Fri. Jun 20th, 2025

PLUS SIZE FASHION MALAYSIA : GADIS GADANG BY PLUSCOLLECTION X IZZATI SUZA

PLUS SIZE FASHION MALAYSIA / GADIS GADANG BY PLUSCOLLECTION X IZZATI SUZA

PLUS SIZE FASHION MALAYSIA | Biasanya Mommy jarang share pasal fesyen. Tapi lepas Mommy hadir ke event pelancaran Pluscollection x Izzati Suza dekat AEON Mall Shah Alam pada 10 Mei 2025, Mommy rasa benda ni kena kongsi. Bukan sebab Mommy plus size, tapi sebab koleksi ni ada jiwa, ada tujuan, dan ada cerita yang kuat.

PLUS SIZE FASHION MALAYSIA

Koleksi Gadis Gadang ni bukan sekadar “plus size”, tapi pasal empowerment, pasal suara wanita, dan paling Mommy suka, ia diraikan dalam bentuk fesyen yang menyerlah dan selesa.

Apa Maksud “Gadis Gadang”?

Dalam bahasa Minang, “Gadang” bermaksud “besar”. Tapi dalam konteks kempen ni, “Gadis Gadang” bukan sekadar merujuk saiz, tapi simbol kepada kekuatan, keberanian, dan individuality setiap wanita. Ia tentang:

“Self-care, body positivity & celebrating womanhood.”

PLUS SIZE FASHION MALAYSIA

Rekaan Untuk Bentuk Badan Sebenar – Bukan Sekadar “Besar”

Antara yang Mommy perasan sepanjang event, koleksi ni direka dengan perhatian yang mendalam terhadap bentuk badan sebenar. Bukan sekadar tambah saiz, tapi betul-betul ikut potongan badan pear, apple, tinggi atau petite.

Antara highlight koleksi:

  • Statement T-shirt: “Insecure? Esok lah.” & “Gadis Gadang Tak Gadang-Gadang” – bold, real, and relatable
  • Shirt dress & Kurung Moden: feminin tapi tetap longgar dan comfy
  • Denim comfy: potongan yang mesra semua bentuk pinggul & peha
  • Blaus longgar: feminin dan flowy
  • Patch handmade oleh Izzati Suza sendiri – comel gila!
PLUS SIZE FASHION MALAYSIA

Koleksi Gadis Gadang

  • Julat saiz dari 2XL – 7XL
  • Pelbagai jenis pakaian – T-shirt, blaus, kurung moden, denim, sweater, cardigan, oversized shirt, jeans
  • Fabrik ringan & breathable – sesuai untuk cuaca Malaysia
  • Reka bentuk ikut bentuk badan sebenar
  • Warna dan corak bold – penuh personaliti dan menyerlah
PLUS SIZE FASHION MALAYSIA

Mommy Menang Bantal Edisi Khas & Dapat Bergambar Dengan Izzati!

Event pelancaran ni simple tapi meriah. Mommy paling suka ruangan Gadis Gadang Board, tempat korang boleh tulis mesej positif tentang self love, keyakinan diri, dan pengalaman sebagai wanita bertubuh besar.

Ramai yang tulis mesej penuh emosi dan kekuatan. Ada yang kongsi kisah struggle, ada yang tulis ucapan cinta untuk diri sendiri. Rasa touching sangat.

PLUS SIZE FASHION MALAYSIA

Yang paling best, Mommy menang bantal edisi khas Gadis Gadang! Lepas tu dapat bergambar dengan Izzati sendiri — dia sangat down to earth, humble, dan passionate pasal project ni.

PLUS SIZE FASHION MALAYSIA

Siapa Patut Try Koleksi Ni?

Koleksi ni sesuai untuk:

  • Wanita plus size yang nak fesyen selesa dan bergaya

  • Korang yang rasa jemu dengan standard kecantikan tipikal

  • Sesiapa yang nak tunjuk personaliti melalui pakaian

  • Individu yang percaya self-love tak patut ikut size

Artikel lain : Koleksi raya di Aeon

Di Mana Boleh Dapatkan?

Di 18 cawangan AEON terpilih seluruh Malaysia. Untuk senarai penuh lokasi dan koleksi, klik sini: https://aeonretail.com.my/fashion/pluscollection/

PLUS SIZE FASHION MALAYSIA

Mommy mungkin tak plus size, tapi Mommy percaya setiap wanita berhak rasa cantik — dengan badan yang dia ada sekarang. Koleksi Gadis Gadang ni bukan sekadar fesyen, tapi ruang untuk wanita jadi diri sendiri, tanpa perlu “muat” dalam mana-mana definisi kecantikan.

Fesyen tak patut ada satu saiz kecantikan saja, dan koleksi ni buktikan yang diversity tu boleh jadi cantik, kuat dan penuh gaya.

Kalau korang cari plus size fashion Malaysia yang fun, empowering dan selesa, Mommy sangat recommend koleksi ni!

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati laman web AEON Retail Malaysia dan Izzati Suza sendiri di laman IG @izzatisuza dan www.kedaisuza.com.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!