MADAM KWAN’S SEBUAH LEGASI RASA, DUA PENCAPAIAN BERMAKNA

MADAM KWAN'S HALAL JAKIM & MALAYSIA BOOK OF RECORDS — KENAPA MASIH JADI PILIHAN RAMAI?

Kalau sebut sahaja Madam Kwan’s, antara hidangan yang terus terbayang tentulah Nasi Bojari. Nasi tiga warna dengan ayam goreng, rendang, udang Assam dan telur tu memang cukup sinonim dengan nama Madam Kwan’s.

MADAM KWAN'S HALAL JAKIM & MALAYSIA BOOK OF RECORDS — KENAPA MASIH JADI PILIHAN RAMAI?

Jadi bila Mommy dapat peluang menghadiri majlis Madam Kwan’s di The Exchange TRX baru-baru ini, memang seronok juga sebab kali ni bukan sekadar datang untuk makan, tapi dapat tahu sendiri tentang beberapa perkara yang sedang diraikan oleh jenama ini.

Mommy sampai sekitar jam 3.30 petang dan first impression bila masuk, restoran ni memang nampak besar, luas dan suasananya pula tenang. Pendaftaran pun berjalan lancar sebelum majlis bermula.

Majlis kali ini meraikan dua pencapaian penting Madam Kwan’s – Pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk Nasi Bojari dan Pensijilan Halal JAKIM yang kini meliputi dapur utama serta 17 cawangan Madam Kwan’s di Semenanjung Malaysia.

Selain dapat dengar sendiri tentang dua pencapaian tersebut, Mommy paling excited sebab dapat mencuba sendiri Nasi Bojari yang selama ni kita kenal sebagai antara hidangan ikonik Madam Kwan’s.

NASI BOJARI YANG MOMMY SELALU DENGAR, AKHIRNYA DAPAT CUBA SENDIRI

Bila makanan sampai, Mommy terus faham kenapa Nasi Bojari ni menjadi antara hidangan yang sinonim dengan Madam Kwan’s.

Cara hidangannya tidak terlalu fancy. Simple sahaja, tapi nasi tiga warna tu memang terus menarik perhatian. Nasi Bojari sendiri merupakan ciptaan Puan Kwan Swee Lian dan diinspirasikan daripada resipi gaya diraja.

Dalam satu hidangan tu ada nasi tiga warna bersama paha ayam goreng, udang Assam, rendang daging dan telur. Mommy paling suka ayam dan rendang. Ayam dia memang sedap dengan rasa rempah, manakala rendang tu bagi Mommy memang sedap giler. Udang Assam pula ada rasa masam-masam yang bagi sedikit kelainan dalam satu hidangan.

Portion pun agak besar dan memang boleh buat kenyang.

Kalau nak bagi rating sendiri, Mommy bagi 9.5/10.

Lepas makan baru Mommy teringat balik kenapa hidangan ni diraikan dalam majlis tersebut. Nasi Bojari Madam Kwan’s menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai “Nasi Bojari Yang Paling Banyak Terjual Dalam Setahun“, selepas mencatatkan jualan sebanyak 245,362 hidangan di seluruh negara.

Oh, patutlah.

Bila dah cuba sendiri, Mommy tak pelik sangat dengan angka tu. Hidangan ni memang lengkap dalam satu pinggan dan bagi Mommy, memang antara menu yang wajib cuba kalau datang ke Madam Kwan’s.

Pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Book of Records, Christopher Wong, kepada Ketua Pegawai Eksekutif Madam Kwan’s, Datin Maureen Ooi, bersama Datuk Rudy Foo dan tentunya Puan Kwan Swee Lian sendiri yang hadir membuat penampilan istimewa pada majlis tersebut.

BUKAN NASI BOJARI SAHAJA

Tapi kalau ingat Madam Kwan’s hanya ada Nasi Bojari, sebenarnya banyak lagi pilihan.

Menu mereka turut merangkumi hidangan seperti Nasi Lemak dan Char Kway Teow, selain pelbagai Main Ala Carte dan pilihan From The Wok seperti Curry Fish Head, Kangkung Belacan dan hidangan Malaysia lain yang sesuai untuk dikongsi.

Kalau datang bersama keluarga pula, mereka turut menyediakan Kids Menu. Jadi kalau datang dengan kawan-kawan, keluarga atau rakan sekerja pun boleh pilih ikut selera masing-masing.

Mommy sempat cuba Char Kway Teow dan memang sedap juga. Untuk minuman pula, Mommy cuba teh tarik mereka dan yang ni memang wajib cuba. Ada juga air oren dan beberapa pilihan minuman lain.

Selain hidangan utama, ada juga pilihan appetiser dan dessert termasuk beberapa kuih tradisional. Yang paling menarik perhatian Mommy ialah handmade deep fried dumplings. Yang ni pula menjadi pilihan kedua Mommy selepas Nasi Bojari dan kalau datang lagi, memang dua benda ni antara yang Mommy akan order semula.

PUAN KWAN SWEE LIAN TURUT HADIR

Satu benda yang Mommy tak sangka akan jadi antara kenangan paling Mommy ingat hari tu ialah dapat berjumpa dan bergambar dengan Puan Kwan Swee Lian sendiri.

Puan Kwan yang kini berusia 92 tahun hadir ke majlis tersebut dan Mommy sempat melihat beliau secara dekat, termasuk ketika berada di atas pentas.

Apa yang menarik perhatian Mommy, beliau masih kuat berjalan dan sentiasa tersenyum. Beliau tak berucap pada majlis tersebut, tapi dapat berjumpa dan bergambar dengan beliau sendiri pun dah cukup bermakna bagi Mommy.

Bermula pada tahun 1999, Madam Kwan’s berkembang daripada sebuah restoran kepada jenama tempatan yang kini mempunyai 20 cawangan di seluruh negara.

Hari ini, legasi tersebut diteruskan di bawah kepimpinan anak lelaki Puan Kwan, Datuk Rudy Foo, bersama isterinya, Datin Maureen Ooi.

Bila fikir balik, hampir tiga dekad bukan tempoh yang pendek untuk sesebuah restoran kekal relevan. Mungkin sebab itulah kisah di sebalik nama Madam Kwan’s sendiri menarik untuk diikuti.

PENSIJILAN HALAL JAKIM

Selain Nasi Bojari dan pengiktirafan Malaysia Book of Records, satu lagi perkara penting yang diraikan pada majlis ini ialah Pensijilan Halal JAKIM.

Setakat pengumuman yang dibuat, dapur utama serta 17 cawangan Madam Kwan’s di seluruh Semenanjung Malaysia sudah memperoleh pensijilan tersebut. Untuk cawangan baharu di AEON Tebrau, Johor, proses pensijilan pula dijangka lengkap dalam masa terdekat.

Mommy sendiri nampak logo Halal JAKIM di bahagian depan restoran.

Bagi Mommy, benda macam ni memang penting. Kita nak makanan yang sedap, tapi dalam masa yang sama nak rasa yakin dengan apa yang kita makan. Pensijilan ini juga menunjukkan komitmen Madam Kwan’s terhadap penggunaan bahan-bahan halal yang berkualiti, pengendalian makanan yang betul serta piawaian kebersihan yang ditetapkan.

Bila semua benda tu diberi perhatian, memang rasa lebih tenang nak makan.

THE EXCHANGE TRX PUN BAGI VIBE YANG BERBEZA

Satu lagi perkara yang Mommy suka ialah suasana Madam Kwan’s di The Exchange TRX ni. Restoran dia luas, selesa dan walaupun masa tu sedang ada event, suasananya masih terasa tenang. Aircond pun okay sejuk, meja tersusun dan restoran nampak bersih.

Staff pun sangat okay dan sepanjang Mommy berada di situ, tak ada apa-apa pengalaman yang kurang menyenangkan.

Bagi Mommy, kalau nak datang makan dengan family, kawan-kawan atau rakan sekerja, suasana macam ni memang sesuai.

RUPANYA BOLEH BAWA BALIK RASA MADAM KWAN’S KE RUMAH

Satu lagi benda yang Mommy baru tahu bila datang event ni ialah Madam Kwan’s bukan sekadar restoran. Mereka juga mempunyai rangkaian produk untuk dibawa pulang.

Ada cooking paste seperti Rendang Paste, Char Kway Teow Sauce, Curry Laksa Paste dan Sambal Belacan Paste, selain snacks dan minuman 3-in-1.

Cooking paste ni yang paling menarik perhatian Mommy. Kalau memang suka rasa makanan Madam Kwan’s, boleh cuba pula masak sendiri dekat rumah.

Ini juga sebahagian daripada perkembangan rangkaian retail Madam Kwan’s untuk membolehkan pelanggan menikmati rasa mereka di rumah, selain perkhidmatan penghantaran makanan yang menyesuaikan jenama ini dengan gaya hidup pelanggan hari ini.

Produk-produk tersebut juga boleh didapati melalui MadamKwans di Shopee.

Mommy tengok pun dah rasa macam wajib grab semua dan cuba sendiri. And yes I did!! 😂

MAKANAN YANG MENYATUKAN KITA

Satu perkara yang Mommy suka tentang cerita Madam Kwan’s ialah walaupun jenama ini berkembang, fokus mereka terhadap makanan Malaysia masih sama.

Menu yang ditawarkan mengambil inspirasi daripada kepelbagaian makanan Malaysia, daripada hidangan individu hinggalah hidangan yang boleh dikongsi bersama.

Seperti yang dikongsikan oleh Datin Maureen Ooi semasa majlis tersebut, makanan yang baik memang boleh menyatukan kita. Walaupun gaya hidup dan cara kita menikmati makanan berubah, matlamat Madam Kwan’s adalah untuk terus mengekalkan rasa asli yang digemari rakyat Malaysia dan menyediakan ruang makan yang selesa untuk semua.

Dan mungkin itu juga sebabnya mereka bukan hanya bergantung kepada restoran. Ada dine-in, delivery dan produk retail yang boleh dibawa balik.

LEPAS DATANG SENDIRI, BARU FAHAM

Lepas datang sendiri ke majlis ni dan cuba beberapa hidangan, Mommy memang faham kenapa Nasi Bojari ni boleh jadi antara hidangan yang paling dikenali di Madam Kwan’s.

Untuk Mommy, Nasi Bojari memang kena dengan selera. Char Kway Teow pun sedap, teh tarik wajib cuba dan handmade deep fried dumplings pula terus masuk dalam senarai makanan yang Mommy nak repeat.

Bila tambah pula dengan pilihan menu yang banyak, suasana yang selesa dan keyakinan daripada Pensijilan Halal JAKIM, memang ada sebab untuk pelanggan terus datang.

Dan mungkin itulah yang membuatkan sebuah restoran boleh bertahan lama dalam dunia F&B yang sentiasa berubah. Ada restoran yang kita cuba sebab viral. Ada yang kita kembali sebab konsisten.

Untuk Mommy, Nasi Bojari dengan handmade deep fried dumplings tu memang dua benda yang Mommy akan order lagi kalau datang ke Madam Kwan’s.

PROMOSI MADAM KWAN’S – MENANG HADIAH SEHINGGA RM20,000

Sempena meraikan dua pencapaian ini, Madam Kwan’s turut melancarkan promosi makan di restoran yang menawarkan peluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000.

Promosi ini berlangsung selama tiga bulan bermula September 2026 dan pelanggan boleh menyertainya dengan berkunjung ke mana-mana cawangan Madam Kwan’s di Semenanjung Malaysia.

Tahniah buat Madam Kwan’s atas dua pencapaian yang cukup membanggakan ini — Malaysia Book of Records untuk Nasi Bojari dan Pensijilan Halal JAKIM.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang menu, cawangan dan perkembangan terbaru Madam Kwan’s, boleh follow:

  • Facebook & Instagram : @madamkwans
  • TikTok: @madamkwansmy
  • YouTube: @mymadamkwans
  • RedNote: 关夫人 Madam Kwan
  • Shopee : madamkwans
  • Web: www.madamkwans.com.my

Tahniah dan moga sentiasa maju jaya, Madam Kwan’s.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!