm group tu. Love hdae group.

Komen Mommy : Tq Hana sebab stay lama dengan HDAE. Hana pun rajin berkongsi resipi. Terima kasih banyak-banyak. Rajin sangat la Hana ni memasak. Dulu pernah juga Mommy nak remove Hana ni (mampos bila dia baca), tapi nasib baik dia tetiba muncul bagi resipi. Haha. Biasa lah Mommy. Orang diam je, nak remove. Tembak kang. Nasib baik Hana dah boleh dikategorikan aktif juga sekarang ni. Masih setia berniaga losyen kurus sejuk.

MOMMY HUDA

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae_1
MOMMY FAZHA (HUDA)

1. Kerjaya : Surirumah tangga sepenuh masa & WAHM too
2. Hobi : Masak, menjahit, membaca, shopping, melancong dan bnyk lg
3. Business : Jual sewing supply mcm designer cotton, bag making supply & mcm2 lg. Pernah gak ambil tempahan utk jahit barang baby mcm barut, bedung, droll pada dll. Meniaga offline yg aku penah buat adalah jual kuih di bazar ramdhan. Mmg best woo. Sbb mmg minat meniaga kot. So jual ape pn boleh. Janji halal. Sekarang Agen Coway, Amway, Cosway & Young Living Essential Oil. Contact 013-520 9001 jika anda berminat.

Komen MOMMY  HUDA

Group plg lama bertahan dlm hp ku..mula dr telegram then pindah ke wasap..sejak aku dok miri preggy anak 1st smp anak 2nd dh umur setahun ukhwah yg terjalin masih kekal bahkan bertambah utuh walaupn ahli yg betul2 setia tinggal 19org je. Diketuai oleh pengetua yg strict tp giler2 group ni merupakan group paling havoc aku penah join..walaupn x semua pernah bertemu muka tp rapat nye macam dh kenal lama..group ni la tempat mengadu derita dikala sedih, stress, penat & etc..cewahhh..hot topic slalu buat sume org typo x igt dunia..saling bahan membahan bila xde keje nk buat..siap sambung bahan di fb kadang2 tu..hahaha..seronok sgt dgn korang sume.. ahli group HDAE harapan ku semoga persahabatan kita kekal ke akhir hayat..aminn

Komen Mommy : Business tu.. banyaknya Way.. when there is a will, there’s a way hahaha. Pengemuda la. Hehe. Saling bahan tu betul sangat. Tambah-tambah kalau typo. Haha. Huda ni Mommy gelar robot rajin. Mana ada orang rajin macam dia. Penat-penat pun, siap tapai. Penat-penat, siap tempoyak. Memang mohon kena tembak betul robot ni. Celah mana dia buat kerja taktau la. Anak2 pula kecik-kecik lagi. Haih. Selalu ikut suami outstation, bagi kami yang dengar ni pun letih. Tapi dia rilek je. Haha. Selain Pijah, Huda ni pun selalu nak bergaduh bab berat dengan Mommy. Perasan gemuk dari Mommy. Huh!

MOMMY ZAIMAH

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae_21
MOMMY IMA

1. Kerjaya : Nurse, Pergigian
2. Hobi : Gadget. Bak kata husband mama & hset berpisah tiada
3. Business : Tiada

Komen MOMMY IMA

Mula tgk group hdae smngt sbb mmg tiru banyak resepi dlm hdae dkt fb.. Resepi hdae mudah Dan sempoi. 1st time ima teruja bg resepi lempeng kelapa….edit2 pic lempeng n cara buat lempeng kelapa. Hdae perkenalan Di alam maya makin hari makin rapat Dr syer pasal makanan, syer pasal life,ada problem sama2 syer n tlg bg pendapat…. Moga ukhuwah kita kekal bersama hdae…loves hdae

Komen Mommy : Amin. Love u too. Imah ni selalu je support Mommy. Buat la apa pun, mesti dia ready bagi sokongan. Imah yang Mommy kenal, erm.. Jap. Imah ni, emm jap. Takleh fikir. Hahahaha. Larikkkkkkk. Ok ok. Imah ni seorang nurse pergigian. Kalau bab gigi, memang laju je dia akan advise. Yang lain mungkin Mommy tak boleh describe tapi dia sentiasa sokong Mommy. Itu je yang Mommy selalu perasan. Tq tau. Imah tau apa yang Imah buat kan.

MOMMY SARI

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae_1
MOMMY SYAQEELA (SARI)

1. Kerjaya : Surirumah/peniaga part time
2. Hobi : Memasak
3. Business : @theshakebigcupcoffee

Komen MOMMY SARI

Saya join hdae club dari telegram .from 1st batch potluck sampai 2nd. Dalam hdae ni,walau ada ramai lg yg takpernah jumpa.kami sgt akrab.Kami luah anything there.we olls dah mcm adik beradik. Pasal apa pun nak tau,boleh tanya dalam hdae. Well,im 0 in parenting. HDAE group banyak mengajar.Dari tiada ilmu,alhamdulillah ada ilmu didada dan bole ajar kawan2 aka ibu2 lain pasal parenting. Apa yg tak de dalam group HDAE. Gaduh gelak tawa. Tak pernah tak sayang group ni.

Komen Mommy : Ahli paling muda dan sangat berhati tisu. Mommy takkan lupa Sari sampai bila2. Terima kasih sebab jadi pembaca tegar blog Mommy ini juga.. Selalu bagi idea dan feedback. Selalu terharu dengan entri2 Mommy. Dalam group, dia paling ceria dengan perangai budak2 tu. Kelakar dan kadang-kadang keluar term kurang ayu. Selamber dia ja. Nasib baik semua orang sporting. Siap menambah-nambah lagi. Tapi kena hati-hati juga, kang tisu lagi hati tu. Kahkah. Larikkkkkkkkkkkkkk

MOMMY LINDA

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae_1
MOMMY INTANAQIL (LINDA)

1. Kerjaya : Housewife
2. Hobi : Shopping
3. Business : Tiada

Komen MOMMY LINDA

Mse thn 2014 dlm bln julai xsilap admin fb page homemade food hdae buat iklan.. Ssape nk join telegram group blh pm.. time tu anak no.2 akn dperkenalkan makanan so sy pm la soh admin add sy.. Mule2 join mmg xdpt hadam sgt sbb agak ramai ahli dsitu.. Shari dkt 3k notification.. Fuhh naik hang fon.. Last admin dh start buat rule.. No oot.. Time tu ok br dpt sampuk2 blajar tentang the best food for my child yg penting health.. Sblm ni anak yg sulong mmg ku suap ape je.. Smpai die jd picky eater.. Mmg ssh sgt nk mkn nasi.. Just bg mkn ape yg die mkn je.. So dr group homemade food for hdae sy bnyk blajar.. berjaya suap anak2 sy dgn makanan yg sihat n dari air tangan sy sendiri.. Sampai anak sy yg sulong just nk mkn makanan yg sy msk shj.. Sanggup xmkn pape d sekolah.. Selain bbincang tentang makanan, ad juga bbincang tentang kesihatan anak2.. Pape yg sy xpasti, sy akan rujuk d group.. Mmg syg group homemade food for hdae.. Dr beratus2 ahli jd 19ahli yg kekal.. Dh mcm adik bradik walaupun xpnh bejumpa.. Insya allah bila ad umur yg panjang kite akn berjumpa semue ahli.

Komen Mommy : Wah. Masih ingat ye tarikh Mommy jemput join group. Hehe. Terima kasih dan harap ukhwah kita kekal. Amin. Linda ni Mommy kenal dari dia masih bekerja dan sekarang dah jadi fulltime housewife. Teringinnya nak jadi macam dia. Selalu support juga setiap task yang Mommy beri. Bab2 kesihatan dan hospital government, dia akan laju je bagi pendapat. Bagus kan ada group yang macam-macam boleh kongsi.

MOMMY EIKA

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae_1
MOMMY IMAN THAQIF (EIKA BIBIT)

1. Kerjaya : Pembantu Pengurusan Murid
2. Hobi : Masak masakan kanak2
3. Business : Tiada

Komen MOMMY EIKA BIBIT

Saya kenal kak she taon 2014. Mase tuh saya excited tentang pemakanan bb. Sume group makanan bb kat FB saya join. Saya suke gali tentang pemakanan bb. Jadi pemerhati, suke tiru masakan mommy len, dan saya akan tokok tambah idea menu tuh sndiri. Tapi sy lebiy kpd HDAE. Sy penah berurusan dgn kak she beli buku makanan bb.  Saya join sume tele dn whsapp.saya join tele HDAE . Sy penah kene ‘kick’ dari tele HDAE. Time tuh sy sedey sgt. Sbb kene kick.sy mtk tlg kawn fb tlg pm kak she. Kak she tye umur sy bape.hehe.. akhir kak she add balik.. sbb time tuh sy silent rider je.sbb time tuh anak aktif xdiam.xsempt nk pgg fon.HDAE bukak whspp. Sy tecalon dlm list tuh.. suke sgt. Tp slalu kene kick.sbb slalu xsempat nyampok. Kdg Wat contest pon xsempat join. Kdg mommies da riuh rendah kat dlm whspp sy xsempat nyampok.lahai.. kak she bnyk besabr dgn sy.sy slalu org yg last hehe..sy syg group ni. Mommies sume byk membantu sy dalam keadaan sy  apepon. mommies dalam HDAE sume baik2. ALHAMDULLILLAH.. moga pesahabatan kite dalam alam maya niey kekal selamaya. I love Uooolls

Komen Mommy : Hahaha. Selalu jadi orang last eh. Berkali-kali juga remove tapi yang kejam ni la yang u sayang kan? Kan? Kan? Eika ni memang banyak resipi yang beliau kongsi. Busy sangat kadang tu sampai task pun fail. Tu, dia ngaku dah atas tu. Tapi, buat juga la akhirnya. Hehe. Gambar resipi dia selalu comel. Untung Iman Thaqif. Yang bes kalau dia stori pasal Iman & Nenek. Hero sangat lah Iman tu. Sekarang Iman dah pun masuk tadika. Mommy masih menunggu resipi yang terhutang untuk dikongsi ke dalam album Kongsi Resipi tau. Haha

MOMMY DIDY

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae_1
MOMMY DIDY (NADIAH)

1. Kerjaya : Housewife
2. Hobi : Layan anak
3. Business : Tiada

Komen MOMMY DIDY

Hari-hari  ada pelbagai topik yang dibincangkan. Ahli yang ambil berat antara satu sama lain. Selalu ada pertandingan.

Komen Mommy : Simple je komen. Hihi. Mommy Diddy ni antara HDAE crew yang paling rajin share resipi. Paling pendiam tapi sesekali muncul juga. Tq sebab sudi stay. Nadiah atau Didy ni memang unexpected sikit. Ingat orang diam dia memang akan fully diam. Tapi sekali dia bercerita, memang terkedu juga. Selalu ikut task Mommy. Sporting. Masih dalam pantang sekarang. Nanti baby dah start makan, kongsi balik tau.

MOMMY MIMI

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae_1
MOMMY MIMI

1. Kerjaya : Businesswoman
2. Hobi : baca novel
3. Business : Homemade virgin coconut oil brand NYIOR VCO (Minyak Kelapa Dara)

Komen MOMMY MIMI

Group yg best..walaupun x pnh jumpa tp terasa dekat. Boleh discuss macam2. Saling support each other

Komen Mommy : Tq Mimi. Berpindah ke Whatsapp menarik Mimi untuk stay longer dalam group ini. Mimi ni pun kategori robot macam Huda juga kot. Businesswoman berjaya ni. Produk beliau siap dah masuk spa lagi. Hehe. Moga sentiasa maju. Dan please, sekali sekala, share la resipi masakan ok. Hahah

MOMMY MARIANA

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae_1
MOMMY AA (MARIANA)

1. Kerjaya : Housewife
2. Hobi : Masak.. cuba sesuatu yg baru utk ank2
3. Business : Tiada

Komen MOMMY ANA

Bulan 9 2014 baby ke 2 sy ckup 6bln..smenetara nk tggu bln 9 utk strt solid food utk ank sy sy search dlm fb info utk solid food for baby..then sy terjumpa page HDAE..belek2 page tu sy jmpe byk resepi..ok sy pn salin2 resepi tu uyk baby sy..ari2 sy akn review page tu utk tgok ad resepi baru x..then tgh belek2 page sy nmpk post dr yb shehan utk sape2 yg berminat nk join group di telegram..sy pn terus letak no sy..masa tu xinstall lg telegram..terus install telegram..join group tu knl ramai sgt2 kwn..dr telegram pindah ke whatapp group..knl ahli group dlm alam maya je xpnh pn jmpe dpn2..terima kasih yb shehan sbb terima sy dlm group..even xpnh jmpe tapi segala suka duka kite kongsi bersama..dh mcm adik beradik..luv HDAE group

Komen Mommy : Ok nanti make sure kita dapat jumpa juga. Crew HDAE yang otai juga si Ana ni. Hihihi. Otai macam mana tu? Dia n HDAE Crew je faham. Haha. Biarlah rahsia. Itu yang seronoknya pasal group ni. Macam-macam kenangan. Baru-baru ni, kena marah ngan Mommy sebab lambat sangat nak bersalin. Kelakar gila rasa masa tu. Rupanya sebab belum tiba masa nak bersalin, memang la baby tu taknak keluar. Hii

MOMMY ABY

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae_19
MOMMY ASH (ABY)

1. Kerjaya : Housewife
2. Hobi : Colouring, Eksperimen sehingga berjaya dapat hasil
3. Business : Organic Lipbalm (in progress)

Komen MOMMY ABY

xdak komen sangat… Cuma lpas ni kalau ad apa2 xpuas hati jgn kumpul geng kot belakang dk mengutuk memfitnah beramai2. Contoh dah ada. Mangkak sungguh si pencontoh tu pun

Komen Mommy : Opss. Terpaksa delete la komen tersebut. Tak nampak kan? Haha. Aby ni muka baby face je. Paling suka ialah tengok muka mak beliau. Awet muda kot. Kalah aby. Kahkah. Boleh tahan gak budak ni kalau bercerita. Dulu kurang aktif, sekarang dah aktif. Bagus la. Lepas ni kongsi resipi naaaaaaa..

MOMMY ATIKAH

hdae-crew-mommies-super-rajin-di-homemade-food-hdae_1
MOMMY NAJMAIRA (NURUL ‘ATIKAH)

1. Kerjaya : Housewife & WAHM
2. Hobi : Suka buat kerja2 homemade
3. Business : Agen Young Living Essential Oil, open order cookies for raya & homemade sabun YLEO. Contact 019-959 5254 (Nurul ‘Atikah) jika anda berminat.

Komen MOMMY TIKAH

Takde ape nak komen. Cuma kalau boleh apakata satu hari satu tajuk tuk kiter bincang. Xde gaduh2. Cuma bg pendapat masing2. Pesan awal2 pendapat masing2 xnak ada yg kecam2 sentap2. Amik sbg satu pelajaran baru. Kenal group hdae lama dah. Tapi tak rapat dengan admin. Suka folo sana sebab banyak sangat info2 yg dapat. Since admin nak wujudkan group telegram tuk kongsi idea n resepi untuk anak2, cepat2 komen. Alhamdulillah… banyak yg kiter belajar dr group tu. Dr idea, resepi, petua, cdgn nak masak ape termasuklah ilmu2 parenting, schooling. Alhamdulillah syukur sangat ramai yang berkongsi ilmu. Akhirnya bertahan juga ku disini di group HDAE. Banyak suka duka pahit manis dlm group ni. Dari telegram beralih ke wasap. Bila diberi task, masing2 sempoi join sekali.. walau tu last minit hantar task. Hahhah dah macam kat U plak. Enjoy group ni. Banyak ilmu dapat. Banyak petua yg dikongsi, banyak nasihat2 dari hakak2. Harap hubungan ini kekal sampai bila2. Kiter dah rasa macam sebuah keluarga besar. Take care each other. Paling terharu bila dua tiga hari senyap dalam group sbb internet takde, ada la 3-4 org ahli wasap personal tnye kabar. Ada prob ke. Kenapa senyap. Nampak mereka ambil berat. Ai is terharu. N you know who you are yg pm personal tanya kabar. I love you. Kiter sayang ahli2 group HDAE.

Komen Mommy : Cadangan anda ditolak mentah2. Hahaha. 1 hari 1 topik adalah mustahil. Maafkan beta. Sebab apa? Banyak weyyyy nak borak. Haha. Larikkkkkk. Apa pun tq tikah sebab rajin kongsi resipi. Banyak betul resipi. Terima kasih banyak-banyak. Kalau tikah takde, memang rasa kosong.. kosong.. kosong. Pernah jumpa 2x dengan Tikah. Comel orangnya. Rajin dan sekarang involve dalam business kecil-kecilan pula. Selalu support Mommy juga dalam apa2 task pun. Moga persahabatan kita kekal. Amin.

Terharu baca komen masing-masing. Hey! I love u guyssss. So much!! 100% love!! Terima kasih buat ucapan-ucapan kalian yang Mommy langsung tak jangka. Teringat kisah suka duka kita selama hampir 2 tahun berkawan. Walaupun masih ada lagi beberapa orang yang Mommy belum jumpa face to face, inshaa Allah one day. Sayang korang ketat ketat!

Perasan tak persamaan kami di atas? Ya. Kami memakai Apron & Tshirt Homemade Food for HDAE. Itulah sahaja kenangan kita andai suatu hari nanti kita berpisah. Moga persahabatan kita semua kekal selamanya. Kalau ada apa-apa masalah, tak puas hati, bagitau terus. Jangan dok sangka bukan-bukan tanpa bertanya. Jadikan perkara lama sebagai tauladan. Moga Allah pelihara persahabatan HDAE Crew.

Bila next potluck? Hehe.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

10 thoughts on “HDAE CREW : MOMMIES SUPER RAJIN DI HOMEMADE FOOD FOR HDAE”
  1. Sayang hampa semua. Hat mana dah ‘tak sayang’ kami tu xpa, kami pn dah xmau sayang hampa jugak.

    Kahkahkahkah

    Tq sooo much kak she kenalkan ab dlm group HDAE ni. Moga persahabatan kita sampai anak cucu, smpi kedut2, sampai nyanyuk. Amin…

  2. Hahhaha kak aby tambut pepel. Jgn kawan sampai kedut2 nyanyuk je. Nak kawan hingga ke Jannah gittew.. kak shehan tikah saiyang kak. Saiyang ahli2 group hdae jugak. Kami buddies tak akan berpisah. ❤❤❤

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!