Fri. Apr 11th, 2025

AEON MALL SELOKA RAYA BERSAMA TOM & JERRY – NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK KEMBALI!

AEON MALL Seloka RAYA

Aeon Mall Seloka Raya | Bila sebut je Tom & Jerry, terus terbayang zaman kecil dulu—duduk depan TV dengan gelak tak henti tengok aksi kejar-mengejar si tikus licik dan kucing yang tak pernah putus asa! Tahun ni, AEON MALL bawakan semula nostalgia tu dalam Seloka RAYA yang penuh warna-warni dan meriah di 28 lokasi AEON MALL!

AEON MALL Seloka RAYA

Kalau korang rindu suasana raya yang penuh dengan kehangatan dan keceriaan, inilah masanya! AEON MALL kali ni bukan sekadar hiasan biasa, tapi Tom & Jerry versi tempatan!

Dari dekorasi interaktif yang unik sampai ke aktiviti best untuk seisi keluarga, Mommy yakin korang akan seronok dan rasa balik vibe zaman kanak-kanak dulu. Boleh posing puas-puas dalam setting bertemakan duo kartun kegemaran ramai ni—rugi kalau tak datang!

AEON MALL Seloka RAYA

HADIAH & GANJARAN MENARIK MENANTI!

Bila datang ke AEON MALL, bukan sekadar shopping je, tapi korang boleh tebus barangan eksklusif yang hanya ada sempena Seloka RAYA ni!

AEON MALL X TRACEY MICRO BAG

Beg eksklusif eco-friendly ni bukan je comel, tapi juga praktikal dan bergaya! Nak dapatkan?

✅ RM1000 (Bukan Ahli AEON)
✅ RM800 (Ahli AEON)
Pastikan jumlah perbelanjaan dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama!

AEON MALL Seloka RAYA

MUG EDISI KHAS TOM & JERRY & PEKET DUIT RAYA

Tambah koleksi edisi khas raya ni dengan perbelanjaan berikut:

✅ Mug: RM680 (Bukan Ahli AEON) / RM580 (Ahli AEON) dalam tiga resit gabungan.
✅ Peket Duit Raya: RM280 (Bukan Ahli AEON) / RM180 (Ahli AEON) dalam dua resit gabungan.

Hadiah-hadiah ni eksklusif dan stok sangat terhad—jadi jangan tunggu last minit!

PARADE SELOKA RAYA PERTAMA DI MALAYSIA!

Ini dia satu lagi kejutan! AEON MALL bawakan Perarakan Seloka RAYA pertama di Malaysia!

Saksikan kecomelan maskot Mochi & Orange dalam busana raya tradisional, berjalan mengelilingi AEON MALL untuk menceriakan suasana raya korang! Jangan lepaskan peluang untuk join keseronokan ni di 28 lokasi AEON MALL!

AEON MALL Seloka RAYA

MEET & GREET TOM & JERRY – BERGAMBAR & CIPTA MEMORI!

Siapa tak excited bila dapat jumpa Tom & Jerry secara langsung? Mommy sendiri pun tak sabar! Korang boleh bertemu dan bergambar dengan mereka di lokasi AEON MALL terpilih. Inilah peluang terbaik nak abadikan kenangan best sempena raya!

AEON MALL Seloka RAYA

JANGAN LUPA SAVE THE DATE!

8 MAC – 21 APRIL 2024, hanya di AEON MALL! Bawa keluarga, ajak kawan-kawan—jom sama-sama meriahkan Seloka RAYA tahun ni!

P/S : Korang dah beli baju raya? Kalau time CNY hari tu pun meriah, mesti raya ni pun meriah juga kan?

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!