Tajuk. Hihi. Bukan apa, Mommy memang follow Ceria All Stars awal tahun baru-baru ini. Tapi, konsert2 selalu terlepas. Performance Amira lah yang paling Mommy suka. Memang layak sangat-sangat jadi Juara Ceria All Stars. Adudu. So, tergerak hati nak layan jap masa lunch time. Sambil-sambil makan, buka la kejap nak tengok. Ceria All Stars ni dah lama pun habis. Sekarang siap dah ada Ceria Pop Star dah kan? Pun Mommy tak sempat nak layan juga. Hii. Nyanyi2 kurang sikit. Lebih suka yang jenis tunjuk bakat.
Apa yang unik pasal Amira ni?
- Orang utara (Pulau Pinang)
- Start belajar main drum dari umur 8 tahun, selalu ikut abah beliau main muzik
- Berumur 12 tahun
- Ekspresi muka tu… senyum, tetiba jadi serius, lepas tu kenyit mata. Tu memang trade mark dia dah
- Bijak.. belajar drum guna youtube. Uish. Power kot. Otak tu.. Fuh.
- Ayu ketika main drum.. pakai baju kurung
- Sekali perform, amek kau!
Konsert Akhir – Amira Tunjuk Belang!
Gila gempak. Memang rasa hati ni gundah gulana je. Nak senyum, nak nangis. Entah. Semua perasaan ada. Allah bagi bakat kat dia, kecik-kecik dah mampu ingat semua teknik yang ada. Hebat. Dalam masa 4 tahun dia hebat macam ni sekali. Kalau dah hari-hari memang ini yang dibuat, memang tak hairan lah kan? Power dik. Patut la juara.
Separuh Akhir – Amira Bawa Tema Star Wars!
Teringin juga nak tengok dia perform masa separuh akhir. Comel je Star Wars menari lagu Hindustan. Hehe.
Well, bapa Amira pun dalam aliran muzik kan? Jadi, anak-anak sedikit sebanyak memang akan terdorong ke arah tu. Walaupun Daddy pandai main gitar, Mommy kalau boleh, nak anak-anak Mommy involve dalam sukan. Terer bahagian tu. Tapi, kadang-kadang teringin juga kalau anak Mommy belajar main piano ke. Tihihi.
Otak kanak-kanak ibarat sponge tau. Sangat bersedia untuk serap apa sahaja sejak lahir. Dan pastinya kita sebagai ibu bapa mahukan pilihan terbaik buat anak-anak kita. Tapi jangan lupa. Anak-anak pun ada minat mereka tersendiri. Fahami anak-anak dahulu, bukan guna kuasa veto kita untuk buat apa yang kita nak. Good luck parents!
Kadang tu saya layan juga Ceria All Star ni… Tapi selalunya tak sempat nak layan… huhuhu
skrg dah ceria pop star dah. nyanyi2 je. huhuh.
Tahniah Amira! Tak sangka pula dah masuk ke peringkat akhir… Saya pun tak tengok lagi… Harap ada siaran ulangan…
dah habis lama dah. bulan 1 hr tu. leh tgk kt youtube. hehe
Dhia suka gitar..mummy anta kelas piano hahahahaha
wah. mhl tak kelas piano? Saya dulu kejap je bljr. kelas piano sekali melukis juga.
heeee.. x penah layan sebab takdak astro..
Hihi. Xpa. Yutube ada
kecik-kecik dah menyengat…. persembahan dia lain dari lain..
anak ibarat kain putih, siapa mereka adalah hasil yg parents corakkan. jadi pilih untuk jadikan anak kita asset syurga atau sebaliknya. 🙂
exactly. May Allah protect us & our family. Moga kita di jalan yg benar selalu.