Sat. Dec 7th, 2024

FUH.. WANITA DAN SUPERBIKE : KAWASAKI VERSYS – MOTOR TOURING IDAMAN

Mommy dan superbike. Ohhhh.. Memang impian ni. Siapa yang taknak ride superbike kan? Tengok je Erra Fazira, Linda Onn, Fauziah Latiff, Dira Abu Zahar. Cool kot! Dapat ride Duke ke, Ducati ke puas hati sangat! Tercabar Mommy tengok baru2 ini, nurse ride Ducati depan Mommy, kemain! Haih. Jeles woo!

Mommy dan motorsikal ni dah macam kawan baik dari umur Mommy 12 tahun lagi. Lawak bila ingat balik camna Mommy mula-mula belajar menunggang motor.

MELALUI MIMPI

Ya saya. Bermula dengan mimpi, Mommy belajar menunggang motor abah tau.. Dalam mimpi tu, apa yang Mommy buat ialah kick start pedal (pakai kaki la beb, mana ada auto start). Lepas tu masukkan gear, jalan. Lepas tu, Mommy terjaga dari tidur. Hii.

Belum mandi, Mommy terus ambil motor honda cub abah. Masa tu abah ada motor Honda C70 (orang panggil motor honda bulat). Tak susah. Start, masukkan gear, 2 kali je total. Bila dah bawa tu, tenangkan diri dan terus jalan. Part paling best ialah tak pandai nak u-turn. Haha. Terpaksa berhenti dan panggil orang. Hahaha. Lawak betul.

AJAR SEPUPU

Belum 100% master the skill, Mommy dah ajak sepupu Mommy, Yani untuk sama-sama belajar menunggang motor. Bab konfiden, memang tahap dewa. Maka, port pertama Mommy ajar sepupu tu, di kawasan yang berlopak! Tegas Mommy, kalau Yani tak pandai kawal bahagian jalan begini, Yani jangan sentuh motor dah lepas ni. For sure gagal. Jadi, sepupu Mommy pun terima cabaran, dan dia lulus. Haha. Ok tak cara saiko Mommy? Ngeee..

AMBIL LESEN

Tahun 2000, masa tu Mommy dah Form 4. Memandangkan Mommy taknak stay di asrama sekolah tu, Mommy ambil lesen motor. Bermula tingkatan 4, Mommy dah berulang alik dengan motor Kriss merah dari rumah ke sekolah. Perjalanan selama 30 minit sehala. Pagi2 memang gigil la kalau keluar jam 630 pagi. Sweater 2 lapis, siap sarung tangan. Hii. Kenangan betul.

PENTING DI UIA

Kalau korang biasa pergi UIA, korang akan tahu camna keadaan dalam UIA. Jalan sehala dan kuliah masing2 di tengah2 bulatan. Itulah UIA. Mommy punya malas berjalan kaki ini memang susah nak hakis. Susah! Nak kata badan berisi tak larat berjalan, Mommy ni kurus je. Ok lah.. mengaku. Memang malas! Maka, kriss Modenas merah Mommy tu menjadi pengangkutan utama untuk Mommy sepanjang 4 tahun di UIA. Sampai semua orang boleh kenal dan cam itu adalah Mommy dan kriss merahnya. Haha. Kriss je la mampu. Nak superbike, mana nak korek duit? PTPTN pun cukup2 untuk studi. Haha. Zaman tu tak payah nak over sangat motor pun. Even helmet pun tak perlu kalau menunggang sekitar UIA. Tapi, Mommy dapat tahu, lepas Mommy dah grad dari UIA, helmet dah diwajibkan. Huhu. Kesian adik2 ye. Ahkak dulu ok je pergi mana2 dalam UIA tu tak perlu helmet. Oh ya.. btw Mommy grad 2007.

KEMALANGAN NGERI

Nak kata ngeri tu, ngeri la juga sampai Mommy berhenti sekejap menunggang motor. Mau tak nye, motor barai, kepala lutut pun tercabut. Pergi urut, tukang urut tolak kepala lutut tu sampai bunyi macam meletup (masuk soket orang kata), ko rase?? Sakit lutut ini bukan sekejap. Kemalangan tahun 2008, masa tu dalam perjalanan ke legal firm, tempat Mommy buat chambering sebelum jadi lawyer. Yang salah ialah kereta wanita yang muncul dari tepi stesen minyak dan naik ke junction secara tiba-tiba. Ruginya Mommy masa tu ialah Mommy tak buat laporan polis, sebab tak tahu prosedur dan anggap kes langgar lari. Siap masuk Ampang Puteri sekejap. Selepas beberapa bulan, polis panggil, kes terpaksa dibuang sebab masing2 tak cukup syarat. Sorang tak report polis, dan nak saman orang langgar lari tu pun tak boleh. Hmm. Apa pun, Mommy takkan maafkan dia. Sedih betul. Kesan sakit tu sampai sekarang, siapa nak tanggung?

REMPIT DENGAN YAMAHA FZ 150i

Again, bila dah bernikah, dan motor kriss tu masih lagi berkhidmat untuk Mommy dan Daddy. Daddy tanggung kos baiki motor tu dan guna semula walaupun motor tu dah barai. Tapi, lama kelamaan, mungkin juga faktor usia motor tu, Daddy buat keputusan untuk beli sebuah motor. Yamaha FZ50i jadi pilihan. Masa beli tu, harganya RM8K. Mommy sebenarnya memang boleh ride motor yang ada clutch sejak umur 12 tahun lagi. Hee. So, bila ada FZ ni, Mommy anggap biasa je la kalau nak ride pun. Bila Daddy cuti atau nak gunakan kereta, Mommy ride FZ ke ofis. Cuma FZ ni memang tinggi. Dengan ketinggian Mommy 163cm ini pun, kadang2 terjengket juga kaki. Haha. But still best la ride motor ni. Sampai sekarang lah Mommy ride motor ini. Lincah, ringan dan sporty!

fuh-wanita-dan-superbike-fz150i

Menunggang motor bukan susah pun. Yang penting tahu seimbangkan motor. Susah ke? Tak kan?

RIDER WANITA TOURING DENGAN KAWASAKI VERSYS

Bayangkan. Kalau Mommy dapat ride Kawasaki Versys. Tak kisahlah Versys 650 atau 1000 sekalipun. Boleh bayang tak? Fuh..

Memang itulah impian Mommy Daddy sebenarnya. Impian untuk memiliki kawasaki versys dan paling seronok bila dapat touring bersama.

kawasaki-versys-1000-tourer
credit to owner

Cool gilaa!! Ya Allah. Memang nak sangat2. Lagipun, Mommy tengok kelebihan kawasaki versys ini agak banyak dari kebanyakan superbike yang lain.

Part yang paling Mommy pentingkan kalau motor jenis touring ini ialah keselesaan. Cuba lihat posisi letakkan kaki versys ini lebih ergonomik dan pastinya akan bagi keselesaan untuk Mommy kalau berjalan jauh. Tempat duduknya pula tidak terlalu condong dan inilah yang paling menambat hati Mommy. No tonggek2 ok! Tangkinya pula tidak terlalu besar (untuk Versys 650) dan memudahkan Mommy menunggang, barangkali? Lagipun versys 650 juga sesuai untuk kawasan bandar. Tidak semestinya kena ride laju2 dan jauh2 je kan. Jadi, tiada masalah untuk bawa di mana2 jua kalau Mommy pilih Versys ini.

Larat ke? Haha. Tengok size ni, mungkin Mommy tak larat kot untuk ride. Tapi, belum cuba belum tahu. Pernah sekali Mommy try ride TZM. Ok je gemuk2 pun. Heee.. Ala.. Kalau Mommy tak ride pun, Daddy kan ada. Tidak mengapa kalau Mommy still ride motor lain. Tapi, tolonglah penuhi impian Mommy untuk ride dengan Daddy bersama Versys ini.

Hujung minggu je, tiba2 kat Krabi. Amboiiiii bestnya!

Rasa membuak2 nafsu terpandangkan superbike. Bagi Mommy, kalau lelaki yang menunggang superbike, memang HOT!! Dan kalau perempuan pula, COOL!! Macam Mommy la. Hehehe.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

12 thoughts on “FUH.. WANITA DAN SUPERBIKE : KAWASAKI VERSYS – MOTOR TOURING IDAMAN”
  1. Masa muda-muda dulu pun saya ada impian nak beli Superbike… Tapi bila dah kahwin terus tak jadi.. Huhuhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!